Posts

Showing posts with the label Info Perundangan

Karikatur hina Islam, KDN perlu bertegas

Image
          KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengambil tindakan tegas terhadap guru dan pemilik tuisyen yang menghina Islam agar ia tidak terus-menerus berulang di masa depan. Presiden Kebangsaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, KDN tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam. ''Permohonan maaf secara terbuka oleh guru dan pemilik pusat tuisyen terbabit tidak boleh diterima sebaliknya kedua-dua mereka perlu dikenakan tindakan sewajarnya. "Perbuatan mereka itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas perlu diambil oleh KDN agar ia tidak berulang kemudian hari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kelmarin, seorang guru, Fu Chong Yoong, 26, dan pemilik pusat tuisyen di Tangkak, Ledang, Lim Lee Yee, 26, membuat kenyataan memohon maaf dan menyesali kesilapan yang telah mereka lakukan. Related Posts :Info Peru

Polis bantuan hanya boleh tahan penjenayah

KUALA LUMPUR 20 Julai - Semua polis bantuan yang ditugaskan syarikat masing-masing untuk mengawal keselamatan di pusat beli-belah di seluruh negara hanya diberi kuasa untuk menahan penjenayah. Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, polis bantuan terbabit bagaimanapun dikehendaki menyerahkan setiap kes kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan segera untuk tindakan lanjut. "Polis bantuan juga tidak diberi kuasa untuk melakukan sebarang soal siasat ke atas mana-mana penjenayah mahupun tindakan kekerasan ke atas mereka. "Penempatan dan penugasan polis bantuan di pusat beli-belah hanya berperanan membantu PDRM memastikan usaha pencegahan dan menangani kes-kes jenayah di premis itu dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin lalu mengumumkan, lebih 25,000 pengawal keselamatan di p