Pemberontak Filipina bebaskan rakyat Malaysia diculik

Pemberontak Filipina bebaskan rakyat Malaysia diculik






























KOTA KINABALU 22 Dis. - Dua warganegara Malaysia yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pelantar ladang rumpai air di Semporna pada 8 Februari lalu dilaporkan telah dibebaskan hari ini.

Ahli keluarga mangsa yang dihubungi mengesahkan, kedua-dua lelaki berkenaan Tsen Vui Chung, 41, dan Lai Wing Chau, 26 telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Filipina pada pukul 6 pagi tadi di satu lokasi yang dirahsiakan di Pulau Tawi-tawi, selatan Filipina.

Difahamkan, kedua-dua mangsa kini dalam perjalanan ke Manila, Filipina bagi di soal siasat sebelum pulang ke negeri ini. - Utusan

IMBASAN BERITA

KELUARGA mangsa culik di Sebangkat, Semporna yang masih tidak diketahui di mana berada, merayu ehsan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar membantu mereka mengesan mangsa berkenaan kerana belum menerima sebarang khabar berita sejak diculik pada 8 Februari lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan kerana prihatin terhadap mangsa sekalipun pencarian mereka selama ini belum menemui sebarang petunjuk. Jadi kami rayu ehsan Perdana Menteri Malaysia agar dapat memberikan sedikit perhatian terhadap isu ini. Kami amat bimbangkan keselamatan ahli keluarga kami yang diculik,” ujar Chong Man Tung, 46, yang datang daripada Kuala Lumpur untuk mencari jalan alternatif yang cuba dirintis Sabahkini.net.

Kata Chong, beliau sedar pihak berkuasa banyak membantu dan masih menjejak mangsa yang semakin kehilangan jejak sekalipun mereka memberi jaminan mangsa masih berada di Semporna dan tidak dapat keluar kerana dikepung.

“Walaupun apapun, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan terus menanti, sebaliknya meminta bantuan Sabahkini.net dan rangkaiannya di Filipina dan Malaysia mengesan jejak bertapak yang ditinggalkan oleh penculik melalui kaedah spritual dan alternatif,” ujar Chong yang meyakini usahanya akan berhasil.

Tegas Chong, sekalipun beliau belum menerima sebarang panggilan telefon atau surat ugutan atau permintaan wang tebusan, namun tidak bermakna mangsa masih berada di Sabah dan kemungkinan kebarangkalian boleh berada atau dibawa ke mana sahaja, termasuk Filipina.

“Sehubungan itu, saya merayu agar semua pihak, baik di Sabah atau Filipina membantu kami mengesan mangsa. Berilah kami harapan dan terus berusaha agar mangsa dapat diselamatkan segera,” kata Chong yang ditemani anak angkatnya, Wong Hon Lun, 26 menemui Editor Sabahkini.net petang tadi.

Kata Chong, dua orang mangsa culik, Tsen Vui Chung, 41, ialah adik ipar beliau, manakala Lai Wing Chau, 33, ialah sepupu beliau yang diculik tanpa sebarang khabar berita sejak kehilangan mereka pada 8 Februari yang lalu.

Oleh kerana masa semakin suntuk dan pencarian pasukan keselamatan masih menemui jalan buntu, Chong bercadang untuk mengesan mangsa di mana sahaja termasuk ke Filipina jika ada petunjuk yang meyakinkan di sana.

“Berpeluk tubuh dan terus menanti akan menyebabkan kita semakin kehilangan jejak mangsa culik yang belum diketahui motifnya. Kita tidak lagi mampu menunggu dan menunggu kerana kita bimbang mangsa akan kehilangan pertimbangan dan kemerosotan kesihatan,” ujar Chong yang akan meminta bantuan pihak berkuasa Filipina dan Indonesia bagi mengesan jejak mangsa.

Tegas Chong, beliau merayu ehsan pihak berkuasa Malaysia agar tidak menghalang atau menimbulkan sebarang gangguan terhadap usahanya dan keluarganya kerana beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya selama ini dan tidak berniat untuk mengacau tugas polis.

“Kesabaran seseorang ada hadnya dan pihak berkuasa harus mempunyai alasan yang kukuh untuk mendakwa bahawa mangsa masih berada di Semporna. Bagi saya pencarian saya tidak akan memudaratkan keselamatan mangsa kerana penculik pasti mahukan mangsa terus hidup dan sihat untuk mencapai niat mereka,” ujar Chong lagi yang menekankan bahawa sebarang usaha polis menghalang beliau adalah mencabul hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Chong, keyakinan beliau semakin terhakis dengan pelbagai alasan yang caca merba polis, terutama misteri kenapa polis lambat respon terhadap laporan kejadian penculikan berkenaan dan menjadikan alasan laut surut sehingga bot peronda polis gagal merapat ke Terumbu Karang Sebangkat.

“Cuba anda bayangkan jika mangsa itu keluarga anda. Bagaimana kami boleh tidur lena jika kami tidak ketahui untung nasib keluarga kami yang diculik dan dalam masa yang sama polis memujuk dengan penuh yakin bahawa mangsa masih berada di Sabah,” kata Chong meraih perhatian umum agar mengerti dengan penderitaan keluarganya yang tidak mahu kehilangan orang tersayang.

Last Updated on Tuesday, 23 February 2010 22:51

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip