Posts

Showing posts from August, 2011

Timbalan Pengarah Veterinar Perak mati dicekik

Timbalan Pengarah Veterinar Perak mati dicekik IPOH 4 Ogos – Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Negeri, Rohani Kasim, 38, ditemui mati di rumahnya di Blok F, Lakeside Apartmen Tambun, di sini, dipercayai dicekik dalam kejadian samun, kira-kira pukul 3 pagi ini.

55 peratus orang ramai puas hati dengan polis

Image
55 peratus orang ramai puas hati dengan polis KUALA LUMPUR 4 Ogos - Satu kajian yang dijalankan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah pada Mei lalu menunjukkan 55 peratus responden berpuas hati dengan perkhidmatan polis. Ia merupakan peningkatan berbanding Disember 2009 yang mana tahap kepuasan responden terhadap perkhidmatan polis hanya pada 35.8 peratus. Dalam kajian lain, indeks ketakutan terhadap jenayah di kalangan orang ramai sepanjang Mac hingga Mei tahun ini juga dicatatkan pada 48.9 peratus berbanding 58.5 peratus pada Disember 2009. - Utusan

Keratan anggota badan manusia ditemui

Image
Keratan anggota badan manusia ditemui KUALA LUMPUR 4 Ogos - Badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian dijumpai dalam dua beg plastik di Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, Ampang dekat sini semalam. Beg plastik yang mengandungi keratan tangan dan kaki itu ditemui di atas siling tandas sebuah unit pangsapuri yang tidak dihuni sejak 10 tahun lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, polis bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan penduduk yang menemui kaki kiri manusia di anjung pangsapuri itu pada pukul 2 petang. "Bahagian badan manusia itu dipercayai dipotong dengan objek tajam sebelum dibungkus dengan plastik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata hasil siasatan lanjut di pangsapuri itu, polis dengan dibantu Unit Patalogi Hospital Ampang menemui usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas dalam unit itu. Polis menemui bahagian lain tubuh manusia yang telah dipotong di

5.2-magnitude aftershock jolts New Britain region, Papua New Guinea -- USGS

Image
5.2-magnitude aftershock jolts New Britain region, Papua New Guinea -- USGS                       HONG KONG, Aug. 4 (Xinhua) -- An aftershock measuring 5.2 on the Richter scale jolted New Britain region, Papua New Guinea at 0648 Beijing Time on Thursday (2248 GMT on Wednesday), minutes after a 5.9-magnitude quake, the U.S. Geological Survey said. The epicenter of the aftershock, with a depth of 23.9 km, was initially determined to be at 5.0355 degrees south latitude and 148.2498 degrees east longitude

Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Image
Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera  KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 pada skala Richter melanda selatan Sumatera pada pukul 8.16 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata gempa itu berpusat di 170km barat laut Bengkahulu, Indonesia dan 595km barat daya Johor Bharu. Sementara itu, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di New Britain Region di Papua New Guinea, 512km timur laut Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 6.39 pagi ini. Gempa bumi dengan magnitud 5.4 juga melanda Sumatera utara pada pukul 4.02 pagi ini, 71km baratdaya Padang Sidempuan, Indonesia. Satu lagi gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 pada skala Richter melanda laut Molucca di Indonesia, 238km tenggara Manado, Indonesia pada pukul 6.52am ini. Kesemua gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan

Kebebasan bersuara segar dalam UMNO

Image
Kebebasan bersuara segar dalam UMNO KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kebebasan bersuara dalam UMNO masih wujud malah segar dalam era transformasi dan model baru politik pada masa ini, kata beberapa pemimpin UMNO pelbagai peringkat bagi menyangkal kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kononnya UMNO kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk anggotanya memberi perbezaan pendapat. Di laman sosial pula, terdapat penyokong UMNO yang mencabar supaya Abdul Kadir, yang kini Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, supaya keluar parti dan menegur UMNO dari luar seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Datuk Mohamed Aziz menolak keras pendapat Abdul Kadir itu, dengan berkata UMNO tidak pernah menyekat ahlinya untuk bersuara selama ini. "Kita bebas bercakap. Saya hormati beliau tetapi janganlah apabila kita sudah tidak

Saida Enggan Komen Tentang Gosip Saerah Bersalin

Image
Gosip mengenai seorang penyanyi realiti wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak biarpun usia perkahwinannya baru mencecah empat bulan menjadi antara 'hidangan' hangat pembuka tirai tahun 2011 ini. Biarpun khabar angin itu  tersebar tanpa di sebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Penyanyi yang dikatakan pernah memasuki program realiti tv, dan baru sahaja melangsung perkahwinan sekitar Ogos lalu seolah-olaj ditujukan kepada Siti Saerah, apatah lagi Saerah yang pernah memasuki rancangan realiti One In A Million musim pertama dahulu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 Oktober yang lalu bersama Saiful Anuar. Enggan berterusan bersangka buruk pada anak kelahiran Kuala Lipis ini, Mangga Online bertanyakan kakak kandungnya yang juga seorang penyanyi, Siti Saida. Namun malangnya, Saida enggan memberikan sebarang komen terhadap berita yang mel

Ana Raffali Semakin Dibenci

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. "Sejujurnya, saya tidak tertekan dengan perkara ini, itu semua hak mereka untuk m

Saya Bukan Perampas-Neelofa

Image
"Saya Bukan Perampas"-Neelofa Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2. Enggan menyalahkan sebelah pihak, Manggaonlin

Tips tanam kangkung

Image
Tips tanam kangkung Tanaman kangkung menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Kangkung ( Ipomoea aquatic ) tergolong dalam famili Convolvulaceae adalah berasal dari India. Di negara Cina, kangkung dikenali sebagai weng ca i. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage , water convolvulus , atau water spinach . Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air. Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fos

Cara mudah tanam terung telunjuk

Image
Cara mudah tanam terung telunjuk   SELAIN dibuat sayur dalam masakan, terung telunjuk juga banyak digunakan sebagai sumber ubat-ubatan kerana kaya dengan pelbagai khasiat.    Terung telunjuk ( Solanum sp . ) dari famili Solanaceae merupakan kumpulan terung yang asli (primitif). Ia berbentuk lonjong, hijau dengan jalur putih di bahagian bawah, bersaiz dua hingga tiga sentimeter (sm) lebar dan lapan hingga 10 sm panjang sahaja. Terung ini mula ditemui di India dan seterusnya ke seluruh kawasan tropika. Tidak ramai yang menggemari terung ini kerana rasanya agak sedikit pahit. Namun jika dilihat dari sudut khasiatnya, pasti ramai yang terpegun. Terung telunjuk kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin C, serat, kalsium dan beta karoten yang baik untuk mata. Selain dimakan sebagai sayur atau ulam, ia juga boleh dijadikan ubat. Keseluruhan pokok dari buah, daun hingga ke akar pokok ini boleh digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit, antaranya ialah asma, sakit gi

Usahawan kontrak ladang stevia

Image
Usahawan kontrak ladang stevia MEGAHERBS Bioextreme (Megaherbs) menawarkan penanaman stevia secara ladang kontrak kepada usahawan yang berminat. TIDAK perlu berbelanja besar, mudah ditanam dan tidak memerlukan kawasan luas. Itu yang ditawarkan oleh Program Keusahawan Stevia oleh syarikat pertanian Megaherbs Bioextreme (Megaherbs) kepada usahawan yang berminat. Menerusi program itu, syarikat tersebut memperkenalkan konsep penanaman secara perladangan kontrak. Menurut Presiden Megaherbs, Dr. Zubir Yahya, pengenalan konsep itu bermatlamat mewujudkan kerjasama antara syarikat dengan para pengusaha. ‘‘Ia akan memudahkan kedua-dua pihak dalam urusan pembekalan baja dan anak pokok serta pembelian semula hasil tanaman. ‘‘Biasanya, syarikat akan membeli daun stevia kering dengan harga RM40 hingga RM50 sekilogram mengikut gred dan harga pasaran. ‘‘Kontrak ini akan dijalankan selama dua tahun dan pengusaha boleh memperbaharuinya mengikut kesesuaian,’’ jelasnya.

Memperluas industri stevia

Image
Memperluas industri stevia KELEBIHAN pemanis semulajadi stevia mempunyai pelbagai khasiat menjadikan perusahaannya semakin diperluas ke peringkat komersial. KEHEBATAN pemanis semulajadi pengganti gula, stevia atau nama saintifiknya Stevia rebauidiana memang tidak dapat disangkal lagi. Selain mempunyai ekstrak rasa manis pada kadar 200 hingga 300 kali ganda berbanding gula biasa, tumbuhan herba daripada keluarga Chrysanthemum itu turut menawarkan pelbagai khasiat lain seperti protein, fiber, karbohidrat, kalsium, natrium, magnesium dan juga zink. Daripada sudut perubatan, stevia berupaya membantu mencegah penyakit kanser, kencing manis, diabetes selain mengandungi vitamin A, B dan C serta mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Rasanya yang terlalu manis pula menjadikan produk gula alternatif itu hanya diperlukan dalam kuantiti sedikit sekali gus memberi penjimatan daripada segi perbelanjaan. Walaupun menawarkan pelbagai kelebihan,

Kereta api kemalangan lagi, tiada cedera

Image
Kereta api kemalangan lagi, tiada cedera 01/08/2011 2:10am NEW DELHI 31 Julai - Sebuah kereta api ekspres melanggar sebuah kereta api penumpang lain di timur India hari ini, namun tiada kecederaan dilaporkan. Agensi Berita Trust of India melaporkan, enjin kereta api ekspres Guwahati-Bangalore tergelincir apabila berlanggar dengan sebuah kereta api tempatan di daerah Malda West Bengal, kira-kira 350 kilometer di utara Kolkata. Nahas itu adalah yang kedua selepas kejadian nahas sebuah kereta api ekspres dari Kolkata tergelincir pada kelajuan tinggi di utara Uttar Pradesh tiga minggu lalu, menyebabkan 63 orang terbunuh. - AFP

pengebom berani mati - 12 polis maut serangan bom kereta

Image
12 polis maut serangan bom kereta KANDAHAR 31 Julai - Sekurang-kurangnya 12 anggota polis dan seorang kanak-kanak terbunuh apabila pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta di luar ibu pejabat polis di bandar selatan Lashkar Gah, hari ini. Serangan tersebut berlaku selepas kawalan keselamatan di ibu kota wilayah Helmand, 'bebas' dari kawalan tentera Britain dan Afghanistan yang dilihat sebagai proses meninggalkan Afghanistan menjelang 2014. Sesetengah pakar mempersoalkan keupayaan askar dan polis Afghanistan untuk melindungi negara dari serangan Taliban yang sebelum ini mendakwa bertanggungjawab keatas letupan dan pemberontakan yang berlaku. - AFP

Hari pertama puasa bagy tahun 2011

Image
august 01 -2011 selamat berpuasa dan bersahur pada semua umat islam didunia..*