Posts

Showing posts with the label Info Kursus

PLPP bantu OKU

Image
Pelajar PLPP Bangi, Mohd. Roysam Nizam (kanan) bersama tenaga pengajar, Ahmad Amar Abdullah (kiri) membaiki sebuah kerusi roda di bengkel baru-baru ini. DILAHIRKAN sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau kehilangan anggota badan akibat terlibat dalam kemalangan merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi itu, sudah pasti mengalami perasaan putus asa kerana kesukaran untuk bergerak dan tidak berupaya melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Namun, seiring dengan pembangunan teknologi telah banyak inovasi dicipta dalam usaha membantu golongan tersebut menjalani aktiviti harian sekali gus memudahkan mereka bergerak. Ini termasuk inovasi pada kerusi roda bagi memudahkan golongan tersebut terutama yang kehilangan anggota kaki melakukan aktiviti harian tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Melalui inovasi tersebut, keperitan hidup yang dilalui mereka dapat dikurangkan, apatah lagi keadaan yang dilal

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Image
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) Latar Belakang Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program. Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara, sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator usahawan belia tani ini. Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan, sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di ba

Kursus Sijil Pertanian (IPSM)

Image
Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) Latar Belakang Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian. Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing. Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sij

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan (PBU)

Image
KURSUS KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN JABATAN PERTANIAN PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan.   PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang