Posts

Showing posts with the label berita agensi

Pejabat SPRM akan dilengkapi bilik rakaman bervideo

Image
Pejabat SPRM akan dilengkapi bilik rakaman bervideo PUTRAJAYA 26 Julai - Semua pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara akan dilengkapi Bilik Rakaman Bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini untuk merekod percakapan tertuduh, pihak yang disiasat atau saksi. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama pembangunan VIR akan tertumpu kepada bangunan milik SPRM dan seterusnya ke bangunan guna sama, kuarters atau rumah kedai. Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, setakat ini ibu pejabat SPRM di Putrajaya sudah dilengkapi dua VIR manakala empat VIR ditempatkan di SPRM Perak. "VIR ini disediakan untuk memastikan rekod pernyataan dibuat secara teratur, telus dan tanpa dorongan, ancaman atau janji. "Ia dilengkapi CCTV dan audio yang kemudiannya akan disalin dalam bentuk cakera padat digital (DVD), kamera yang digunakan canggi