Posts

Showing posts from February, 2011
Laman web bayar saman trafik sibuk 28/02/2011 2:45pm KUALA LUMPUR 28 Feb. - Beberapa laman web utama yang menawarkan perkhidmatan membayar saman trafik secara dalam talian sibuk dilayari orang ramai yang ingin membayar saman dan mendapatkan diskaun saman yang berakhir hari ini. Tinjaun Bernama ke tiga laman web iaitu laman Polis Diraja Malaysia, laman Myeg, dan laman rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, Rilek eService mendapati ”trafik” sibuk sehinggakan pengguna tidak boleh akses. Keadaan ini berlaku sejak awal pagi tadi dan dijangka berterusan sehingga 5 petang ini dalam usaha pesalah trafik membayar trafik secara dalam talian menggunakan kad kredit atau debit akaun mereka. Laman web itu tertera, PDRM servers are running at maximum capacity. If you are facing difficulties checking your summons details, please check after 6pm. Turut dipaparkan Please be informed that the PDRM Online Summons Payment servers are running at maximum capacity and temporarily under ur

Buruh direman bantu siasatan kes bunuh

Image
Buruh direman bantu siasatan kes bunuh SUNGAI PETANI 28 Feb. – Seorang buruh ditahan reman selama tujuh hari sehingga 7 Mac ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya dicampak di bahu jalan di bawah jejantas Jalan Lencongan Barat berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, malam kelmarin. Perintah tahanan reman ke atas suspek lelaki terbabit dikeluarkan oleh Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin di Mahkamah Sungai Petani, kira-kira pukul 10.30 pagi ini. Suspek yang berusia 28 tahun dan berasal dari Sungai Lalang dekat sini itu ditahan selepas polis mengambil keterangan ahli keluarga mangsa semalam. – Utusan "imbasan berita" Lelaki mati dipercayai ditikam SUNGAI PETANI 27 Feb. – Seorang lelaki dibunuh kejam apabila ditikam dan mayatnya dicampak di bahu jalan di bawah jejantas Jalan Lencongan Barat berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini malam tadi. Mangsa, K. Maran, 31, ditemui pukul 10.30 malam oleh penunggang motosik

Air Asia X tempah tiga lagi pesawat Airbus A330-200

Image
Air Asia X tempah tiga lagi pesawat Airbus A330-200 KUALA LUMPUR 28 Feb. – Air Asia X menempah tiga lagi pesawat Airbus A330-200 dan pesawat tersebut dijangka diterima mulai 2014. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman Rani berkata, pesawat A330-200 tersebut mampu terbang terus dari Kuala Lumpur ke Eropah. - Utusan

PKR Pulau Pinang cabar kumpulan 97 ahli

Image
PKR Pulau Pinang cabar kumpulan 97 ahli tunjuk bukti GEORGETOWN 28 Feb. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 ahli dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu. Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian kesemua 97 ahli yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). "Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Abdul Malik, yang juga Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, berkata, tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya. Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A. Siahoo, memberitahu media bahawa 97 ahli itu keluar dari parti selepas hilan

Demonstrasi Hindraf: Kurang sokongan

Demonstrasi Hindraf: Kurang sokongan petanda baik - Muhyiddin 28/02/2011 3:10pm JASIN 28 Feb. – Demonstrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai semalam, merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ianya tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan.. Majoriti masyarakat India adalah rasional dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Hindraf adalah bercanggah dengan kepentingan mereka, jadi sebab itu mereka tidak sokong. "Majoriti masyarakat India tahu tentang apa yang berlaku dan mereka mengharapkan sokongan kerajaan. "Mereka telah balik semula melihat BN (Barisan Nasional) lah yang boleh membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sye

Skandal PKFZ: Chan Kong Choy didakwa tipu bekas PM

Skandal PKFZ: Chan Kong Choy didakwa tipu bekas PM 28/02/2011 2:41pm PUTRAJAYA 28 Feb. – Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Utusan

Sultan Johor terima DKNS daripada Tuanku Muhriz

Sultan Johor terima DKNS daripada Tuanku Muhriz 28/02/2011 3:48pm KUALA PILAH 28 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DKNS) daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu istiadat khas di Istana Besar Seri Menanti di sini. Pada istiadat yang yang sama, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tuanku Muhriz. Turut berangkat pada istadat itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan putera Tuanku Muhriz, Tunku Zin Al' Abidin. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta para pegawai kanan kerajaan kedua-dua negeri. Sultan Ibrahim menerima darjah tersebut sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-63, Januari lalu. - Utusan