Posts

Showing posts with the label PKR

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

Image
Abdul Kadir VS Anwar KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam. Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar. ‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar. ‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

UMNO Baling bantu pelajar sambung pengajian ke peringkat PhD

Image
Abdul Azeez Abdul Rahim (empat dari kiri) menyampaikan cek RM5,000 kepada Nurliyana (tiga dari kiri) di Kampung Charuk Semeliang, Baling, semalam. BALING 6 Feb. - UMNO Bahagian Baling membantu seorang anak muda, Nurliyana Mohd. Yusoff, 23, menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Nurliyana dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong dan juga graduan ijazah Ekonomi UUM, meraih pencapaian membanggakan kerana menjadi antara pelajar termuda yang dipilih mengikuti PhD dalam bidang sama. Anak kepada pesara tentera itu amat gembira dengan tawaran pengajian PhD tersebut kerana tidak menyangka diterima melanjutkan pelajaran ke peringkat tersebut dalam usia seperti itu. Beliau bagaimanapun menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan impiannya. Justeru, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetahui masalah tersebut tampil menghulurkan bantuan dengan meluluskan bantuan segera sebanyak RM5,0

Selangor teliti penahanan lelaki dikaitkan dengan Exco

Image
SHAH ALAM 6 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong. Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan media tersebut dan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri. Serentak dengan itu, menurut kenyataan itu, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera. ‘‘Kerajaan negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu. ‘‘Kerajaan negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kot