Posts

Showing posts with the label info sukan

F1: Hamilton sambar petak depan Grand Prix China

Image
SHANGHAI 13 April - Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menyambar petak pertama pada Grand Prix Formula Satu China sebentar tadi, meninggalkan pemandu Lotus, Kimi Raikkonen di tempat kedua. Ini merupakan petak depan ke-27 dalam karier Hamilton, juara dunia 2008, sekali gus meletakkan pemandu Britain itu sebagai pilihan untuk memenangi perlumbaan sebenar esok. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mencatat masa ketiga terpantas, manakala juara dunia, Sebastian Vettel dari Red Bull hanya akan memulakan saingan esok dari petak kesembilan selepas memilih untuk mengharungi sesi kelayakan dengan perlahan tetapi menggunakan tayar pertengahan yang lebih tahan lama berbanding tayar lembut yang digunakan Hamilton. Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber tidak beraksi pada sesi kedua kelayakan kerana masalah bahan bakar. - REUTERS Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Chong Wei ceria kini bergelar bapa

Image
KUALA LUMPUR 12 April - Pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, hari ini sah bergelar bapa apabila isterinya yang juga bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Kingston Lee. Bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Hospital Gleneagles dekat sini. - UTUSAN ONLINE

Kingston lengkapi Chong Wei, Mew Choo

Image
LEE Chong Wei dan Wong Mew Choo sempat bergambar bersama Kingston selepas kelahiran anak sulung mereka, semalam. KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi orang paling gembira semalam selepas isterinya, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki. Bayi yang diberi nama Kingston Lee dan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles pada jam 2.30 petang di sini, semalam. Chong We, 30, yang menemani isterinya sepanjang pembedahan berkata, dia amat gembira kerana isterinya telah selamat melahirkan putera sulung mereka tanpa sebarang komplikasi. “Isteri serta anak saya semuanya dalam keadaan okey. Saya menemani isteri saya ke dalam bilik pembedahan. Saya rasa begitu lega dan gembira. “Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi bapa dan harap dengan kehadiran orang baharu ini dapat membawa tuah untuk saya mencatat kejayaan lebih besar lagi," katanya di sini, semalam. Berkongsi perasaannya se

22 pasukan sedia berentap dalam Le Tour de Langkawi 2013

Image
Lima pasukan berstatus profesional World Tour adalah antara 22 yang bakal berentap dalam edisi ke-18 kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, yang akan memulakan cabaran dari 21 Feb hingga 2 Mac ini. "Jelajah ini tidak pernah mencapai jumlah pasukan dari kelompok World Tour sebanyak ini sejak 2007. Ditambah dengan kualiti pasukan Pro Continental seperti Europcar yang hadir bersama Pierre Rolland, jelas kami mempunyai senarai pasukan yang terbaik dalam sedekad ini. "Kini, tiba masa bagi pelumba untuk memperagakan persembahan dan peluang bagi pelumba dari kelompok bawahan untuk memberi cabaran kepada pasukan bertaraf World Tour," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL Emir Abdul Jalal dalam satu kenyataan hari ini. Pasukan Muka baharu dalam LTdL adalah bekas pasukan yang dahulu dikenali sebagai Rabobank yang kini tampil dengan nama baharu Blanco, Omega Pharma-Quick Step dan Orica-GreenEdge manakala Garm

UMS ungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas

Image
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan. Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program ‘Ranau – Run for Life’ dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau. Penyelidikan tersebut berjaya melahirkan beberapa atlet yang memperoleh pingat di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma). Dr Mohamad Razali juga pakar rujuk sains sukan bagi kontinjen Sukma Terengganu yang telah menjuarai Sukma empat kali berturut-turut. UMS turut dianugerah RM90,000 daripada Kementerian Pe

Hafizh sasar ulangi kejutan di Sepang

Image
Pelumba wildcard Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berhasrat mengulangi pencapaian kedudukan keempat pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang tahun lepas pada edisi tahun ini. Pelumba remaja berusia 18 tahun itu berkata beliau menaruh harapan tinggi untuk beraksi buat kali kedua pada saingan Moto2 di GP Malaysia tahun ini namun tumpuan lebih terarah kepada usaha mengutip mata bagi memperkukuhkan kedudukan keseluruhan dalam acara itu. "Bagi saya, kejayaan menduduki tangga keempat pada Moto2 tahun lepas adalah satu rezeki yang tidak ternilai bagi saya," katanya. Mengulas mengenai saingan kejohanan motosikal berprestij CEV Buckler di Sepanyol bermula pada 28 April ini, Hafizh yang akan membuat penampilan kedua pada musim ini menyasarkan untuk meraih tiga tempat teratas. Pelumba berkenaan yang membuat penampilan sulung tahun lepas hanya mampu  menduduki tangga keenam keseluruhan daripada daripada 33 pelumba menerusi t

Shalin Zulkifli bersimpati dengan Nur Suryani Mohamed Taibi

Image
Pemain tenpin boling negara, Shalin Zulkifli bersimpati dengan nasib penembak, Nur Suryani Mohamed Taibi yang digugurkan daripada skuad elit kerana bersalin. Kisah Suryani menarik perhatian Shalin yang pernah melalui pengalaman sama pada 2006. Ketika itu, dia masih lagi memegang ratu boling negara. Namun, gelaran itu tidak memberi sebarang makna apabila dia hilang punca pendapatan apabila turut digugurkan daripada  skuad elit. Bagi menampung kos bersalin dan perbelanjaan harian, Shalin terpaksa mencari sumber pendapatan lain. Antara atlit negara yang pernah berdepan masalah ini ialahVasantha Maria dari karate-do. Related Posts :info sukan,

Chong Wei cipta sejarah Terbuka Malaysia

Image
Pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei melakar nama sebagai pemain negara paling berjaya selepas memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia dengan bergaya untuk kali kesembilan di Stadium Putra di Bukit Jalil di sini hari ini. Pada perlawanan akhir, pemain berusia 30 tahun yang merupakan pilihan utama dan juara bertahan dengan mudah menyingkirkan cabaran pemain pilihan kelapan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan 21-7 dan 21-8 hanya dalam masa 32 minit. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei memecah rekod Wong Peng Soon yang menjuarai perseorang lelaki kejohanan itu sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 1940, 1941, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952 dan 1953. Terdahulu, lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium kecewa apabila beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kalah 13-21 dan 18-21 d

Chong Wei mara ke separuh akhir

Image
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya melakukan aksi 'memanaskan badan' untuk menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 24 minit untuk menumpaskan pemain pilihan kelima, Hu Yun dari Hong Kong, 21-12 dan 21-9 pada saingan suku akhir. Chong Wei, 30, yang memburu gelaran kesembilan Terbuka Malaysia, akan mementang pilihan keenam, Jan O Jorgensen dari Denmark pada separuh akhir esok. Selain Chong Wei, wakil negara yang masih meneruskan cabaran ialah beregu lelaki Goh V Shem/Lai Khim Wah dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Dalam pada itu, Jorgensen mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain nombor dua negara Liew Daren, 19-21, 21-13, 21-17 pada perlawanan 62 minit itu. Beregu Goh/Lim pula mengalahkan beregu Korea Selatan, Kang Ji Wook/Lee Sang Joon 21-14, 21-16 untuk berdepan dengan satu

Amukan Ibrahimovic rencat penampilan ke-100 Gerrard

Image
Zlatan Ibrahimovic meraikan kejayaannya menjaringkan gol keempat Sweden pada aksi persahabatan menentang England di Stockholm, semalam. - AFP STOCKHOLM - Zlatan Ibrahimovic meraih pujian dari segenap sudut apabila menjaringkan kesemua gol Sweden, termasuk tendangan gunting dari jarak jauh untuk pasukannya menumpaskan England 4-2 dalam perlawanan persahabatan, semalam. Jaringan pembukaan Ibrahimovic pada minit ke-20 memahat namanya sebagai penjaring gol pertama di stadium baru, Friends Arena, Stockholm. England merencatkan kegembiraan Sweden buat seketika apabila membalas dua gol menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker. Malang buat anak-anak buah Roy Hodgson, biarpun berjaya bangkit dengan dua gol, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyekat amukan Ibrahimovic. Persembahan hebat Ibrahimovic membayangi penampilan ke-100 Steven Gerrard bersama skuad England, namun bintang tengah Liverpool itu menyanjungi prestasi penyerang Sweden itu. "Saya fikir gol kee

Perancis bangkit benam Itali

Image
MARIO Balotelli melepasi asakan pemain Perancis, Anthony Reveillere pada aksi persahabatan di Parma, semalam. - REUTERS PARMA, Itali - Perancis bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Itali 2-1 semalam, sekali gus memberikan Azzurri kekalahan keenam berturut-turut dalam aksi persahabatan antarabangsa. Penyerang muda kian meningkat, Stephen El Shaarawy meletakkan Itali di depan pada minit ke-35. Begitupun, Perancis memerlukan hanya dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Mathieu Valbuena sebelum pemain gantian, Bafetimbi Gomis meledak gol kemenangan pada minit ke-67. Daripada lima perlawanan persahabatan yang diharungi Itali sebelum ini, mereka kalah kepada Poland, Uruguay, Amerika Syarikat, Rusia dan England. Namun, Itali hebat dalam kejohanan rasmi, dengan muncul naib juara Euro 2012 Julai lalu dan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014,  Azzurri  memenangi tiga daripada empat perlawanan setakat ini dan seri satu lagi. "Kami perlu bersedia a

Pelumba Portugal maut di Grand Prix Macau

Image
HONG KONG 16 Nov. - Pelumba motosikal Portugal, Luis Filipe de Sousa Carreira terbunuh dalam kemalangan ketika menyertai sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Macau. Jawatankuasa penganjur berkata, Carreira mati akibat kecederaan dalam kemalangan tengah hari semalam. "Tiada pelumba lain terlibat dalam insiden itu, yang berlaku di selekoh Fisherman... sesi kelayakan dihentikan serta-merta," kata jawatankuasa dalam satu kenyataan. "Selepas diperiksa oleh pihak doktor, Carreira dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans." Pelumba berusia 35 tahun dari Lisbon itu mati setengah jam kemudian, kata kenyataan itu. - AFP Related Posts :info sukan, Info Tragedi,

Menang tanpa pesta gol

Image
Menang tanpa pesta gol PEMAIN skuad kebangsaan meraikan jaringan ketika menentang Ukraine pada Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin, Ireland semalam. – www.malaysianhockey.blogspot.com DUBLIN, Ireland – Skuad negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Ukraine 5-1 dalam Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) di sini, semalam. Tiga jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit 26), Hafifihafiz Hanafi (minit 32), Muhammad Razie Abd Rahim (minit 48), Muhamad Amin Rahim (minit 60) dan Mohamad Sukri Abd. Mutalib (minit 69) melegakan skuad kebangsaan manakala gol sagu hati Ukraine dihasilkan Viacheslav Paziuk (minit 57). Permulaan babak pertama menyaksikan Ukraine yang cuba mencari penawar selepas dibelasah 12-0 oleh Ireland kelmarin, cuba mengekang setiap pergerakan skuad negara. Bagaimanapun, jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin membe

Petronas Motorsports pergiat kempen promosi F1

Image
PETALING JAYA 13 Mac — Petronas Motorsports, unit permotoran Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kini mempergiatkan kempen mempromosikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac ini di Litar Sepang. Menurut pengarah urusan Petronas Motorsports, Anita Azrina Abdul Aziz, kerja -kerja promosi untuk perlumbaan Grand Prix Malaysia sudah bermula sejak Disember tahun lepas. "Bermula Sabtu ini sehingga 25 Mac, di KLCC Suria, kita akan adakan gerai menjual barangan Petronas Motorsports, Mercedes dan juga pasukan Mercedes AMG Petronas F1. "Di situ juga banyak aktiviti akan dijalankan dan orang ramai berpeluang menyertainya selain meraih hadiah-hadiah yang ditawarkan. Penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama Pertronas Dagangan dan juga Mercedes,” kata Anita Azrina ketika ditemui selepas majlis pelancaran musim baru perlumbaan F1 di ESPN Star Sports di sini, hari ini. Menurut beliau, peminat sukan permotoran khu

Terengganu, Kelantan, Kedah layak suku akhir Piala FA

Image
Piala FA KUALA LUMPUR 11 Mac - Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan antara lapan pasukan yang menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menumpaskan lawan masing-masing, malam tadi. Penyerang Terengganu Mohd Ashaari Shamsuddin muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-49 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Juara dua kali pada 2000 dan 2011 itu bagaimanapun berhadapan laluan getir pada suku akhir selepas dijadualkan bertemu dengan pendatang baru, Lions XII yang mengalahkan NS Betaria, 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Jiran mereka, Kelantan yang juga naib juara Piala FA turut layak setelah mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Baharu. Tiga gol skuad Kijang dijaringkan oleh Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-43) dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-65).

Malaysia bernasib baik

Image
Malaysia Jaringan penyamaan Ahmad Shakir (kiri) menyelamatkan maruah Malaysia apabila seri 1-1 dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam. KUALA LUMPUR - Jaringan Ahmad Shakir Ali pada masa kecederaan menyelamatkan maruah Malaysia apabila mengikat tuan rumah 1-1, Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam. Ketika di ambang kekalahan, pemain muda itu yang masuk selaku pemain gantian pada penghujung separuh masa kedua merembat deras menewaskan penjaga gol Filipina yang beraksi di Fulham, Neil Etheridge, dua minit sebelum perlawanan ditamatkan. Walaupun berjaya mengelakkan kekalahan di tangan Filipina yang berada di ranking 156 dunia, ia meneruskan kemarau Harimau Malaya yang masih gagal mencari kemenangan di gelanggang luar negara sejak tahun 2011.

Legenda bola keranjang saman syarikat sukan China

Image
SHANGHAI 24 Feb. - Pemain legenda bola keranjang, Micheal Jordan semalam memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pakaian sukan China atas dakwaan menggunakan namanya tanpa kebenaran. Bekas bintang kelab Chicago Bulls itu menyaman syarikat Qiaodan Sports, yang terletak di wilayah selatan Fujian kerana menggunakan namanya dalam bahasa Cina dan nombor jersinya tanpa kebenaran. "Perkara ini sangat mengecewakan saya kerana syarikat terbabit menggunakan nama Cina saya dan nombor jersi 23 serta cuba menggunakan nama anak-anak saya untuk meraih keuntungan," katanya. - AFP

Nama pemain rasuah didedah

Image
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengotakan janji untuk tidak ‘beri muka’ kepada pemain yang terlibat dalam rasuah bola sepak apabila menyiarkan nama pemain dan pegawai yang terlibat mengatur perlawanan, semalam. Dalam kenyataan kepada media semalam, FAM mendedahkan nama 11 pemain pasukan Piala Presiden 2011 Negeri Sembilan yang didakwa terlibat dalam rasuah setelah Jawatankuasa Tatatertib mendapati wujudnya unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan. Hukuman penggantungan pemain dan pegawai tersebut berkuatkuasa pada 30 November lalu. Empat pemain iaitu Mohd. Yatim Abdullah, Adrian Davadas, Norhairi Abdul Rahman dan Muhammad Zulfadhlie Mohamad A’ashari dikenakan hukuman gantung selama setahun daripada terlibat dengan semua aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan. Mereka juga tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan kepada FAM. Tujuh lagi pemain itu Muhammad Zaidi Othman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Anwarul Hafiz Ahmad, Muhamad Haikal Mohamad Nazri

Badminton akan ada rombakan

Image
BARisan kejurulatihan diketuai Rashid Sidek (kiri) berbincang selepas sesi latihan skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR - Terkenal dengan gemar menukar kombinasi beregu, Tan Kim Her dijangka tidak hanya melakukan satu rombakan, malah mungkin memecah gandingan pasangan utamanya sepanjang kelayakan Piala Thomas di Macau, 13-19 Februari ini. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bukan satu-satunya gandingan yang bakal dipisahkan ketua jurulatih beregu kebangsaan itu dalam usaha mencuri sekurang-kurangnya satu mata daripada acara beregu apabila bertemu Korea, malah Lim Khim Wah-Goh V Shem juga mungkin berdepan situasi yang sama. Jika Boon Heong berpotensi digandingkan semula dengan pasangannya ketika memenangi kejuaraan remaja dunia 2004, Hoon Thien How, V Shem dijangka berpasangan dengan bekas gandingannya, Teo Kok Siang. Kim Her juga sedia menurunkan kombinasi Thien How-Khim Wah seandainya mereka mempamer keserasian dalam perlawanan sim

Penyakit hilang fokus

Image
Pemain Bahrain, Abdul Rahman Maulud (kanan) mengasak pemain Malaysia, Wan Zack Haikal dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik di Manama, semalam. - AFP KUALA LUMPUR - Ketika satu mata sudah hampir digenggam ketika saingan berbaki enam minit, jalan cerita yang sama ditampilkan oleh skuad Olimpik di Manama apabila tewas sekali lagi kepada jaringan lewat permainan Bahrain pada saingan kelayakan Olimpik, semalam. Seperti tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan 2-3 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pengendali skuad Olimpik, Ong Kim Swee mengakui anak-anak buahnya hilang fokus selepas berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84 melalui jaringan Ahmad Hazwan Bakri. ''Saya sedikit kecewa pemain kehilangan fokus selepas mendapatkan gol penyamaan dan ia memberikan peluang kepada Bahrain mendapatkan gol kemenangan. ''Dalam perlawanan peringkat antarabangsa seperti ini, satu kesilapan mudah sudah cukup untuk menentukan pa