Posts

Showing posts with the label news

Menjinak ikan laut di ladang kuda

Image
Menjinak ikan laut di ladang kuda kolam pancing air masin bagi kemudahan rekreasi untuk pemancing ikan laut di Kolam Pancing Ibai, Terengganu Ekuestrian Resort, Kuala Terengganu. – utusan/Fauzi BAHARUDIN KUALA TERENGGANU 12 Nov. – Bagi yang gemar memancing, di laut lebih menjanjikan keseronokan, bukan sahaja kerana hasil tangkapannya pelbagai tetapi juga cabaran yang lebih menguji dalam mengendalikan kail ketika matanya direntap. Bagi memenuhi hobi ini, ia lazimnya menuntut lebih banyak belanja seperti sewaan bot di samping ruang masa yang lebih panjang perlu dihabiskan dan sesekali terdedah dengan risiko. Mereka mungkin berdepan cuaca buruk atau laut bergelora tidak semena-mena dan diburukkan lagi jika bot bocor dan tenggelam ketika berjam-jam asyik di lubuk ikan berjauhan pantai. Kadangkala waktu terluang untuk pergi memancing tidak bersesuaian untuk turun ke laut apatah lagi hasrat itu wajar dipendamkan sahaja sepanjang beberapa bulan musim tengkujuh melanda. Musi

Umat Islam diminta waspada

Umat Islam diminta waspada KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Umat Islam perlu berwaspada agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan al-Quran yang kandungan tafsirannya dikesan telah dicampur aduk dengan hasil kajian sains. Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Anas Mohd. Yunus berkata, tafsiran sedemikian bertujuan mengelirukan mereka dan akhirnya boleh merosakkan akidah. Beliau menjelaskan, al-Quran merupakan kitab suci Allah yang 100 peratus sempurna serta lengkap dengan tafsirannya sampai bila-bila, sedangkan kajian sains pula sentiasa berubah-ubah. Malah, katanya, para ulama turut menetapkan, al-Quran tidak boleh ditafsirkan dengan kajian sains sebaliknya hanya bersifat menyokong kepada tafsiran kitab suci itu. "Ulama kata, al-Quran dan sains tak boleh ditafsirkan bersama, cuma sains hanya dianggap sebagai petanda yang hanya boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan ketaatan terhadap al-Quran. "Tapi al-Quran (tafsiran) tidak boleh sama sekali dic

Merapoh bakal berubah wajah

Image
Merapoh bakal berubah wajah Abdul Rahman Mohamad menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dari daerah Lipis pada majlis sambutan Aidilfitri DUN Padang Tengku, Lipis, Pahang, baru-baru ini TRAGEDI kemalangan maut yang mengorbankan 15 penumpang pada 30 November 2003 di Jalan Kuala Lipis-Merapoh terus dikenang terutama kepada pengguna jalan raya yang berulang alik antara Kuala Lumpur dengan Kota Bharu, Kelantan. Kemalangan tragis membabitkan penumpang bas Ekspres Mutiara dan sebuah bas sekolah itu menyebabkan nama Merapoh yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku popular sehingga hari ini sebagai kawasan hitam atau laluan ‘sakaratulmaut’. Bagaimanapun, kejadian tujuh tahun lalu itu tidak menjadi halangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad, 48, untuk membangun dan mengubah wajah Merapoh daripada kawasan hitam menjadi sebuah pusat pertumbuhan baru. Merapoh dan 70 kampung dalam DUN Padang Tengku

ucapan tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pelajar UPSR yang berjaya

Muhyiddin Congratulates UPSR Candidates KUALA LUMPUR, Nov 13 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin congratulated those who have done well in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and advised those who did not do well not to be disheartened, saying "it's not the end of the road." "I would like to congratulate all students who had performed well in the recent UPSR examination. I am very proud of you and I am sure that your family, your teachers and the entire nation also feel the same. "For those who did not do well, this is not the end of the road. It is the beginning of a long journey. There are lots to achieve and may we all work harder for the future," Muhyiddin who is also Education Minister said in a statement emailed to Bernama on Saturday. The UPSR results were announced on Thursday which saw an increase in the percentage of those obtaining all As, from 9.51 per cent last year to 10.02 per cent this yea

Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi,JJM Medical College

Image
Pelajar perubatan Malaysia terbunuh di selatan India CHENNAI 13 Nov. – Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di selatan India, petang Khamis lalu. Kemalangan itu berlaku apabila Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, di negeri Karnataka, sedang membonceng motosikal yang ditunggang seorang pelajar. Rakannya cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang. Akmal cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada hari yang sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya terselamat. Pelajar tajaan Mara berumur 19 tahun itu tiba di India untuk melanjutkan pengajian perubatan September lalu. Konsul Jeneral Malaysia, Anuar Kasman berkata, jenazah pelajar itu diterbangkan dari Bangalore ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi ini. – Bernama jenazah akan disemadi kan di kuala kedah laporan dan cat

Mangsa banjir di Kedah diminta daftar

Mangsa banjir di Kedah diminta daftar sebelum 28 Nov 13/11/2010 12:31pm ALOR SETAR 13 Nov. – Semua keluarga mangsa banjir di Kedah diminta mendaftar menerusi satu borang khas bagi membolehkan kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan dengan lebih teratur, selain memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada menerimanya. Borang itu boleh diambil mulai esok di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pejabat parti komponen BN. Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, borang berkenaan harus dikembalikan selewat-lewatnya 28 November ini dan ia perlu diisi oleh semua keluarga mangsa banjir, sama ada mereka berpindah ke pusat pemindahan atau tidak berpindah, menumpang rumah saudara mara, menetap di hotel dan sebagainya. Beliau berkata, selain penghuni rumah ke

301 mangsa banjir di Kedah masih di pusat pemindahan

301 mangsa banjir di Kedah masih di pusat pemindahan 13/11/2010 12:29pm ALOR SETAR 13 Nov. – Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan terus berkurangan, iaitu hanya seramai 301 orang daripada 110 keluarga, dan melibatkan satu daerah sahaja iaitu Kubang Pasu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, mangsa banjir di Kota Setar telah pulang secara berperingkat-peringkat dan semua pusat pemindahan di daerah itu ditutup pada 5 pagi tadi. Katanya, sehingga 10 pagi ini, hanya empat pusat pemindahan masih dibuka di Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan Tunjang, Surau Kampung Lahar Halban dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai. – Bernama

Kedah semakin pulih daripada banjir

Image
Kedah semakin pulih daripada banjir Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Kedah dukacita dan minta ketepi fahaman politik ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah. Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini hari ini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu. “Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang telah melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini. “Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini,” titah baginda. Pada majlis itu, baginda turut mengumumkan sumbanga

Tindakan keras terhadap media

Image
Tiada tindakan keras terhadap media 11/11/2010 3:27pm KUALA LUMPUR 11 Nov. - Sebanyak 19 tindakan berbentuk teguran, nasihat dan surat tunjuk sebab telah dikenakan terhadap beberapa media dalam negara tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, belum ada mana-mana akhbar atau media dikenakan tindakan gantung dan batalnya permit tahun ini. "Tindakan yang diambil kerajaan bukan tindakan yang terlalu keras dan begitu ketat, katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu sejauh mana kebenaran mengatakan media di negara ini tidak bebas serta tindakan kerajaan terhadap akhbar yang melanggar undang-undang serta sejauh mana pemantauan kerajaan terhadap media alternatif. Abu Seman berkata, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa pengukuhan melibatkan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Dalam Negeri bersama Jabatan P

DATA PENGUNGSI BENCANA ERUPSI GUNUNGAPI MERAPI

NO Lokasi Pengungsian Jumlah 1 Stadion Maguwoharjo 9503 2 Youth centre 2500 3 Per kecamatan 4 Kecamatan Desa 5 (1) Ngaglik sariharjo (asal kalidem) 1127 minomartani 609 Sinduharjo (geraja banteng dan SJY) 827 Sardonoharjo 163