Posts

Showing posts with the label KES BUDAK HILANG

info kehilangan kanak-kanak

Image
DURINA BINTI BEHI, 12 TAHUN, HILANG SEJAK 1/4/2012 JIKA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI KANAK-KANAK INI, SILA HUBUNGI SJN NORAZLI BIN LIMAT DI TALIAN 013-5577792 ATAU BALAI POLIS TANJONG ARU 088-242111 TEMPAT TERAKHIR DIJUMPAI FLAT KEPAYAN RIDGE JLN H.Q.E KOTA KINABALU. Related Posts :kes budak hilang

Pembunuh Nurul dikenal pasti

Image
Pembunuh Nurul dikenal pasti Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) mengucapkan takziah kepada Roselyn Alan, ibu kepada kanak-kanak dibunuh kejam Nurul Nadirah Abdullah di rumahnya di Masai, Johor Bahru, Johor, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah (gambar) sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat. Ini kerana polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan. Menurut beliau, polis kini menunggu

info kehilangan dan kes terdahulu untuk follow-up

Image
      MENCARI SHARLINIE Download poster pencarian Sharlinie. Download poster 2 pencarian Sharlinie (telah diubahsuai oleh pembaca prihatin) Download fotofit suspek. Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun. Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu. Berita-berita terdahulu dari kes pencarian Sharlinie: 25 September 2008 Syawal menggamit Sharlinie Keluarga harap Sharlinie ditemui sebelum raya 22 September 2008 Di mana Sharlinie? 18 September 2008 16 anggota geng culik ditahan 12 September

post terdahulu

Image
reuplink dalam kenangan info kanak-kanak hilang akan dibuka diblog ini ini hanya untuk dijadikan ingatan pada semua bahawa kita patut lebih prihatin pada sekeliling kita Mohon Pertolongan Sahabat Pembaca Mohon kepada semua sahabat-sahabat pembaca blog pro UMNO & Barisan Nasional supaya membantu keluarga anak ini dan pihak Polis.Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin di talian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor di talian 07-2254422 Mohon disebarkan juga. Terima kasih. Related Posts :KES BUDAK HILANG

Budak tujuh tahun hilang dari rumah

Image
WAN Nor Asma Yusof, bersama anaknya Wan Khadijah Mohd. Khadhir, 4, menunjukkan gambar Wan Hazim, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Subang Indah, Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 10 Mac – Sebelum ini, membaca kisah kanak-kanak hilang disiarkan di akhbar atau televisyen membuatkan Wan Nor Asma Yusof simpati memikirkan nasib yang menimpa ibu bapa berkenaan yang kehilangan insan tersayang. Namun, peniaga barangan aksesori wanita itu tidak menyangka dia juga diuji dengan dugaan yang sama apabila anak keduanya, Wan Hazim Mohd. Khadhir, 7, kini hilang dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini sejak semalam. Menurut Wan Nor Asma, 33, kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu disedari kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebaik sahaja dia pulang ke rumah dari kedainya di pusat beli-belah Tesco, Shah Alam. ... Wan Hazim Wan Khaidir dilihat kali terakhir oleh ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, sedang mencuci tangan di sinki