TEKNIK PENGURUSAN PADI -MADA

TEKNIK PENGURUSAN PADI -MADA

Rice Check / Semakan Tanaman Padi

Senarai Semakan Tanaman Padi (Rice Check) adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan tinggi. Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah penting untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya.


SEMAKAN TANAMAN PADI

Senarai Semakan Tanaman Padi (Rice Check) adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan yang tinggi. Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah penting untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim

CHECK UTAMA 1

PENENTUAN STATUS KEASIDAN TANAH

“Pastikan tanah sawah tidak berasid”

  • Dapatkan bantuan Pegawai-Pegawai Pengembangan PPK MADA untuk menentukan keasidan tanah.
  • pH tanah yang paling sesuai untuk tanaman padi ialah 5.5 – 6.5.
  • Jika bacaan pH tanah kurang dari pH 5.5 tabur kapur jenis debu atau sembur kapur jenis cecair.

Kadar kapur debu yang perlu digunakan ialah :

-

Bacaan pH 5.0 – 5.5 tabur 1.4 tan/hektar
(16 beg/relong @ 25 kg/beg)

-

Bacaan pH 4.5 – 5.0 tabur 2.8 tan/hektar
(32 beg/relong @ 25 kg/beg)

-

Bacaan pH 4.5 dan kurang tabur 5.0 tan/hektar
(57 beg/relong @ 25 kg/beg)

Kadar kapur cecair yang disyorkan ialah :

-

Bacaan pH 4.5 – 5.0 sembur 17.5 liter/hektar (5 liter/relong)

-

Bacaan pH 3.5 – 4.5 sembur 35 liter/hektar (10 liter/relong)

-

Bacaan pH 3.5 dan kurang sembur 52.5 liter/hektar (15 liter/relong)

Analisa tanah yang lengkap berkaitan status kemasaman / kesuburan tanah akan dilakukan oleh MADA dan Jabatan Pertanian secara berperingkat-peringkat. Syor pembaikan akan dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan yang didapati.

CHECK UTAMA 2

KEADAAN PETAK SAWAH

“Petak mestilah rata dan dijaga dengan baik”

  • Permukaan sawah mestilah rata. Perbezaan antara tempat paling rendah dan paling tinggi lebih kurang 5 cm (2 inci).
  • Lakukan perataan tanah pada musim kering jika tanah sawah tidak rata.
  • Batas mesti dijaga dengan sempurna untuk mengawal air di dalam petak. Jangan guna racun rumpai jenis menyerap contohnya glifosat dengan kerap untuk mengawal rumpai di atas batas kerana ia boleh menyebabkan struktur tanah batas runtuh. Sebaiknya guna mesin rumput jenis galas untuk kawalan rumpai di batas.
  • Pastikan adanya tempat air masuk dan keluar bagi setiap petak sawah.

CHECK UTAMA 3

KAWALAN PADI ANGIN

“Padi angin boleh mengurangkan hasil padi sehingga 90%”

  • Kenalpasti petak yang mengalami infestasi padi angin musim lepas bagi memudahkan kawalan dijalankan pada musim ini.
  • Kaedah paling berkesan mengawal padi angin ialah menanam (mencedung).
  • Sekiranya kaedah tabur terus hendak diamalkan pastikan langkah-langkah berikut diikuti

    1. Potong tunggul padi rapat dengan tanah antara 0 hingga 5 hari lepas menuai.Serakkan dengan sekata di dalam petak.
    2. Bakar jerami yang kering. Ini bertujuan bagi memusnahkan benih padi (termasuk benih padi angin) yang terdapat di atas permukaan tanah.
    3. Buat putaran kering 7 – 14 hari selepas membakar jerami. Ini bertujuan memusnahkan benih padi yang tumbuh selepas pembakaran.
    4. Sembur racun glifosat jika masih lagi terdapat padi batat yang tumbuh selepas 7 – 10 hari putaran kering dijalankan.
    5. Buat putaran kedua dalam keadaan basah (air bertakung). Selepas putaran ini sembur racun pretilachlor pada kadar 500 ml/relong ke atas permukaan air. Ini bertujuan bagi membunuh benih padi yang terdapat di dalam air bagi petak tersebut. Takung air sekurang-kurangnya 7 hari sebelum disalir keluar.
    6. Buat putaran ketiga diikuti dengan membadai dan pembinaan lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong.
    7. Tabur benih bermutu (didapati dari sumber yang sah) yang direndam dengan bahan penggalak percambahan benih bagi membantu pertapakan anak benih yang baik.
    8. Buat penakaian (potong) padi meninjau sebelum tangkai padi masuk isi.

      Sekiranya kaedah menanam dan kaedah di atas tidak dapat diikuti, kaedah tabur benih dalam air

    9. CHECK UTAMA 4

      JADUAL PENGAIRAN

      “Ikut jadual pengairan untuk menjimatkan air”

    10. Lakukan aktiviti penyediaan tanah mengikut fasa seperti jadual pengairan yang dikeluarkan oleh MADA.
    11. Patuh kepada jadual ini juga membantu penuaian dijalankan secara berperingkat-peringkat.

    CHECK UTAMA 5

    PENYEDIAAN TANAH

    “Penyediaan tanah yang sempurna asas kepada pertapakan benih yang seragam”

  • Putar tanah sehingga kedalaman 10 cm – 15 cm (4 inci – 6 inci).
  • Sebelum menabur benih pastikan keadaan tanah lumat dan bersaiz kurang dari 2.5 cm (1 inci).
  • Tanah sawah perlu rata. Perbezaan kerataan tanah mestilah lebih kurang 5 cm (2 inci)
  • Buang jerami padi, tunggul padi, rumpai atau anak padi batat yang masih tertinggal di dalam petak.
  • Buat lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong.

CHECK UTAMA 6

MENABUR BENIH

“Benih terbaik menjamin hasil yang tinggi”

  • Guna benih terbaik dan berkualiti yang didapati dari sumber yang sah.
  • Peratus percambahan benih mestilah tidak kurang dari 80%.
  • Rendam benih dengan bahan penggalak percambahan bagi membantu pertapakan anak benih yang baik.
  • Tabur 140 kg/hektar (40 kg/relong) bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 400 bilangan anak benih yang bercambah untuk 1 meter persegi.
  • Guna penyembur berjentera untuk mendapatkan sebaran benih yang seragam.

CHECK UTAMA 7

PEMBAJAAN

“Hasil yang tinggi diperolehi melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan”

  • Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil 10 tan sehektar dicapai:

Peringkat pertumbuhan

Sasaran Komponen hasil 10 tan / hektar

15 HLT (3 helai daun)

400 anak benih / m²

35 HLT (Mula beranak)

500 – 600 pokok / m²

50 – 65 HLT
(Pembentukan tangkai)

500 tangkai dengan
120 biji / tangkai

70 – 85 HLT
(Pengisian biji padi)

Lebih 75% bernas dengan berat 1,000 biji 27 gram atau 2.25 gram setangkai

  • Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut varieti adalah seperti berikut:

Membaja (HLT)
(HLT ialah Hari Lepas Tabur)

Peringkat
Tanaman

Jenis
Baja

Kadar
Baja
(kg/ha)

Varieti
matang 105
- 111 HLT
(contohnya
MR 219)

Varieti matang
120 HLT dan
lebih
(contohnya
MR 84)

15 - 20
15 - 20

Mula
beranak

Baja Cmpuran
(Bantuan
Kerajaan)

360 kg/hektar
(4 beg/relong)

35 - 40
35 - 40

Beranak
aktif

Urea (Bantuan
Kerajaan)

100 kg/hektar
(1 beg/relong)

50 - 55
60 - 65

Pembentukan
tangkai

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

70 - 75
80 - 85

Pengisian
biji

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

  • Baja foliar disyorkan untuk digunakan bagi menambah nutrien kepada tanaman pada peringkat 45 HLT dan 65 HLT.

CHECK UTAMA 8

PENGURUSAN AIR

“Pengurusan air yang cekap dan mencukupi pada masa diperlukan adalah penting untuk pengeluaran hasil yang tinggi”

  • Buat parit kilik sepanjang batas petak untuk mempercepatkan pengairan dan saliran.
  • Jaga kedalaman air di dalam petak antara 5 – 10 cm (2-4 inci) bergantung kepada ketinggian pokok sepanjang peringkat pertumbuhan.
  • Pastikan jangan berlaku kekeringan kerana ia akan mengurangkan hasil padi.

Bagi varieti matang 105 – 111 hari keringkan air 7 – 10 hari sebelum tuai.

Bagi varieti matang 120 hari dan lebih keringkan air 14 hari sebelum tuai.

CHECK UTAMA 9

KAWALAN PEROSAK

“Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi”

KAWALAN RUMPAI

  1. Penyediaan tanah dan pengurusan air yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.
  2. Periksa 3 – 5 hari sekali selepas tabur benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah.
  3. Masa mengawal rumpai ialah :
  • TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT
  • KRITIKAL pada 15 – 30 HLT
  • KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT
  1. Pilih jenis racun rumpai yang sesuai dengan rumpai yang dikenalpasti di sawah. Antara jenis racun yang biasa digunakan ialah prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2, 4-D butyl ester.
  2. Dinasihatkan JANGAN guna racun jenama yang sama lebih dari 3 musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal).

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENYAKIT

  1. Kawalan perosak perlulah mengikut konsep Pengurusan Perosak Secara Bersepadu (IPM) iaitu kawalan dijalankan setelah serangan mencapai tahap ambang tindakan. Tahap ambang tindakan beberapa jenis perosak dan penyakit utama dan syor kawalan adalah seperti berikut :

    Perosak / Penyakit

    Tahap Ambang
    Tindakan (ATL)

    Contoh (Bahan Aktif
    Racun)

    1. Tikus

    5% serangan

    Chlorophacinone
    Brodifocoam

    2. Siput gondang emas

    1 ekor bagi 1 meter persegi

    Saponin
    Niclosamide

    3. Ulat gulung daun

    40% serangan

    Buprofezin + cartap
    hydrochloride

    4. Ulat batang

    40% serangan atau 2 ekor
    Seperdu

    Fipronil
    Carbaryl

    5. Bena perang

    20 ekor dewasa / 50 ekor
    Nimfa seperdu

    Buprofezin
    imidaclopid

    6. Bena belakang putih

    20 ekor dewasa / 50 ekor
    Nimfa seperdu

    Carbaryl
    imidaclopid

    7. Hawar seludang

    10% serangan

    Difenochonazole
    pencycuron

  2. Bagi kawalan tikus lakukan kerja berikut :

Buat pengumpanan sebelum dan semasa penyediaan tanah, semasa menabur benih, padi bunting dan padi berbuah.

CHECK UTAMA 10

PENUAIAN

“Pengurusan penuaian sempurna menentukan hasil sebenar diperolehi”

  • Tuai tanaman apabila 85% padi masak.
  • Awasi kerja-kerja penuaian bagi memastikan peratus kehilangan (padi tumpah) berada pada tahap minima.

Comments

  1. tk.infomasi ini.para petani disyorkan utk melayari laman web reynoxmalaysia.blogspot.com .REYNOX jenama baja foliar no 1 di Malaysia.pakar produktiviti padi. MAJU PETANI MAJU NEGARA.guna reynox cipta rekod baru ke arah 10 tan padi sehektar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV