TEKNIK KAWALAN PADI MADA

PELAJARI TEKNIK KAWALAN PADI - MADA

Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

IPM merupakan satu projek yang dijalankan secara integrasi untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak bertujuan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar. Diantaranya aktivit-aktiviti yang dijalankan di kawasan Muda termasuklah projek pemasangan sarang burung helang kucing, ternakan ikan keli di dalam sawah, ternakan itik Khaki Campbel bagi kawasan Siput Gondang Emas dan pemasangan Sistem Tanda Amaran.


PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU

Projek Pengurusan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) merupakan satu projek yang dijalankan secara integrasi untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak bagi menyelamat alam sekitar dari kesa racun dan memberi pendapatan tambahan kepada petani.

Antara aktiviti-aktiviti IPM yang dijalankan di kawasan MADA adalah:

  1. Pemasangan sarang burung helang kucing.
  2. Ternakan ikan keli di dalam sawah.
  3. Ternakan itik Khaki Campbel bagi kawalan Siput Gondang Emas
  4. Pemasangan Sistem Tanda Amaran

  1. Pemasangan Sarang Burung Helang Kucing

Burung helang kucing atau Tyto alba adalah musuh semulajadi kepada tikus sawah. Mengikut kajian yang dijalankan 99 % makanan burung helang kucing adalah tikus. Burung helang kucing akan makan tikus 1-2 ekor semalam dan sepasang burung helang kucing boleh membunuh 1200-2000 ekor/tahun.

Dalam keadaan semula jadi, burung helang kucing akan mendiami lubang-lubang pokok, di dalam gua dan lubang-lubang tebing tinggi. Ia akan bersarang di atas ketinggian 14 kaki dan sekiranya disediakan sarang buatan ia akan kelihatan mendudukinya antara April dan Mei.

Di kawasan Muda, 720 unit sarang burung helang kucing telah dipasang secara menyeluruh. Daripada maklumbalas yang diperolehi dari peladang penggunaan burung helang kucing sangat berkesan untuk kawalan tikus.

  1. Ternakan Ikan Keli Di Dalam Sawah

Ternakan ikan keli di dalam sawah dapat menambahkan pendapatan sampingan kepada peladang-peladang dan secara tidak langsung ia juga dapat memperbaiki taraf hidup mereka. Dengan adanya ikan di dalam bendang, ianya akan berperanan untuk memakan serangga-serangga perosak merbahaya kepada tanaman padi. Ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kos pembelian racun perosak serta dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.


3,

  1. Ternakan Itik Khaki Campbel Bagi Kawalan Siput Gondang Emas.

Merupakan satu projek untuk kawalan populasi siput gondang emas di kawasan penanaman padi. Selain agen pengawalan Siput Gondang Emas, itik juga merupakan salah satu agen pengawalan perosak padi secara biologi yang boleh memberi faedah serta kebaikan kepada petani-petani kerana ianya boleh menghapuskan perosak-perosak padi, benih-benih rumpai, benih padi angin serta memperbaiki struktur tanah hasil dari pelepasan itik ke dalam bendang untuk mencari makanan. Itik Khakhi campbell juga merupakan itik penelur dan boleh dijadikan sebagai punca pendapatan tambahan kepada petani atau penternak.

  1. Pemasangan Sistem Tanda Amaran

Sistem tanda amaran kawalan tanaman adalah satu konsep pengenalan awal tahap serangan makhluk perosak dan penyakit padi di kawasan MADA. Sistem ini dapat mempercepatkan maklumat status serangan perosak dan penyakit padi disebarkan kepada petani-petani. Pemasangan sistem tanda amaran terkini adalah dengan menggunakan tiang besi berketinggian 5 meter yang mempunyai plat PVC. Ianya telah diperkembangkan pemasangannya di peringkat ladang. Dengan adanya sistem tanda amaran ini, petani-petani dapat mengetahui kejadian serangan musuh dan penyakit padi serta membolehkan petani-petani mengambil tindakan dengan segera dan tepat.

Penumpuan pemasangan adalah di kawasan-kawasan Projek 10 tan/hektar, Projek Kelompok, Projek Separa Perladangan (PSP), Projek Pengurusan Sawah Secara Perladangan (PSSP) yang dijalankan oleh pihak MADA. Sistem Tanda Amaran ini dipasang di kawasan yang strategik iaitu kawasan yang mudah dilihat oleh petani seperti di tepi-tepi jalan utama dan berhampiran masjid.

Dua warna digunakan iaitu kuning dan merah sebagai warna penentuan tahap serangan musuh dan penyakit padi. Plate warna kuning menandakan peringkat berjaga-jaga berlaku serangan perosak tetapi masih di bawah tahap kawalan manakala plate warna merah menandakan serangan telah berlaku dengan serius dan tindakan kawalan perlu dijalankan dengan segera.

Pada masa kini terdapat 270 set papan tanda amaran telah dipasang diseluruh kawasan MADA. Papan tanda amaran ini juga dibekalkan bersama papan kenyataan yang akan menunjukkan peta lokasi serangan musuh dan penyakit padi serta penerangan fungsi warna. Dengan ini, petani dapat mengetahui dimanakah serangan musuh dan penyakit itu berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip