Posts

Showing posts with the label info pelajar

Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L

Image
Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini. Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan

UMS ungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas

Image
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan. Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program ‘Ranau – Run for Life’ dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau. Penyelidikan tersebut berjaya melahirkan beberapa atlet yang memperoleh pingat di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma). Dr Mohamad Razali juga pakar rujuk sains sukan bagi kontinjen Sukma Terengganu yang telah menjuarai Sukma empat kali berturut-turut. UMS turut dianugerah RM90,000 daripada Kementerian Pe

600 Palapes UiTM gempur Bukit Katil

Image
Sebahagian daripada anggota Palapes UiTM bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar bersama penduduk Bukit Katil di Melaka, baru-baru ini. MELAKA 14 Nov. - Seramai 600 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggempur Parlimen Bukit Katil bagi menjayakan program Sekilas Kasih Jiwa Murni baru-baru ini. Mereka menyahut cabaran melalui program turun padang menjalankan tugas-tugas khidmat masyarakat kepada komuniti dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan di Parlimen Bukit Katil. Program Palapes UiTM itu adalah kerjasama kerajaan negeri bersama Majlis Tertinggi Kelab Sukarelawan Intelek (KSI), Persatuan Warisan Anak Merdeka dan institusi pengajian tinggi (IPT). Ketua Jurulatih Palapes UiTM, Mejar Azman Abdul Rahman berkata, program itu dianjurkan dengan tujuan memberi pengalaman kepada peserta menyahut cabaran untuk turun padang dan mendekati masyarakat setempat.

Anugerah khas untuk pelajar Malaysia cemerlang

Image
GOLD COAST 16 Nov. - Majlis Perniagaan Australia-Malaysia bersetuju mewujudkan satu anugerah khas untuk pelajar negara yang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu panel khas yang ditubuhkan akan menilai dan memilih pelajar Malaysia yang cemerlang dalam akademik serta bidang-bidang lain. Sebagai permulaan kata beliau, anugerah yang mirip kepada Anugerah Merdeka itu dibuka untuk penuntut peringkat ijazah sarjana muda di Victoria. "Anugerah yang sama akan diperluaskan ke negeri -negeri lain di Australia menerusi inisiatif cawangan-cawangan Majlis Perniagaan Australia-Malaysia di New South Wales, Queensland dan Australia Barat, '' katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. Muhyiddin dalam lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast bermula 8 November lalu hingga Ahad ini. - UTUSAN Related Posts :Info Jenayah,

Utamakan program kesedaran

Image
NAJIB TUN RAZAK KUALA LUMPUR 1 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah mengadakan undang-undang untuk menjadikan pemberian nafkah kepada ibu bapa satu keperluan mungkin akan mengeruhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh itu, kata Perdana Menteri, kerajaan mengutamakan program kesedaran untuk memupuk serta menyubur rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda terhadap keluarga ke arah memantapkan institusi keluarga. Katanya, sebanyak 8,282 program seperti itu dilaksanakan sejak 2006 hingga Ogos lepas bagi melahirkan rasa tanggungjawab anak-anak supaya menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa. “Maka terlahirlah rasa keinsafan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat sama ada kerajaan bersedia mengadakan undang-undang seumpama itu sebagai satu keperluan seperti di Singapura. Najib yang ju

3,000 pelajar Unisel tiada asrama

Image
SHAH ALAM 3 Ogos - Dianggarkan lebih 3,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing bermula esok. Masalah itu berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama. Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Unisel setelah mereka berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian pakej konsesi Bina, Kendali, Pindah (BOT) kerana ia tidak memihak kepada universiti itu. ''Kajian semula yang ingin dilaksanakan Unisel terhadap konsesi BOT itu difahamkan antaranya termasuk pengurangan kadar yuran asrama. Related Posts :Info Pelajar

pelajar cemerlang SPM dapat bantuan Tan Sri Muhyiddin Yassin

1,609 pelajar cemerlang SPM dapat bantuan KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan bantuan kewangan pengajian (bursary) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan.

Peringati ulang tahun Dasar Pandang Ke Timur

Image
Peringati ulang tahun Dasar Pandang Ke Timur PUTRAJAYA 13 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan, dasar tersebut adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun. "Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia, tetapi juga untuk rantau ASEAN," katanya. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982. Dasar itu mempunyai matlamat utama bagi menimba pen

Pelajar PPG, KPLI dipertimbang pemberian baucer buku RM200

Pelajar PPG - KPLI PUTRAJAYA 13 Mac — Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200 kata, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya. "Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara itu dan kita harap ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak. Justeru itu, Wee berharap KPT akan menyediakan satu standard prosedur berhubung mereka yang layak untuk mendapat baucer ter

Segerakan pelarasan gaji baharu guru - Muhyiddin

Image
Segerakan pelarasan gaji baharu guru - Muhyiddin         KULAIJAYA 10 Mac - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman Perdana Menteri itu disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan kira-kira 480,000 warga pendidik yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di negara ini. "Pada masa ini, kita belum mengetahui tentang perincian perubahan pelarasan itu. Jadi, kita berharap pihak JPA dapat menyelesaikan ia dengan segera," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Sayang

Seks songsang pelajar serius

Image
STUDENT CASE ON LEBIAN AND GAY Azwanddin KUALA LUMPUR 10 Mac - Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks sejenis. Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini. "Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan. "Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," kata

influenza ILI - 67 pelajar dikuarantin

Image
SEBAHAGIAN daripada 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dikuarantin di bangunan berasingan sekolah berasrama penuh tersebut kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) di Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA 23 Feb. - Sebanyak 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh di sini dikuarantin di bangunan berasingan di sekolah berasrama penuh itu kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI). Mereka terdiri daripada 29 pelajar perempuan dan 38 lelaki dikuarantin setelah dikesan dijangkiti penyakit itu malam Ahad lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, keadaan di sekolah terbabit terkawal dan setakat ini semua pelajar yang dijangkiti menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. "Malah, pada awalnya sebanyak 77 pelajar dijangkiti, namun semalam 10 daripada mereka iaitu lapan perempuan dan dua lelaki dibenarkan pulang ke asrama. "Manakala 67 lagi pelajar yang masih mengalami ILI diasi

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000

Image
TANAH MERAH 25 Jan. - UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam. Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain. Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. "Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembak

Kemerosotan minat pelajar terhadap jurusan sains membimbangkan

Image
PUTRAJAYA 26 Jan. - Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi. "Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya. Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain

Cabaran graduan usahawan tani

Image
Saifuddin Abdullah mencuba salah satu hasil tanaman yang dijual oleh pelajar di Karnival Siswatani 2011, di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini. SEKTOR pertanian di negara ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan malah bidang ini kurang diminati oleh segolongan besar rakyat walaupun ia mampu memberikan pulangan yang amat lumayan. Menyedari kesedaran di kalangan rakyat negara ini kurang didalam bidang pertanian, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011. Disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), ia berkonsepkan pertandingan yang nyata berdasarkan realiti bidang pertanian sebenar. Menurut Timbalan Pengerusi DPMMS, Zulkifly Ali, tujuan program tersebut adalah untuk mendedahkan pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) kepada landskap sebenar tentang perniagaan tani tempatan. "O

Program Usahawan Trampil (UTRA)

Image
Program Usahawan Trampil (UTRA) adalah sebuah program yang diwujudkan sebagai kesinambungan kepada latihan kemahiran dan latihan asas perniagaan untuk bakal usahawan bagi menceburi bidang perniagaan. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera yang berkualiti, berdaya saing dan berdaya tahan dalam semua sektor sama ada di dalam negeri mahu pun di luar negara dan bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara dapat dipenuhi. Di bawah program ini, Skill-Tech bukan sahaja menyediakan latihan tetapi turut membantu pelatih dalam urusan pendaftaran perniagaan serta mendapatkan pinjaman perniagaan dari institusi kewangan tertentu. Program ini akan membantu usahawan muda Bumiputera meneroka pelbagai sektor industri, terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian kerana masih banyak produk pertanian yang masih diimport dari luar negara. Semasa pelancaran Program Usahawan Terampil (UTRA) pada 6 Ogos 2009, di Putrajaya, Timbalan Menteri, Kementerian Perdaga

Kursus Tajaan Penyeliaan Ladang

Image
    Pengenalan Kepada Kursus Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek pengurusan ladang yang baik. Skop pembelajaran termasuk pengurusan ladang kelapa sawit, getah mahupun tanaman kontan yang lain. Pelatih akan mempelajari cara penyelenggaraan tanaman dan ladang seperti merumpai, mencantas, membaja dan memeriksa kualiti hasil tanaman disamping mempelajari bagaimana menyelenggara stor seperti penyusunan peralatan dan penyimpanan data. Pelatih akan mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan pengangkutan ladang, membuat bajet dan perbelanjaan seperti membuat bajet baja dan peralatan untuk kegunaan ladang. Pendedahan juga diberi untuk cara pembaikan infrastruktur ladang seperti melakukan kerja-kerja mekanisasi dan perparitan. Matlamat Kursus Penyeliaan Ladang ini adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih yang berwibawa dan berkemampuan membantu mempermudahkan pengurusan sesebuah ladang secara am iaitu termasuk ladang kelapa sawit mahupun tanaman

Bioteknologi

Image
Kursus Tajaan Pengenalan Kepada Kursus Pelatih akan didedahkan kepada dunia bioteknologi yang sedang pesat berkembang dewasa ini. Teknologi tisu kultur antara lain membolehkan pengeluaran benih yang baik dan konsisten yang berupaya mengeluarkan tumbesaran dan hasil tanaman yang bermutu tinggi dengan kos yang efektif. Pelatih akan didedahkan kepada prosedur penggunaan makmal yang sempurna dari pelbagai aspek latihan dan keselamatan. Mereka akan melakukan aktiviti penyediaan sampel dengan mengambil sampel di tapak projek, melakukan pendaftaran sampel dan ujian pada sampel. Mereka juga mempelajari cara melakukan ujian inokulasi, cecair, fizikal dan analisis kimia ke atas sampel-sampel di dalam makmal. Pelatih akan mempelajari cara menyelenggara peralatan makmal dengan  melakukan pemeriksaan pada peralatan dan merekod peralatan. Tahap 2 Khususnya beliau perlu: Mempelajari tentang keselamatan makmal dengan melakukan latihan kesel

Kursus Tajaan Akuakultur (Ikan Air Tawar)

Image
Pengenalan Kepada Kursus Pelatih diberi pendedahan tentang cara-cara pembiakan ikan air tawar, udang dan ikan hiasan. Aktiviti pembelajaran merangkumi penyediaan tangki, kolam dan sangkar ikan, penjagaan kualiti air, kerja-kerja pembiakan ternakan dengan memilih induk, senyawa telur ikan dan tetas telur ikan dan seterusnya menjaga kesihatan, pemakanan dan tumbesaran ternakan. Pelatih juga akan melakukan kerja pengutipan dan pembungkusan hasil dan memasarkan hasil di pasaran. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan pengeluar hasil ikan  secara komersial.   Tahap 2 - Juruteknik Rendah Akuakultur Khususnya beliau perlu: Melakukan kerja- kerja penyediaan tangki, kolam dan sangkar dengan menyediakan tempat induk, tempat ternakan larva, tempat asuhan benih dan tempat ternakan. Menjaga kualiti air dengan melakukan kerja-kerja rawatan air. Melakukan pemindahan dan penebaran ternakan dengan memindahkan induk matang, memindah

RM2.5 juta bina SMJK Chong Hwa

Image
              KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama. “Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. “Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka S