Posts

Showing posts with the label Info Music

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

Image
SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini. Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea. Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta, Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005 Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi. Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih

Kehebatan konsert D'Lloyd pukau penonton

Image
Kehebatan konsert D'Lloyd pukau penonton Penyanyi utama D'Lloyd, Sam masih mampu memukau penonton dalam Konsert Semalam di Malaysia di Istana Budaya, malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN KUALA LUMPUR 6 Mei - Biarpun mendapat berita mengejutkan tentang kematian abang pukul 5.50 petang ini, vokalis kumpulan D'Lloyd, Sam tetap tampil menghiburkan peminatnya pada Konsert 'Semalam di Malaysia' di Istana Budaya (IB) yang bermula malam ini. Walaupun sedih, katanya, persembahan perlu diteruskan bagi mengubat rindu para peminat di Malaysia yang setia menanti kehadiran mereka setelah 35 tahun tidak muncul di pentas terbuka di negara ini. "Sebenarnya sebelum berangkat ke Malaysia, abang saya Norman Hussien yang berusia 80 tahun sememangnya sudah sakit. "Namun saya telah meminta izin daripada almarhum abang saya untuk berlepas ke sini bagi menghiburkan para peminat. "Saya berdoa semoga roh almarhum dicucuri rahma

14 Lagu Ke Final AJL 25

Image
14 Lagu Ke Final AJL 25 Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan namun hanya 14 terpilih untuk mewarnai Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Saingan bermula sejurus selepas tiga pusingan separuh akhir Muzik Muzik berakhir. Juri profesional yang terdiri daripada Azhar Borhan, Azmeer, Edry Hashim, Che Kem dan Zainuri Misfar sepakat memilih lagu yang seiring dengan aliran muzik terkini yang disifatkan membawa inspirasi baru kepada persada seni tanah air. Pencalonan pada tahun ini juga dilihat lebih banyak menampilkan saingan daripada artis lelaki kerana hanya empat 'bunga' yang turut berentap merebut gelaran juara AJL25. Berikut 14 lagu yang layak ke AJL25. Faizal Tahir - Hanyut Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan Hafiz - Noktah Cinta Meet Uncle Hussain - Drama King Adira - Ku Ada Kamu Yuna - Cinta Sempurna A.P.I - Pelita Tomok - Berlari Black - Sofea Jane Hujan - Mencari Konklusi Faizal Tahir - Selamat Malam Bunkface - Extravaganza Stacy - Jahat Ann

Gitaris Metallica tersepak kanak-kanak

Image
Gitaris Metallica tersepak kanak-kanak SYDNEY 17 Nov. - Satu insiden tidak diingini berlaku ketika kumpulan heavy metal terkenal, Metallica (gambar) sedang mengadakan konsert yang diadakan di sini, minggu lalu. Ketika konsert di Sydney pada 11 November lalu, pemain gitarnya, Kirk Hammett melakukan aksi menyepak belon di atas pentas semasa menyanyikan lagu Seek and Destroy . Belon yang disepaknya terkena seorang kanak-kanak yang berdiri di tepi pentas menyebabkannya terjatuh. Insiden itu dirakam oleh seorang penonton dan videonya kini boleh ditonton di laman web Liveleak . Menurut portal berita muzik rock, Blabbermouth.com kanak-kanak itu adalah anak kepada pengurus produksi konsert berkenaan dan bukannya anak penyanyi utama kumpulan itu, James Hetfield seperti yang dilaporkan sebelum ini. Bagaimanapun, menurut laporan portal itu lagi, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu, pemain drum kumpulan itu, Lars Ulrich mengesahkan Metallica

The Beatles kuasa carta iTunes

Image
The Beatles kuasa carta iTunes GAMBAR kulit muka depan album Abbey Road The Beatles yang kembali popular setelah lagunya dirakam secara digital dan disiarkan di iTunes. - AGENSI LOS ANGELES 17 Nov. - Kumpulan The Beatles mengungguli carta album iTunes apabila lima daripada album klasiknya berada di kedudukan 20 album teratas, kurang 24 jam selepas katalog kumpulan muzik itu diperkenalkan buat kali pertama oleh pengedar muzik digital nombor satu dunia tersebut. Abbey Road mendahului album-album lain The Beatles semalam diikuti The White Album dan Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band. Album digital khas Beatles Box Se t yang dijual pada harga AS$149 (RM476.8), turut melonjak 20 tangga teratas bersama album Blue Album yang memuatkan lagu-lagu terbaik kumpulan itu. Menurut data terkini di laman web iTunes, lagu-lagu single kumpulan tersebut seperti Here Comes the Sun , Let it Be dan Blackbird , muncul antara 100 lagu tertinggi yang dimuat turun. Data terperinci ten