Posts

Showing posts with the label politik

Teresa KoK Entrepreneur

Image
sebut jer nama calon ni semua tau ..dia pelopor rumah urut ..sejak dia jadi ..calon di seputeh habis belambak rumah urut yang tidak lagi disorok-sorok.. punya banyak perniagaan rumah urut ...yang banyak ada.. kalau dulu chow kit dengan rumah ayam dia.. ini jalan kuchai lama dengan rumah urut nya..yang best nya dia ada dalam top 10 list asians perlancongan??? huh orang nak melancong ker nak melacur? pelik sama ada calon ni dia tak nampak apa yang ada disekitar atau pun dia adalah pelopor atau share partner.. huh apa nak jadi la dengan seputeh dan DAP ni. Teresa Kok - Wikipedia, the free encyclopedia tak caya..MEH TENGOK DENGAN MATA KORANG SENDIRI. orang pilih calon yang membina bukan merusak kan..   orang kalau bina sekolah banyak ke ada juga lah baik nya..kalau jalan raya cantik ok lah juga..yang ni rumah urut jer yang mencantik kan jalan kuchai lama.pelik nya pihak kuasa diam jer.tak ada lak imigresen yang bertugas ..cer buat operasi 1 bulan sekali

Pasca BR1M-Firaun: Hadi salahkan Lahad Datu miskin punca serangan pengganas

Image
Oleh AZIZI MAJID POLITIK MAKI HAMUN... Abdul Hadi Awang berucap dengan antara lain menuduh kemiskinan di Lahad Datu sebagai punca serangan kumpulan pengganas Sulu dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN WALAUPUN membariskan pemimpin utama pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, namun ceramah ini dihadiri kurang 500 orang di di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN JOHOR BAHRU 17 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN). Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas La

Pembangkang di AS pun tak politikkan keselamatan - PM

Image
MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara. Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh. "Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO. "Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130309/dn_48/Pembangkang-di-AS-pun-tak-politikkan-keselamatan---PM#ixzz2N3T9bQgf © Utusan Melayu (M) Bhd

Kerajaan tak pernah arah anggota keselamatan bersandiwara - PM

Image
NAJIB Tun Razak (empat dari kiri) bersalaman dengan sebahagian orang ramai sambil diperhatikan oleh Mohd. Ali Rustam pada majlis perasmian Menara Persekutuan di MITC, Air Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD MELAKA 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara. "Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati? "Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarab

Tun Dr. Mahathir yakin peluang BN tawan Kelantan cerah

Image
TUN Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasir Mas pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri. "Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku. "Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pus

Polis terima 205 laporan ke atas Tian Chua

Image
KUALA LUMPUR 9 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara. "Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini. Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad peng

A Philippine Military Officer said a Malaysian opposition politician invited the terrorists to Lahad Datu

Image
Lahad Datu, Sabah Wee Choo Keong - It did not matter who started to shoot first.  We shouldn’t be wasting our time with such senseless debate.  The 180 Pilipino terrorists (30 were heavily armed) should not have invaded our country with heavy arms in the first place. Even if a foreigner who came into Malaysia legally but with arms,  he or she will be automatically  classified as a terrorist. Malaysia is no different to America and other countries. On 9-2-2013 180 heavilly armed Pilipino terrorists inviaded Lahad Datu,  they have no valid excuse to hide behind their claims whether they were legitimate or illegitimate. These terrorists have been lucky that the Malaysian Government has been extremely kind and patient to them by spending 17 days using diplomatic channels and others to persuade them to surrender and leave Lahad Datu.  But these terrorists saw it fit to test the patient of Najib Government and misconstrued it as weakness. It h

Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi

Image
Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi 1 March 2013   ISU HANGAT , NASIONAL Semakin nyata akan bahaya yang ditimbulkan oleh Anwar IBrahim dalam pemburuannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau pada tahun 1996 dahulu, dia telah menjemput penyangak-penyangak matawang untuk menyerang sistem perbankan dan kewangan Malaysia bagi memudahkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dr. Mahathir, selepas 2005, perangai kebinatangannya semakin menjadi-jadi. Insiden terbaru, tidak lagi dapat dinafikan oleh Anwar Ibrahim apabila pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung. Anwar Ibrahim sendiri telah menunjukkan gelagat biasanya apabila dia bersalah dan tidak dapat mengelak iaitu MEMBUAT PENAFIA

Bahan lucah: Speaker DUN Perak buat laporan polis

Image
IPOH 22 Dis. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini. Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari. Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada

Muhyiddin beri jaminan berhubung pengambilan guru BI dari India

Image
KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa cadangan pengambilan guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia akan diteliti dengan terperinci. Kementerian Pelajaran akan mengambil kira daripada pelbagai aspek bagi memastikan pengambilan guru itu bersesuaian dengan keperluan pendidikan di negara ini, katanya. "Kita akan teliti apakah guru bahasa Inggeris dari India ini sesuai, ada kelulusan Cambridge atau Oxford (universiti) misalnya, boleh mengajar dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pegawai pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini. - BERNAMA Related Posts :info politik, politik,

Calon BN akan diumum bila tiba waktunya-Muhyiddin

Image
KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik. Timbalan Perdana Menteri berkata, isu strategik itu turut meliputi sama ada calon berkenaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti. "Ia akan sampai waktu bila Presiden (parti dan Pengerusi BN) buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu," katanya. - BERNAMA Related Posts :info politik, politik,

Ummi tak takut ugutan, ancaman

Image
ROMPIN 24 Jun - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin. Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara. "Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara. "Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan. "Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya. Beliau berkata demikian

Najib mahu belia Cina sokong calon MCA

Image
KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat Cina terutamanya golongan belia agar memberi sokongan padu kepada calon-calon MCA yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Perdana Menteri berkata, ini kerana calon-calon MCA tersebut akan menjadi wakil penting bagi kaum Cina dalam menyampaikan suara dan apa yang diperlukan mereka kepada kerajaan. "Harap kita mendapat kerajaan yang kuat pada pilihan raya umum nanti yang mewakili semua kaum. Jadi kepada belia, jika anda mahu suara dan pandangan didengari oleh kerajaan, maka sokonglah calon MCA," katanya pada sesi Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri, di sini hari ini. Beliau menjawab soalan daripada seorang belia Cina yang mahu mengetahui sama ada Barisan Nasional (BN) masih akan melantik menteri dan timbalan menteri daripada kalangan ahli politik MCA sekiranya calon parti itu kalah teruk pada pilihan raya umum nanti. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Le

Wanita misteri tampil beri penjelasan

Image
KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). "Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah ti

Ramai tahu perangai buruk Azmin

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketiadaan pemimpin pembangkang terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi kenyataan bela terhadap dakwaan isu skandal seks Azmin Ali menunjukkan mereka telah dapat menghidu perilaku sebenar Timbalan Presiden PKR tersebut. Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, sikap berkecuali itu sekali gus menunjukkan para pemimpin PKR tidak mahu terlibat dan campur tangan dalam isu tersebut. "Azmin sekarang sudah menjadi satu liabiliti dalam PKR. Malah, dalam PKR sendiri, adalah menjadi satu 'dosa besar' sekiranya ada yang berniat untuk menjatuhkan Anwar dan menentang Azmin. "Ekoran 'dosa besar' itu, tiada pemimpin pembangkang yang berani tampil untuk memberi kenyataan bela atau campur tangan dalam isu skandal Azmin kerana mereka tahu perilaku buruk Azmin yang sebenarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan wartaw

Pengundi muda kini bersama kita - Khairy

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Sokongan golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin padu terutama terhadap politik khidmat bakti yang dilaksanakannya selama ini. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu merangkumi penyediaan peluang pekerjaan dan pinjaman perumahan yang telah memberi kesan baik kepada kebajikan golongan itu serta mengubah persepsi mereka terhadap parti dan perikatan tersebut. "Kita menyediakan platform yang baik untuk orang muda dalam meningkatkan kehidupan mereka berbanding pembangkang, yang tidak menyumbang sebarang inisiatif kepada golongan itu. "UMNO dan BN akan lakukan sebaik-baiknya untuk memastikan sokongan golongan itu semakin meningkat kepada kita. Ia termasuk memperluaskan lagi program seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN yang amat memanfaatkan kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi karnival itu. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, golongan muda kini semakin p

UMNO Tarik 250,000 pengunjung

Image
Tarik 250,000 pengunjung KUALA LUMPUR 13 Mei - Kira-kira 250,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini selama tiga hari sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 yang berakhir hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus pengunjung adalah golongan muda, sekali gus menunjukkan matlamat menarik generasi itu mendalami isi perjuangan parti berjaya. "Kita mendekati anak muda dan terangkan pada mereka, insya-Allah kefahaman mereka tentang perjuangan UMNO semakin jelas. "Selain itu, UMNO juga membetulkan kekeliruan dan salah tanggapan golongan muda terhadap parti itu menerusi aktiviti menarik yang dianjurkan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari terakhir sambutan itu. Tengku Adnan yang gembira dengan sambutan memberangsangkan itu berkata, UMNO akan meneruskan strategi untuk mendekati golongan itu supaya mereka tidak lagi keliru dengan penip

Tidak ambil tindakan ke atas Trio Datuk ‘T’ Anwar ibarat ‘telanjang’

Image
Tidak ambil tindakan ke atas Trio Datuk ‘T’ Anwar ibarat ‘telanjang’ ALOR GAJAH 13 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Trio Datuk ‘T’ yang mendedahkan video seks yang mengaitkan dirinya dianggap sanggup ‘telanjang’ di hadapan rakyat. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tindakan berdiam diri Ketua Pembangkang itu juga jelas menunjukkan bahawa video yang didedahkan tahun lalu itu terbukti benar dan tidak dapat disangkal lagi oleh pihak pembangkang. “Video yang didedahkan Trio Datuk ‘T’ memperlihatkan kejatuhan moral pemimpin pembangkang (Anwar) dan tidak boleh dinafikan lagi oleh mereka. “Dia sepatutnya malu untuk berdiri di hadapan rakyat dan menabur pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan sedangkan diri sendiri terpalit dengan isu keruntuhan moral yang memalukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, biarpun video berkenaan telah disahkan tulen oleh pakar

Keburukan Anwar terdedah lagi

Image
KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula. Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini. "Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib. "Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya

PRU-13: Pemuda UMNO Pahang hantar 7 nama

Image
KUANTAN 14 Mei - Pemuda UMNO Pahang menghantar tujuh nama daripada 14 bahagian di negeri ini untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Abu Jimi Samat berkata, senarai kali ini adalah paling ramai berbanding antara tiga hingga empat nama sebelum ini, kepada Pemuda UMNO Pusat. Beliau berkata, penambahan calon daripada Pemuda itu adalah sebagai persediaan untuk memperbanyakkan calon-calon pelapis. Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya senarai nama yang dihantar tidak terpilih, ia bukan penghalang untuk Pemuda terus mengorak langkah demi kepentingan bersama. "Bagi nama yang tidak terpilih sebagai calon nanti tidak bermakna mereka tidak layak memandangkan penentuan calon yang sesuai di kalangan terbaik antara yang terbaik merupakan perkara yang sukar," katanya. Sehubungan itu, bagi wakil Pemuda yang tidak terpilih diharap tidak kecewa dengan pemilihan yang dibuat nanti dan terus men