Posts

Showing posts with the label Info Kesihatan

Mengenali ramuan spa Tanamera

Image
PELBAGAI pilihan wangian untuk rawatan spa buat pelanggan yang berkunjung ke tapak pameran di Pasar Seni baru-baru ini. SUDAH menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu, setiap wanita yang baru bergelar ibu perlu menjalani rawatan selepas bersalin. Rawatan-rawatan seperti makan jamu, bertangas, bertengku, berbengkung dan berurut sudah sinonim sejak dahulu lagi. Kesemua itu untuk memulihkan semula kesihatan seorang ibu baik dari segi rohani mahupun fizikal. Malah, rawatan itu sememangnya perlu diamalkan kerana proses bersalin menuntut tenaga yang banyak. Menyedari hakikat kepentingan penjagaan diri selepas bersalin, kini terdapat pelbagai syarikat menawarkan set bersalin, bahkan turut terdapat produk antarabangsa di pasaran. Namun, mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai produk mana yang terbaik terutamanya dalam kalangan ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Oleh itu, syarikat pengedaran rangkaian produk spa, Tanamer

KHASIAT Bertih jagung ada antioksida

Image
Bertih jagung ada antioksida Bertih jagung dikatakan antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi lebih banyak bahan antioksida yang dipanggil folifenol daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Menurut Profesor kimia di Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Joe Vinson, folifenol ialah sejenis antioksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh. Apa yang lebih mengejutkan, para penyelidik memberitahu bahagian atas bertih jagung yang tidak digemari orang ramai kerana mudah terperangkap di celah gigi-gigi sebenarnya mengandungi kepekatan tertinggi folifenol dan serat. Begitupun, Vinson menjelaskan bertih jagung tidak boleh menggantikan buah-buahan dan sayur-sayuran segar memandangkan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi tidak wujud dalam bertih jagung. Related Posts :Info Kesihatan

Rawatan katarak lebih selamat sekarang

Image
Rawatan katarak lebih selamat Prosedur pembuangan katarak kini memberikan hasil lebih baik dan proses penyembuhan yang cepat kepada pesakit. Katarak merupakan antara masalah mata yang begitu lazim sehingga setiap orang pasti pernah mengalaminya atau mengenali seseorang yang telah atau sedang mengalami katarak. Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun. Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata. Dengan hasil kajian yang berterusan, kini masalah itu lebih difahami iaitu ia sebenarnya kesan dari pelbagai faktor seperti proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, ubat dan sebagainya. Pada masa dahulu, prosedur rawatan katarak biasanya melibatkan kaedah yang agak menyakitkan dan menggerunkan.

Anemia halang oksigen masuk ke sel badan

Image
Anemia halang oksigen untuk masuk ke sel badan Keadaan ginjal yang mengalami kerosakan kronik. MENURUT pakar-pakar nefrologi, apabila tahap kegagalan pada buah pinggang menjadi semakin teruk, organ itu akan kehilangan fungsi normal. Situasi itu dikenali sebagai Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRF) atau ringkasnya, kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak komplikasi ESRF (dikenali juga sebagai ESRD). Antaranya anemia, hipertensi dan osteoporosis.

Aktif bersenam pintar matematik

Image
KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang lebih tinggi. BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti. Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik. Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS). Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain. Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS. Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari

Sakit perut jangan dipandang remeh

Image
TERSALAH makan atau makan terlalu banyak mungkin mengundang padah. PADA satu hari selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, penulis yang kebetulan berada di sebuah penempatan Felda dekat Triang diminta menemani dua anak saudara untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana masalah sakit perut. Sampai sahaja di sebuah klinik swasta di pekan Triang, kelihatan ramai sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, yang kebanyakannya mengadu sakit perut. Apa yang boleh menyebabkan sakit perut? Itulah pertanyaan penulis kepada doktor di klinik berkenaan yang mahu dikenali sebagai Dr. Vijay.

Larian maraton rosakkan jantung

Image
VENTRIKEL kanan jantung boleh mengalami kerosakan disebabkan aktiviti ekstrem. SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung. Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Ereksi petunjuk kesihatan

Image
PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. “Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah. Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. “Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan

Urut saraf pulihkan bahagian bermasalah

Image
Zamswedisnarita Ahmad menunjukkan kaedah urut saraf yang hanya melibatkan poin-poin tertentu pada bahagian tubuh. URUT saraf mungkin tidak begitu popular berbanding urutan tradisional yang lebih relak dan kurang melibatkan tekanan dan kesakitan. Urutan tradisional diakui memberikan kesegaran pada tubuh, manakala urutan saraf pula lebih berfungsi kepada merawat kesakitan pada tubuh. Menurut pengamal urutan saraf, Zamswedisnarita Ahmad, 37, urut saraf hanya melibatkan poin-poin tertentu pada bahagian tubuh. "Urut saraf memang sering dikaitkan dengan kesakitan hingga ada pesakit yang menjerit atau paling tidak mengerutkan wajah apabila poin bermasalah ditekan oleh tukang urut. "Kesakitan tersebut dirasai pada ketika itu sahaja tetapi bergantung juga pada pesakit kerana mungkin ada juga yang merasai sakitnya selama sehari dua. "Namun apa yang baiknya tentang urut saraf ialah ia memberikan kebaikan dan merawat bahagian yang bermasa

Botox hijau - bunga raya

Image
Rangkaian Naturalift Hibiscus Skin Renewal oleh Melvita. Apabila usia kita meningkat, garis halus, kedutan dan tanda penuaan lain membuatkan kulit yang semakin kendur kelihatan seperti kulit pokok tua yang berkerepot. Namun, keajaiban alam semula jadi yang boleh dijadikan penawarnya ada di mana-mana. Biji benih halus atau tunas kecil boleh tumbuh menjadi pokok besar, yang boleh memberi banyak manfaat kepada manusia. Melvita, pakar produk organik untuk penjagaan kulit dari Perancis, menggunakan sel tunjang putik pokok bic , yang dikenali sebagai 'pokok awet muda', bersama biji bunga raya dan pelbagai ekstrak biji benih antipenuaan lain. Ramuan ini digabungkan dengan hasil penyelidikan saintifik dalam penjagaan kulit bagi menghasilkan 'botox hujau'. Formula anti penuaan semula jadi organik ini dinamakan rangkaian Naturalift Hibiscus Skin Renewal. Rangkaian produk 'pembaharuan' kulit ini menyuntik nafas baru ke dalam sel kulit, untuk menentang gejala

Tiada penawar bagi Lupus

Image
Keletihan dan ruam pada kulit termasuk muka dan badan merupakan sebahagian gejala SLE. ANAK perempuan AiBee yang berumur 25 tahun, Siew Ping, merupakan seorang yang cergas dan sihat sehinggalah suatu hari beliau berasa keletihan dan lemah yang amat sangat selain hilang selera makan secara mendadak. "Ia berlaku pada September tahun lepas bila Siew Ping mengadu rasa sakit di seluruh badan selain demam dan selesema. "Hidungnya juga mengalir darah dan ada ruam di badan dan muka. Sendi-sendinya juga sakit dan bengkak. Dia juga mengadu sakit dada dan batuk berdarah," cerita Aibee di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. AiBee membawa anaknya ke hospital dan kemudian doktor memberitahu diagnosa anaknya menghidap SLE (Lupus Eritematosus Sistemik) yang juga dikenali sebagai 'Lupus'. Menurut pakar penyakit reumatologi, satu kajian yang dijalankan pada tahun 1990 menunjukkan terdapat 43 pesakit SLE bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia.

UVH beri perkhidmatan terbaik

Tidak seperti klinik veterinar yang lain, Hospital Veterinar Universiti (UVH), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor ini menawarkan perkhidmatan yang terbaik di samping disokong oleh pelbagai alatan canggih dan yang terkini. Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Prof. Dr. Abd. Wahid Haron berkata, hampir setiap hari UVH menerima kes atau kunjungan daripada pemilik haiwan untuk merujuk berhubung kesihatan haiwan mereka. "Malah kini, kita terpaksa membuka kaunter pendaftaran dan menerima kes pada waktu tengahari. "Kini kita menerima hampir 30 hingga 40 kes sehari dan 60 hingga 70 kes bagi kemasukan ke wad dalam sebulan," ujarnya. Malah, perkhidmatan di UVH juga turut diakui terbaik oleh pelanggan yang hadir mendapatkan rawatan bagi haiwan kesayangan mereka di sini. Menurut pegawai bank, Abdul Wahab Yacob , UVH menawarkan perkhidmatan terbaik dan amat menitik beratkan kepuasan pelanggan. "Pada saya perkhidmatan yang diberikan oleh

Hospital veterinar pertama di Malaysia

Image
Hospital veterinar pertama di Malaysia Kemudahan bilik bedah yang dilengkapi peralatan canggih bersama tenaga pakar merupakan gabungan yang ideal dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan yang disayangi. Seorang pemilik kucing membelek-belek kucing kesayangannya yang telah kaku di atas sebuah meja rawatan. Diusap-usap kepala serta badan kucing tersebut beberapa ketika. setelah puas menatap, perlahan-lahan dia menutup badan kucing tersebut dengan sehelai selimut dan berlalu pergi. Namun selang beberapa langkah dia berhenti, menanggalkan cermin mata lalu mengesat air mata yang mengalir.

Pneumokokal membawa maut maut

Image
MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini. Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus). Punca kematian kanak-kanak

Lynas pasang alat bacaan radiasi bukti ketelusan

Image
Lynas pasang alat bacaan radiasi bukti ketelusan                   KUANTAN 20 Nov. - Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) memasang dua unit alat khas yang dikenali sebagai Aerosol Monitoring System (AMS) di tapak kilang tersebut di Gebeng bagi memantau kualiti udara termasuk tahap pencemaran radiasi. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, sebuah lagi alat tersebut yang bernilai RM700,000 setiap satu akan dipasang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan tidak lama lagi. "Operasi alat ini dipantau Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi membuktikan ketelusan kami. Orang ramai pada bila-bila masa boleh mengetahui bacaan alat ini termasuk secara dalam talian. "Menerusi alat itu, mereka boleh ketahui sendiri yang operasi kami kelak tidak mendatangkan bahaya seperti mana ditohmah pihak-pihak tertentu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang tersebut di Kawasan Perindustri

NGO desak kerajaan negeri baiki kualiti bekalan air

Image
NGO desak kerajaan negeri baiki kualiti bekalan air               KUALA LUMPUR 20 Nov. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pengguna di negara ini mendesak supaya kerajaan Pas negeri Kelantan mengambil tindakan segera bagi memperbaiki kualiti bekalan air di negeri itu. Ini kerana NGO-NGO berkenaan bimbang rakyat di negeri itu akan berterusan teraniaya apabila terpaksa menerima bekalan air yang tidak bersih dan mengancam kesihatan. Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, isu bekalan air tidak bersih sudah lama berlarutan di Kelantan dan kerajaan negeri sepatutnya sudah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah itu. “Apa yang kita lihat sekarang, kerajaan negeri tidak prihatin terhadap pengguna di Kelantan dan tidak pernah mengambil inisiatif. Kita kecewa dengan kerajaan negeri Kelantan kerana tidak mengatasi isu yang merupakan satu keperluan bagi semua orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di

Rakyat diancam penyakit berjangkit

Image
Rakyat diancam penyakit berjangkit           BACHOK 20 Nov. – Kajian saintifik mengenai tahap kualiti air yang didedahkan akhbar ini hari ini membuktikan rakyat Kelantan terutama golongan tua dan kanak-kanak berhadapan dengan ancaman besar penyakit berjangkit yang berpunca daripada air. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berpendapat, keputusan kajian yang mengejutkan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air sejak Pas mengambil alih pemerintahan negeri ini kira-kira 20 tahun lalu. Justeru, katanya, rakyat Kelantan yang semakin terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit itu perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan sejak sekian lama. “Setiap kali pilihan raya umum kita (BN) kalah, kita tak dapat selesai masalah ini (air), negeri lain, Melaka umpamanya bila BN menang, banyak perkara dan masalah dapat diselesaikan. “Justeru, saya menyeru rakyat d

Logam berbahaya dalam air lumrah

Image
Logam berbahaya dalam air lumrah KOTA BHARU 20 Nov. - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendakwa kemunculan bakteria dan logam berbahaya dalam air adalah sesuatu yang lumrah dan ia berlaku di semua negeri dan bukan di Kelantan sahaja. Pengurus Besar AKSB, Ir. Mohamad Hanapi Mahmud berkata, syarikat perkhidmatan air di semua negeri berhadapan dengan situasi serupa dan apa yang sentiasa dilakukan adalah pemantauan berkala oleh syarikat dan Kementerian Kesihatan terhadap tahap keselamatannya. "Kalau betul air di Kelantan sekotor sebagaimana digambarkan, sudah lama habis mati semua rak-yat negeri ini," katanya ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini. Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko. Kementerian Kesihatan menerus

Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia

Image
Sunday, September 18, 2011 Omegay: Hebat2!..Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia Nik Aziz dukacita peningkatan jumlah kes HIV/AIDS di Kelantan KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan peningkatan pesakit HIV dan AIDS di negeri itu yang dilapor tertinggi di Malaysia, kerana mencemarkan imej Kelantan sebagai Serambi Mekah dan pusat pengajian agama. Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut. "Saya rasa dukacitalah kerana Kelantan terkenal sebagai negeri Serambi Mekah, penuh dengan pondok-pondok tetapi oleh kerana ada yang tidak endahkan agama, maka jadilah macam ini. "Saya termasuk ibu bapa turut risau mengenai AIDS ini. Duit kerajaan habis kerana nak buat angkara-angkara (perkara buruk)...nak seronok-seronok," katanya kepada pemberita selepas meras

Homeopati rawat secara holistik

Image
Homeopati rawat secara holistik Dos penawar diberi kepada pesakit berdasarkan punca kesakitan dan keadaan tubuh badan. Maklumat lanjut layari www.mphm.org.my MASIH ramai yang tidak tahu mengenai apa sebenarnya perubatan homeopati. Justeru kami sangat berharap satu rang undang-undang mengenainya akan diluluskan supaya tidak ada yang tertipu," kata Pengerusi Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Zainul Azmi Ahmad. Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini berkata, perubatan homeopati bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia kerana ia sudah bertapak selepas perang dunia kedua lagi. Menurut beliau, perubatan alternatif itu dibawa oleh Kolonel Sheikh Amin Rajah, iaitu seorang pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an lagi di Singapura. Ketika itu ia digunakan bagi merawat tentera yang sakit dan juga cedera ketika perang. Selepas itu, tokoh politik terkenal, Dr. Burhanuddeen Helmi pula meneruskan raw