Posts

Showing posts with the label kunak

Filipina pintas 2 bot pelarian

Image
                                  Sebahagian daripada penduduk Lahad Datu yang ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Fajar Harapan, kira-kira 10 kilometer dari Felda Sahabat 17, semalam ekoran pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 11 Februari lalu. - BERNAMA MANILA 8 Mac - Tentera Laut Filipina hari ini memintas dua buah bot yang membawa lebih 100 pelarian dari Sabah dan memasuki negara ini. Agensi berita, ABS-CBSnews.com melaporkan jurucakap tentera, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, sebanyak 121 orang rakyat Filipina didapati menaiki bot itu. ''Kedua-dua bot tersebut dikesan dekat Pulau Taganak di Tawi-Tawi,'' katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan. Fabic berkata, bot-bot itu turut membawa 3,000 guni beras dan bekalan makanan lain. ''Bot-bot tersebut telah diiring ke Bongao, Tawi-Tawi. ''Pelarian tersebut akan diserahkan kepada Jab

Pembangkang di AS pun tak politikkan keselamatan - PM

Image
MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara. Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh. "Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO. "Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130309/dn_48/Pembangkang-di-AS-pun-tak-politikkan-keselamatan---PM#ixzz2N3T9bQgf © Utusan Melayu (M) Bhd

Kerajaan tak pernah arah anggota keselamatan bersandiwara - PM

Image
NAJIB Tun Razak (empat dari kiri) bersalaman dengan sebahagian orang ramai sambil diperhatikan oleh Mohd. Ali Rustam pada majlis perasmian Menara Persekutuan di MITC, Air Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD MELAKA 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara. "Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati? "Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarab

Polis terima 205 laporan ke atas Tian Chua

Image
KUALA LUMPUR 9 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara. "Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini. Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad peng

Zulkifli Nordin mohon maaf pada Tun Dr. Mahathir

Image
PASIR MAS 9 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali. Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr. Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini. "Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya. Dr. Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifl

Pasukan perubatan dikerah bantu penduduk di pusat pemindahan

Image
KOTA KINABALU 9 Mac - Pasukan perubatan dari Pusat Kesihatan Lahad Datu dikerah ke tiga pusat pemindahan berhampiran kawasan berlakunya insiden pencerobohan militan selatan Filipina di Kampung Tanduo, bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penghuni pusat pemindahan itu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, pasukan perubatan dan kesihatan berlepas ke kampung itu pada 7 dan 8 Mac untuk memberi rawatan kesihatan serta mengambil langkah kawalan. "Suntikan imunisasi diberi dan pasukan perubatan memeriksa ibu hamil. Kami turut menyediakan 18 tandas pasang siap. Pasukan ini akan ke sana setiap hari sehingga sebuah klinik sementara yang bersesuaian dapat diwujudkan. Dua pakar psikiatri dari Hospital Lahad Datu akan turut ke sana mulai hari ini," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini hari ini ketika diminta mengulas langkah kementeriannya dalam mem

Maritim Malaysia akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat

Image
LAHAD DATU 9 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas. "Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi Maritim Malaysia," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini. Najib berkata, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira

A Philippine Military Officer said a Malaysian opposition politician invited the terrorists to Lahad Datu

Image
Lahad Datu, Sabah Wee Choo Keong - It did not matter who started to shoot first.  We shouldn’t be wasting our time with such senseless debate.  The 180 Pilipino terrorists (30 were heavily armed) should not have invaded our country with heavy arms in the first place. Even if a foreigner who came into Malaysia legally but with arms,  he or she will be automatically  classified as a terrorist. Malaysia is no different to America and other countries. On 9-2-2013 180 heavilly armed Pilipino terrorists inviaded Lahad Datu,  they have no valid excuse to hide behind their claims whether they were legitimate or illegitimate. These terrorists have been lucky that the Malaysian Government has been extremely kind and patient to them by spending 17 days using diplomatic channels and others to persuade them to surrender and leave Lahad Datu.  But these terrorists saw it fit to test the patient of Najib Government and misconstrued it as weakness. It h

Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi

Image
Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi 1 March 2013   ISU HANGAT , NASIONAL Semakin nyata akan bahaya yang ditimbulkan oleh Anwar IBrahim dalam pemburuannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau pada tahun 1996 dahulu, dia telah menjemput penyangak-penyangak matawang untuk menyerang sistem perbankan dan kewangan Malaysia bagi memudahkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dr. Mahathir, selepas 2005, perangai kebinatangannya semakin menjadi-jadi. Insiden terbaru, tidak lagi dapat dinafikan oleh Anwar Ibrahim apabila pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung. Anwar Ibrahim sendiri telah menunjukkan gelagat biasanya apabila dia bersalah dan tidak dapat mengelak iaitu MEMBUAT PENAFIA

Philippines Intelligence : Malaysian Opposition Instigated Kiram In Lahad Datu

Updated : Philippines Intelligence : Malaysian Opposition Instigated Kiram In Lahad Datu This Youtube video was uploaded about 1 hr ago (4:00 pm, 1st March 2013, KL time). Updated at 4:56 PM. The Police will have a Press Conference in Lahad Datu soon (about 5:30 PM). Police say everything is under control. The remaining Sulu gunmen are on the run. A curfew has been declared in Lahad Datu town, 165 km from Felda Sahabat. This is for safety reasons only.  There have been no incidences anywhere else outside the Felda Sahabat area. Two Policemen have been killed and three more injured. The Sulu gunmen have lost 12 people killed on their side. The rest are trying to escape. The area is fully cordoned off. -end update- The following is a news report from the Philippine Daily Inquirer  ( http://newsinfo.inquirer.net/366851/govt-intel-eyes-3-groups-abetting-sulu-sultans-claim#sthash.HPuHOdVE.dpuf ) .  This is a Philippine news report so all references are to Filipinos an