pelajari teknik penanam dari MADA

pelajari teknik penanam dari MADA

Pengurusan Air MADA (SPA)

Sistem Pengurusan Air MADA adalah bertujuan untuk menguruskan air dengan cekap penggunaan air. SPA menggunakan rangkaian Sistem Telemetri bagi mendapat maklumat turunan hujan dan paras air sebagai data input.

Sistem Pengurusan Air MADA (SPA)

Sistem pengurusan air MADA berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Air dan Kawalan dengan objektif untuk menjimatkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan air.Sistem ini memerlukan sistem pengutipan data yang sistematik.

Pada masa kini SPA menggunakan rangkaian sistem telemetri yang merangkumi ‘master controller’ di Ibu Pejabat MADA 81 buah RTU (‘Remote Terminal Unit’) yang ditempatkan di seluruh Kawasan Muda dan kawasan tadahan. RTU ini merangkumi 81 buah stesen perakam hujan dan gabungan 16 buah stesen perakam hujan dan perakam paras air di sungai-sungai utama di Lembangan Muda. Selain dari itu terdapat juga data hidrologi yang dikutip termasuk data harian sejatan dari 20 buah stesen sejatan, bekalan sebenar ke bendang dan aktiviti tanaman padi semasa.

Stesen telemetri membolehkan MADA mendapat maklumat seperti hujan dan paras air dari seluruh kawasan dalam waktu yang amat singkat (timelyness). Dengan kemudahan ini, SPA dapat menilai keperluan air pengairan seterusnya mengagihkan air pengairan ke bendang. Ini dapat direalisasikan melalui imbangan air harian di setiap blok pengairan. Komputasi imbangan air dilakukan dengan menggunakan model dan perisian komputer yang dibina oleh MADA. Kiraan bekalan air ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa turunan hujan dan aliran sungai tak terkawal hendaklah digunakan dengan sepenuhnya sebelum pam guna semula dijalankan dan air dari takungan empangan-empangan dilepaskan

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV