Posts

Showing posts from December, 2010

suara bantuan malaysia

Image
To members of MALAYSIA NEGARA KU (KUMPULAN PEMIKIR) Razali Mohaiyin December 28 at 12:14am Assalamualaikum dan salam sejahtera, SEORANG SAHABAT FB KITA AMAT MEMERLUKAN RM 20K UTK MENAMPUNG PEMBIAYAAN PEMBEDAHAN JANTUNG AYAH BELIAU DGN KADAR SEGERA - Izham Amirruddin no akaun maybank- 157054701611 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=478626043788&set=a.116051128788.99601.724868788 Dengan sumbangan kecil dari Datuk Datin dan Tuan Puan dapat menolong insan dalam kesusahan dan kesempitan .. Hanya Allah yang akan membalasan jasa kamu semua Razali Mohaiyin

Harimau baham Garuda

Image
Harimau baham Garuda SAFEE Sali (kiri) merembat bola tepat ke gawang gol selepas menerima hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha (tiada dalam gambar) pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. – AP sorakan peminat bola sepak malaysia KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0. Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama. Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Jawatan Kosong MATRADE

Image
Jawatan Kosong MATRADE MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eskport negara. Individu-individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan, di jemput untuk untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini. 1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 3. Juruteknik Komputer Gred FT17 4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Jawatan Kosong Prudential Wealth Planner

Image
Jawatan Kosong Prudential Wealth Planner Prudential Wealth Planner (RM1500 – RM3000 Basic + Commission) Damansara Intan, Petaling Jaya, Kemaman, Johor Bahru, Ipoh Requirements: * Candidates must possess at least Diploma or higher qualification. Fresh graduate encourage to apply * Between age 20-35 and are computer literate. * Candidates must possess own transport. * Proficient in written and spoken English. * Possess good interpersonal and communication skills, is presentable and resourceful and enjoy meeting people. * Knowledge and experience in financial products and services, insurance, unit trusts and Takaful are an advantage. Incentives New recruits can expect basic salary and commission plus comprehensive training Benefits * Overseas vacation. * Annual bonuses * Excellent career advancement and salary increment (at least RM200 per month increment) * Flexi hours Closing Date No closing date Interested candidates please sent your resume to firdausprudential@yahoo.c

Jawatan Kosong LAVA Systems Sdn. Bhd

Image
Jawatan Kosong LAVA Systems Sdn. Bhd LAVA Systems Sdn. Bhd. started out as Netinfinium Semarak Sdn. Bhd. and was incorporated in January 2003. We are MSC status company and subsequently underwent a name change to Lava Systems Sdn. Bhd. in January 2006 with a refinement in business focus and a larger team of professionals driving our growth. Headquartered in Kuala Lumpur , Lava Systems Sdn Bhd is Certified with (Malaysian Ministry of Finance) MOF registered Government IT vendor. Our Mission is to help our customers leverage innovative e-business solutions and technology supported by industry best practices to achieve business success. Our Vision is to be among the best organized, best run companies in the Information Technology Industry in Malaysia ; organizing and facilitating the easy and systematic dissemination and sharing of information, creating real and tangible value for our clients, our partners and our team. IT PROGRAMMER (based at Kuala Lumpur - Plaza Mon't

Jawatan Kosong Felda Holdings

Image
Jawatan Kosong Felda Holdings Kami mencari individu-individu cemerlang dari pelbagai latarbelakang yang ghairah menyahut cabaran. Sekiranya anda memenuhi kriteria ini, sertailah organisasi kami yang berintegriti tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan. Sedang mencari pekerjaan atau inginkan kerjaya baru? Sertailah organisasi kami di mana kemungkinannya tidak berkesudahan. 1. Secretarial Executive 2. Jurumasak 3. Eksekutif Teknical (Engineers) 4. Inspektor Polis Bantuan KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT Tarikh Tutup Permohonan: Jawatan 1 dan 2 (30 November 2010), Jawatan 3 (26 November 2010), Jawatan 4 (15 Disember 2010)

PELUANG KERJA

Image
JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED JAWATAN : GRED W36 TARAF JAWATAN : TETAP KUMPULAN PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN KEWANGAN GRED GAJI : P1T1 RM3,005.94 – P1T11 RM4,444.32 P2T1 RM3,216.18 – P2T11 RM4,916.21 Syarat-Syarat Lantikan : 1. Penolong Akauntan Gred W32 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W36 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (Purata LNPT tiga tahun – 2007, 2008, & 2009 mencapai 80% dan keatas); (c) lulus semua peperiksaan penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; (d) diperaku oleh ketua jabatan; (e) bebas dari tindakan tatatertib; (f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; (g) lulus laporan pengisytiharan harta; dan (h) mengisi dengan lengkap Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan JAWATAN KOSONG JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED JAWATAN : GRED W32 TARAF JAWATAN : TETAP KUM

Kewangan Islam kian diminati

Image
Kewangan Islam kian diminati KUALA LUMPUR 26 Nov. - Institut Pengurusan Akauntan Berkanun (CIMA) menyasarkan lebih banyak negara barat mempelajari sistem kewangan Islam dan melaksanakannya di negara masing-masing. Pengarah Eksekutifnya, Dr. Robert Jelly berkata, sebagai contoh, pihaknya kini menerima penyertaan akauntan daripada 53 buah negara termasuk negara barat yang berminat mengikuti pengajian kewangan Islam di CIMA. Katanya, ia merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dan bilangannya bertambah dari tahun ke tahun. "Kami menawarkan pengajian sistem kewangan Islam di bawah CIMA sejak tiga tahun lalu,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini. Jelly menambah, pihaknya mendapati semakin ramai pengamal perakaunan barat dan bukan Islam mendapati sistem kewangan Islam bukan bersifat keagamaan. Sebaliknya, ia merupakan satu sistem global yang mementingkan sama rata dan keadilan dalam kewangan. "Selain barat s

Tiga rahsia kejayaan dalam industri insurans

Image
Tiga rahsia kejayaan dalam industri insurans KUALA LUMPUR 26 Dis. - Minat, kegigihan serta pengetahuan latar belakang industri memainkan peranan penting dalam menempa kejayaan seseorang yang terlibat di dalam industri insurans ketika ini. Itulah ringkasan kata-kata empat kakitangan Hong Leong Assurance Bhd. (HLA) yang telah menerima anugerah masing-masing dalam satu majlis yang diadakan pada Oktober lalu oleh HLA. Mereka ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini bagi menceritakan pengalaman mereka. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan dan Pengurus Besarnya, Yong Lai Yin. Empat pemenang tersebut adalah Michael Tan Kok Kuan, May Lee Sue Wee, Calvin Kong Chee Kin dan Wini Roswita Abdullah. Kok Kuan memenangi kategori Anugerah Pembinaan Utama (MBA) dan Sue Wee memperolehi anugerah Pengurus Agensi Terbaik. Sementara itu, Chee Kin dan Wini Roswita masing-masing menerima anugerah Pengurus Unit Terbaik dan Ejen Terbaik.

Saham diniaga lebih kukuh minggu ini

Image
Saham diniaga lebih kukuh minggu ini KUALA LUMPUR 26 Dis. - Harga saham di Bursa Malaysia kemungkinan diniagakan lebih kukuh pada minggu ini selepas dirangsang oleh aktiviti hiasan luar apabila sesetengah pelabur cuba mendapatkan saham lebih baik dan lebih bernilai pada minggu terakhir 2010, kata para peniaga. Bagaimanapun, aliran masuk dana kemungkinan terhad kerana sesetengah pelabur telah pergi bercuti panjang seminggu mulai cuti Hari Krismas yang bermula Jumaat lalu, kata mereka. Seorang peniaga berkata jika Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) berupaya melepasi paras halangan 1,525 dalam tempoh jangka pendek, kemungkinan trend menaik akan berterusan sehingga lewat minggu ini. Pada akhir minggu lalu, FBM KLCI meningkat 11.7 mata kepada 1,511.58 berbanding dengan paras 1,499.88 semasa penutup pada minggu sebelumnya. Bursa tempatan bermula minggu lalu dengan lembap sebelum meningkat berikutan beberapa berita positif daripada aktiviti korporat, yang termasuk usah

Apple kalahkan Microsoft

Image
Apple ketepikan Microsoft NEW YORK 26 Dis. - Apple mengambil alih tempat Microsoft sebagai syarikat teknologi paling berharga di dunia pada tahun ini apabila pengasas bersamanya, Steve Jobs berada di kemuncak dengan penghasilan komputer tablet iPad dan iPhone terbaru. Akhbar perniagaan Britain, Financial Times (FT) minggu lalu menamakan Jobs sebagai Individu Sepanjang Tahun bagi akhbar itu. Malah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut sama memuji Ketua Pegawai Eksekutif Apple berusia 55 tahun itu. Penampilan Jobs di sebuah pentas di San Francisco untuk memperkenalkan iPad pada Januari lalu menandakan apa yang digelar FT sebagai 'kemunculan semula paling luar biasa dalam sejarah perniagaan moden'. "Ia bukan semata-mata mengenai soal penyakit yang membelenggunya selama setengah tahun sebelum ini sehingga menyebabkan dia sangat kurus dan memerlukan pemindahan hati. "Lebih sedekad sebelum ini, ramai menganggap kerjaya Jobs dan syarikat Apple

Pengumpul barang antik China dominasi lelongan di Paris

Image
Pengumpul barang antik China dominasi lelongan di Paris PARIS 26 Dis. - Pengumpul barangan antik dari China mendominasi majlis lelongan di Hotel Drouot, di sini sepanjang bulan ini bagi mendapatkan barangan yang digunakan ketika pemerintahan empayar maharaja China satu ketika dahulu. Pada 14 Disember lalu, pasu dari era Dinasti Qing (1644-1911) berjaya dijual dengan harga AS$7.2 juta (RM22.28 juta) iaitu nilai tertinggi yang pernah dilelong tahun ini. Pasu yang tertulis tanda Maharaja Yongzheng (1723-1735) itu dipercayai bernilai AS$1.9 juta (RM5.88 juta) tetapi berjaya dijual berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding harga asalnya. Syarikat lelongan Christie's cawangan Perancis pula berjaya menjual bekas menyimpan berus gigi diperbuat daripada batu jed dari zaman Dinasti Qing dengan harga AS$4.32 juta (RM13.37 juta), lebih tinggi dari asalnya yang dianggarkan berjumlah hanya AS$262,340 (RM812,073). Syarikat lelongan Sotheby's berjaya menjual baran

Pantai Timur AS sedia hadapi ribut salji

Pantai Timur AS sedia hadapi ribut salji WASHINGTON 26 Dis. - Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghadapi ribut salji hari ini, ketika berjuta-juta penduduk AS membuat persiapan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas mengunjungi keluarga dan rakan untuk sambutan Krismas. Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS) mengeluarkan amaran ribut musim sejuk di kawasan pantai timur AS sepanjang 1,600 kilometer, dari Georgia sehingga ke Vermont. Salji tebal diramal bagi kawasan New York dan Boston mulai hari ini sehingga ke malam, dengan suhu waktu malam sekitar tujuh darjah Celsius di bawah paras beku dan angin selaju 48 kilometer sejam. Washington menghadapi kemungkinan salji setebal 25 sentimeter hari ini. Krew pembersih salji diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di kawasan sekitar ibu negara AS ini. "Kami memantau laporan kaji cuaca seperti orang lain, tetapi kami tidak akan mengetahui situasi yang bakal kami hadapi sehinggalah salji mula turun," kata

Dua pejuang Jihad Islam maut

Image
Dua pejuang Jihad Islam maut JENAZAH Mahmoud dan Mosab diarak semasa upacara pengebumian mereka di Khan Yunis, selatan Genting Gaza, semalam. - AP GAZA CITY 26 Dis. - Kereta kebal Israel melepaskan tembakan meriam bertalu-talu ke Genting Gaza hari ini selepas askarnya menembak mati dua pejuang Jihad Islam dalam pertempuran di kawasan sempadan wilayah Palestin ini. Pemerintah Gaza, Hamas berkata, pejuangnya 'bersedia' untuk kembali berperang jika rejim Zionis meneruskan serangan. Keganasan itu meningkat menjelang hari ulang tahun kedua kempen serangan tiga minggu Israel ke atas Genting Gaza pada 27 Disember 2008, dan menyusuli bedilan roket pejuang Palestin dari wilayah ini sejak beberapa minggu lalu, dibalas dengan serangan udara Israel. Mahmoud Al Najar dan Mosab Abu Rock terbunuh dalam pertempuran dengan askar Israel di satu kawasan ke timur Khan Yunis, selatan Genting Gaza, kata saksi dan sebuah pertubuhan pejuang Palestin, Briged Al-Quds. Seorang jurucakap te

Britain mahu denda lapangan terbang

Image
Britain mahu denda lapangan terbang LONDON 26 Dis. - Britain akan memperkenalkan undang-undang baru yang membolehkan lapangan terbang didenda kerana menyebabkan perjalanan penumpang tergendala seperti yang berlaku menjelang perayaan Krismas apabila operasi Lapangan Terbang Heathrow terganggu ekoran salji tebal. Menteri Pengangkutan Britain, Philip Hammond dipetik akhbar Sunday Times sebagai berkata, operator lapangan terbang diberi kuasa untuk mengeluarkan denda sebanyak berpuluh-puluh ribu pounds kepada lapangan terbang yang menutup operasinya ekoran cuaca teruk. Katanya, sukar untuk menerima kenyataan bahawa syarikat pengurusan lapangan terbang Heathrow, Syarikat Penerbangan British (BAA) tidak dikenakan sebarang hukuman menurut undang-undang sedia ada. "Kita sepatutnya mengenakan penalti ekonomi kepada lapangan terbang yang gagal memberi perkhidmatan yang baik. "Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada prestasi lapangan terbang untuk memuaskan hati pelang

Wanita Indonesia dihukum gantung

Image
Wanita Indonesia dihukum gantung SHAH ALAM 23 Dis. – Seorang wanita warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya pada Mac tahun lalu. Hakim Dr. Badariah Sahamid memerintahkan Nenggani Asmo, 47, menjalani hukuman mati selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu. Beliau dalam penghakimannya berkata, semasa disoal balas tertuduh gagal mengemukakan butiran terperinci mengenai lelaki Negro di Bangkok, Thailand yang didakwa memberikan dadah tersebut. Katanya, beliau juga berpuas hati bahawa peniaga pakaian itu mempunyai pengetahuan serta pemilikan eksklusif ke atas dadah kerana ia disorok di dalam seluar dalam (girdle) yang dipakainya. Nenggani didakwa mengedar 665.1 gram dadah campuran (616.5 gram heroin dan 48.6 gram monoacetylmorphines) di pintu pemeriksaan Link Bridge di Lapangan Terbang Antaraba

Broker tanah dipenjara 5 tahun, denda RM1j

Broker tanah dipenjara 5 tahun, denda RM1j KUALA LUMPUR 23 Dis. - Dua broker tanah tanpa lesen dipenjara lima tahun dan didenda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 16 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah hampir RM5 juta, tujuh tahun lalu. Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Gan Kiat Bend, 52, dan Ismail Husin, 59, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu semalam. Selain itu, hakim tersebut turut memerintahkan Kiat Bend dikenakan denda tambahan RM2.43 juta sebagai bayaran penalti waran levi atau penjara setahun lapan bulan, jika gagal membayar jumlah tersebut dalam tempoh setahun. Ismail pula dikenakan penalti waran levi RM2.1 juta atau penjara tiga tahun tiga bulan. Jagjit memerintahkan kesemua hukuman terhadap mereka berkuatkuasa hari ini. Bagaimanapun, Jagjit membenarkan permohonan peguam Zeffree Zainudin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap anak guam