Posts

Showing posts with the label Info Produksi

Mencari Cinta ke Korea, Indonesia

Image
PARA pelakon dan tenaga kerja Mencari Cinta selepas pelancaran filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini. PELBAGAI usaha dilakukan oleh pihak penerbit Mencari Cinta iaitu Madiera Red Movie Associates Sdn. Bhd. bagi memastikan filem itu dapat dikembangkan tayangannya, sekali gus menambah hasil pendapatan apabila ia akan ditayangkan di Korea Selatan pada masa masa akan datang. Menurut Riezman Khuzaimi selaku penerbit syarikat produksi itu, pihaknya akan mengalih suara Mencari Cinta ke dalam bahasa Korea sebelum ditayangkan di negara tersebut.