Posts

Showing posts from September, 2011

Tips menanam buncis organik

Image
Tips menanam buncis organik Penanaman kacang buncis perlu diperbanyakkan bagi menambah jenis sayuran di pasaran tempatan. KACANG buncis ( french bean ) mula ditemui di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tanaman dengan nama saintifik Phaseolus vulgaris ini tergolong dalam keluarga leguminosae dan ia merupakan sejenis kekacang yang rangup dan manis. Kacang buncis yang biasa di tanam di negara ini adalah yang berwarna hijau muda, namun ia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis yang berbeza warna seperti warna kuning ( yellow wax bean ), merah ( borlotto firetongue ) dan ungu gelap ( purple wax bean ). Kebanyakan mudah didapati di negara luar. Buncis mengandungi kadar protein dan vitamin tinggi. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal metabolisme gula dalam darah. Amalan memakan kacang buncis seminggu dua kali sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah kegemukan. Ujian ma

Mengesan antibiotik ternakan ayam

Image
Mengesan antibiotik ternakan ayam Penggunaan antibotik yang minimum dapat mewujudkan industri ayam yang lebih sihat. - SELAMA ini adakah kita sebagai pengguna mengambil berat mengenai apa yang kita makan? Misalnya antibiotik yang terkumpul dalam daging ayam yang kita makan setiap hari? Antibiotik terutama tetracycline digunakan secara meluas dalam pengeluaran ternakan bagi terapi dan peningkatan berat badan. Bahan berkenaan dimasukkan ke dalam makanan bagi merangsang peningkatan berat selain menghalang jangkitan penyakit. Biasanya antibiotik berkenaan diberikan bermula dalam makanan permulaan atau starter sehingga ke ' finisher' atau hingga ayam disembelih. Biasanya antibiotik akan berkumpul dalam tisu haiwan ternakan dan memasuki rantaian makanan apabila ternakan berkenaan disembelih, dijual dan dimakan oleh manusia. Antibiotik stabil sehingga sembilan bulan dan tidak terurai malah akan terkumpul di dalam otot, hati dan kulit. Daging ayam merupakan makan

Sejuta ayam mentah sehari

Image
Sejuta ayam mentah sehari RUANG memproses dan mengasingkan bahagian-bahagian ayam selepas melalui fasa penyembelihan. MALAYSIA merupakan antara 15 buah negara yang menjadi destinasi eksport bagi produk ayam segar dan makanan proses sejuk beku berasaskan ayam keluaran syarikat Kumpulan SAHA Farms. Berpangkalan di Bangkok, Thailand, syarikat berkenaan berupaya menghasilkan satu juta ekor ayam mentah sehari. Kemampuan itu telah menjadikan produk-produk syarikat tersebut kini berjaya menembusi pasaran banyak negara dunia seperti Kanada, Denmark, Jerman, Dubai, Jepun, Vietnam, Singapura dan China. Di Malaysia, 95 peratus pengimport utama produk-produk keluaran syarikat gergasi itu adalah Ayamas dan Kumpulan KFC. Baru-baru ini, sekumpulan petani, penternak dan peladang dari Malaysia yang menyertai program Agrochallenge Antarabangsa Thailand 2011 anjuran Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) berpeluang melawat kilang pemprosesan tersebut. Terletak di daerah Petchabun, kira-kira

Produk FELDA masuk Turki

Image
Produk FELDA masuk Turki KUMPULAN FELDA Global melangkah setapak lagi pada peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan produk berasaskan lemak minyak sawitnya di pasaran Turki bermula tahun depan. Pengenalan produk itu sejajar hasrat kumpulan itu untuk muncul pengeluar produk berasaskan lemak tumbuhan kedua terbesar di negara itu menjelang 2016. Menerusi anak syarikatnya, FELDA Iffco Gida Saneyi (FIGS), kumpulan itu menyasarkan produk berkenaan kepada pelanggan industri dan makanan di Turki selepas menjual minyak sawit secara pukal di negara berkenaan sejak Disember tahun lalu. MEHMET bersama produk minyak bunga matahari dan jagung yang dipasarkan oleh syarikatnya di Turki. Ketua Pegawai Operasi FIGS, Mehmet Sahin, berkata syarikat itu melabur AS$20 juta bagi membina kilang penapisan dan pembungkusan produk lemak berasaskan minyak sawit di Izmir, iaitu bandar ketiga terbesar di negara berkenaan. “Kami melihat produk lemak berasaskan minyak sawit adalah produk tamb

Ternak kepah dan kultur mutiara

Image
Operasi ternak kepah dan kultur mutiara Contoh pengkulturan mutiara di China yang dijalankan di sebuah tasik. SELAIN menjadi perintis kepada projek mutiara air tawar di Tasik Kenyir, AkUATROP juga mengharapkan kejayaan projek tersebut dicapai bersama para peserta. Selain itu, pusat kecemerlangan tersebut dapat berkongsi teknik dan pengetahuan dalam bidang itu bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang pesat di Malaysia seterusnya di seluruh dunia pada masa depan. Secara khususnya projek berkenaan adalah untuk: * Memberikan kemahiran kepada penduduk Terengganu untuk terlibat dalam bidang ternakan kepah mutiara air tawar. * Membimbing tentang teknik penghasilan mutiara secara komersial. * Menggalakkan penduduk Terengganu untuk bekerja sendiri daripada menganggur atau menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. * Tasik Kenyir yang berkeluasan 260 km persegi mempunyai 340 buah pulau kecil terletak di Negeri Terengganu merupakan tasik buatan manusia

Peluang menyertai My agro 2011

Image
MALAYSIA AGRO 2011   Date 20th to 23rd September 2011 Time 10.00am to 5.00pm (20th, 21st & 22nd September 2011) 10.00am to 4.00pm (23rd September 2011) Duration 4 Days (Tuesday – Friday) Venue MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur Click here to view the Complete Seminar Program Organised by PBA Agro Sdn Bhd   Official Stand Contractor IFCO DSIGNS Official Freight Forwarder JIM Project & Expo Logistics (M) Sdn Bhd Shell Scheme (3m x 3m) RM725 per sqm – Minimum booking of 9 sqm (Local Exhibitors) USD245 per sqm – Minimum booking of 9 sqm (International Exhibitors) Rate includes: Exhibition space rental Floor carpeting White polyester laminated wall partition Fascia board with Company Name and Booth No. Information Counter Folding chair Waste paper basket Fluorescent lighting 13 Amp power point Listing in Exhibition Directory Bare Space (Minimum booking of 18 sqm) RM65

Tips taman bunga kertas

Image
Tips taman bunga  kertas KELIHATAN seperti kertas dengan pelbagai warna dan bentuk yang cukup mengasyikkan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Namun sifat dan daya ketahanannya tidaklah seperti kertas. Itulah bunga kertas atau nama botaninya bougainvilla, yang dinamakan sempena Antoine de Bougainvilla. Komander Laut Peranchis yang dikatakan orang pertama yang menemui bunga kertas. Dipercayai berasal dari bahagian selatan Amerika, bunga kertas sering menjadi pilihan tanaman landskap, sebagai hiasan, bonsai, topiary, hiasan memanjat pergola dan seringkali digunakan sebagai pokok pagaran Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas menjadi penyeri laman yang popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa. Pembiakan Cara yang biasa digunakan ialah secara keratan nbatang dan cantuman baji. Keratan batang Langkah 1