Posts

Showing posts from December, 2011

Sara 1Malaysia dilancar bulan depan

Image
  http://www.pnb.com.my/ KUALA LUMPUR 28 Dis. - Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu kedua bulan depan, demikian menurut sumber di sini hari ini. Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Difahamkan skim itu hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Tetapi, difahamkan Sara 1Malaysia adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum. Oleh sebab, Sara 1Malaysia adalah skim bantuan, PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu

Menanam jagung manis

Image
Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung. Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok. nMembajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.

Tips tanam sekoi

Sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung. Fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon .

Memperhebatkan industri koko

Image
PERLUASAN kawasan ladang tanaman koko bakal meningkatkan pengeluaran biji koko sekali gus mampu merancakkan industri hilirannya. MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa Malaysia pernah menjadi negara pengeluar biji koko ketiga terbesar di dunia pada sekitar tahun 1990-an.

Robot jelita yang boleh berkata-kata

Image
ACTROID kini bersedia untuk bermesra dan melayan para pengunjung PSN sehingga 8 Mac 2012.

Rehabilitasi hutan pesisir pantai

Image
Anak-anak pokok bakau di tapak semaian yang dibiakkan untuk program penanaman semula. Kejadian tsunami yang melanda Acheh, Indonesia pada 26 Disember 2004 dan 11 Mac tahun ini di kawasan pantai Timur laut Jepun memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bertapa pentingnya memelihara dan melindungi kawasan persisiran pantai.

Pensijilan kayu-kayan di Malaysia

Image
Penerangan kepada delegasi semasa lawatan Program Malaysian Timber Council (MTC) Familiarisation Programme di Matau. Industri kayu kayan negara telah diurus dan dibangunkan dengan baik sejak dahulu lagi. Sebab itu penebangan hutan di Malaysia mempunyai sistem dokumentasi dan pengenalan yang lengkap. Sistem pelabelan juga dilaksanakan yang mana pokok-pokok yang akan ditebang dikenalpasti secara sistematik, diukur, dilabel dan direkodkan terlebih dahulu.

Baja bio organik sawit Tingkayu

Image
HANYA sisa organik daripada seratus peratus material kelapa sawit digunakan dalam penghasilan BOF. MENJELANG tahun 2020, kerajaan menyasarkan Pendapatan Negara Kasar berjumlah RM178 bilion mampu dijana menerusi industri minyak sawit. Unjuran berkenaan memberi gambaran bahawa industri kelapa sawit di Malaysia sememangnya kukuh dan mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Dara pilihan duda

Image
Pasangan sensasi Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani.

Jue Aziz nafi “buat perangai”??

Image
  KECEWA dengan laporan yang mengatakan dia kini mempunyai masalah disiplin.

Polis kesan teman lelaki Rozana

Image
Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) menunjukan sebahagian barangan yang dirampas dipercayai digunakan dalam kejadian samun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 28 Dis. - Polis sedang mengesan teman lelaki kepada mangsa pembunuhan kejam, Rozana Mohd. Yusak yang ditikam sebanyak 15 kali di sebuah rumah kedai di Kepong dekat sini Rabu lalu, bagi membantu menyelesaikan siasatan kes tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya mengenal pasti identiti lelaki terbabit dan kini mengesannya.

Sumpahan Puaka (2011) [Malay] DVDRip Mkv

Image

Aliens Vs Avatars (2011) DVDRip XviD

Image

Ombak Rindu (2011) [Malay] DVDRip Mkv

Image

VIOCAM Sites SQL Injection

VIOCAM Sites software suffers from a remote SQL injection vulnerability. this web are just been hack by - Cyberwh.org team hacker using SQL injection technic* leaving note behind* # Exploit Title: Remote Sql Injection In VIOCAM Sites # Date: 27/12/2011 - 11:30 # Author: Cyber White Hats # Nafsh # Site: Cyberwh.org # Mail: Nafsh@live.com # Software Website: http://www.viocam.com/ # Tested On: BackTrack 5 - Win7 Ultimate - Xp # Platform: Php >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> [$] Dorks: "Powered by VIOCAM" [#] Vulnerable File : "/template.php?sid=" [$] Demo Sites: http://pacificcoastrugby.com/template.php?sid=1' http://greatplainsrugby.com/template.php?sid=87' http://corpuschristirugby.org/template.php?sid=15' http://rugbywebhosting.com/templ

Official: Facebook filth flood nowt to do with Fawkes virus

Facebook has blamed a scam that tricks users into pasting rogue code into their browsers for the sudden torrent of filth in users' walls. Users of the social network were shocked to see pornographic photoshopped images of Justin Bieber, images of an abused dog and other disturbing content on their friends' Walls as a result of the attack, which exploded late on Monday but may have actually begun some days earlier.   Although the origin or purpose of the spam attack remains unclear, Facebook is blaming a "self-XSS vulnerability" that involves tricking users into pasting rogue JavaScript into their browsers. A slightly ambiguously worded statement by the social network, quoted below, implies that the shock image outrage is purely user error rather than a flaw in the web browser software or Facebook's site. Protecting the people who use Facebook from spam and malicious content is a top priority for us, and we are always working to improve our systems to isolat

Cybercrooks deploy new weapon to pollute profiles

new scam technique for facebook fans Con men have developed a new approach towards spreading scams on Facebook. Instead of using status updates as a lure, the latest generation of Facebook scams attempt to trick marks into installing malicious browser extensions. The plug-ins are supposedly needed to view non-existent video clips supposedly posted by an earlier victim. Once installed, these malign browser ad-ons spread the scam from one user's profile to another's profiles. Elad Sharf, security researcher at Websense Security labs, explains: “Scam pages typically utilise social engineering tricks such as enticing you with videos or a free voucher. In this new scam you’re encouraged to install a browser plugin. "The plugin is an integral part of how the scam is spread and has the ability to propagate by posting in your name on friends' pages. As much as these offers look tempting, if you’re asked to install plug-ins in order to get vouchers or watch a video – re

Top 15 Security/Hacking Tools & Utilities

Image
1. Nmap I think everyone has heard of this one, recently evolved into the 4.x series. Nmap (“Network Mapper”) is a free open source utility for network exploration or security auditing. It was designed to rapidly scan large networks, although it works fine against single hosts. Nmap uses raw IP packets in novel ways to determine what hosts are available on the network, what services (application name and version) those hosts are offering, what operating systems (and OS versions) they are running, what type of packet filters/firewalls are in use, and dozens of other characteristics. Nmap runs on most types of computers and both console and graphical versions are available. Nmap is free and open source. Can be used by beginners (-sT) or by pros alike (–packet_trace). A very versatile tool, once you fully understand the results. Get Nmap Here 2. Nessus Remote Security Scanner Recently went closed source, but is still essentially free. Works with a client-server framework. Nessus i

Asparagus tanaman bernilai tinggi

Image
Taman Pertanian Universiti zujang@putra.upm.edu.my Sulur muda asparagus dikutip sebagai sayuran yang berkhasiat dan bernilai tinggi. ASPARAGUS merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. Biasanya ia ditanam secara komersial oleh para pengusaha dan jarang di tanam secara kecil-kecilan. Namun, bagi yang gemar berkebun boleh mencuba untuk menanam asparagus di kawasan rumah mereka. Penyediaan kawasan Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan. Lebar batas satu meter, tinggi antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialan 0.6- 1.0 meter.

FRIM bangunkan hasilan semula jadi

Image
Dr. Nor Azah Mohamad Ali menunjukkan minyak gaharu hasil penyelidikan FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan antara agensi yang mengurus dan memulihara sumber hutan. Pada masa sama, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu turut menjalankan penyelidikan bagi memartabatkan sumber bukan balak daripada hutan terutama herba. Satu daripada bahagian yang memainkan peranan penting memartabatkan hasil hutan bukan balak ialah Bahagian Hasilan Semulajadi .

Bayi - ditahan edar dadah

HULU TERENGGANU 12 Dis. - Seorang lelaki dikenali sebagai 'Bayi' yang aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak dua tahun lalu berjaya ditahan polis, baru-baru ini. Suspek yang berusia 25 tahun ditahan di sebuah rumah yang dijadikan markas kegiatannya di Kampung Buloh dekat sini, Sabtu lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, suspek ditahan bersama 89 biji pil kuda oleh anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini kira-kira pukul 3.50 pagi. Katanya, ketika serbuan, suspek baru sahaja keluar dari rumah dan berlaku pergelutan antara lelaki itu dan anggota polis. "Dia bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa peket pil kuda yang diletakkan dalam bekas gula-gula penyegar nafas di dalam poket seluarnya," katanya ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu di sini hari ini. p/s"hampeh tul tag word dia..

Aktiviti berbasikal fixie dicemari - pil kuda

Image
A. Rahman Mokhtar (kiri) menyampaikan hadiah kepada Fauzi Ismail dan Ahmad Firdaus Ismail (kanan) yang memenangi acara sukan yang dianjurkan oleh AADK Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin. KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Aktiviti riadah mengayuh basikal fixie beramai-ramai dalam kalangan remaja di negeri ini dilaporkan telah dicemari dengan kegiatan pengedaran pil kuda. Kegiatan itu dipercayai didalangi oleh pihak tertentu yang bertindak merekrut remaja berkenaan bagi tujuan mengembangkan perniagaan haram tersebut. Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba mengambil kesempatan membekalkan dadah kepada remaja yang terlibat dalam aktiviti riadah itu kerana ia boleh menjana keuntungan cepat. "Oleh kerana perniagaan ini boleh memberi wang mudah, mereka cuba pelbagai cara termasuk menjadikan kumpulan remaja berbasikal ini sebagai sasaran," katanya

Baiki Jalan Jabor-Kota Bharu

Image
KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna. Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk. Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka. Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun. "Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang. "Kita amat

SKM sasar jual jenama COOP 1M

Image
ALOR SETAR 12 Dis. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan untuk menukar 20 kedai runcit tradisional di negeri ini menjadi kedai runcit moden yang menjual produk-produk jenama COOP 1M. Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan Perniagaan) SKM, Jamaliah Ismail berkata, produk COOP 1M adalah rangkaian barangan kegunaan harian yang kebanyakannya adalah keluaran koperasi dan usahawan tempatan yang dikumpul dan dibungkus semula serta diedarkan oleh Felda Trading Sdn. Bhd. (FTSB). "Memorandum persefahaman (MoU) antara FTSB dengan SKM telah termeterai sejak 2010 dan FTSB telah dilantik sebagai konsultan untuk melaksanakan projek perintis Transformasi Kedai Runcit (Tukar) ke atas kedai-kedai runcit milik koperasi. "Sekarang ini di Kedah ada empat kedai runcit yang menjual produk-produk COOP 1M dan tahun depan pihak kami sasarkan sekurang-kurangnya 20 kedai runcit di negeri ini menjual produk COOP 1M," katanya selepas majlis taklimat produk COOP 1M di sini, hari ini.

SMD Quessant Agosta 70 tarikan baru

Image
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang bakal dijadikan Muzim Kapal Selam pertama di Malaysia ini sedia menanti kunjungan pelawat apabila ia dibuka nanti. MELAKA 12 Dis. – Melaka dikenali di seluruh dunia sejak sekian lama. Walaupun sebuah negeri kecil, keunikannya adalah pada pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negeri ini. Sungguhpun sumber hasil buminya terhad, Melaka mampu membangun kerana industri pelancongannya berupaya menarik kedatangan jutaan pengunjung setiap tahun. Tidak hairanlah saban masa terutama pada hujung minggu dan cuti umum terutama cuti sesi persekolahan, orang ramai mula tertumpu ke negeri ini.

Kelab robotik pupuk minat pelajar

Image
Sebahagian peserta Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 yang diadakan di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini. Robotik kini merupakan bidang yang semakin memainkan peranan penting terutama dalam industri teknologi tinggi. Justeru, menguasai bidang tersebut bukan sahaja satu keperluan, tetapi kemestian dalam konteks membangunkan industri masa hadapan. Penggunaan robot dalam industri bukan satu yang asing sejak beberapa dekad lepas tetapi bentuknya adalah pelbagai mengikut keperluan dan berinspirasikan objek atau haiwan. Ramai hanya memahami dan bersetuju bahawa robot ialah jentera yang dicipta berupa manusia selengkapnya (humanoid) atau seperti haiwan robot.

Ceburi teknologi pelancar roket

Image
pelancar roket Satelit Razak Sat yang menjadi kebanggaan Malaysia meneroka teknologi angkasa lepas. NEGARA-NEGARA dunia pada ketika ini begitu optimis dalam membangunkan sektor industri angkasa lepas yang mana Malaysia tidak terkecuali dengan semakin aktif membangunkan sektor yang dianggap ekstrem itu. Ini terbukti dengan pelancaran satelit remote sensing pertama negara iaitu TiungSAT yang berjaya dilancarkan ke orbit rendah bumi atau Low Earth Orbit (LEO) pada tahun 2000 dan diikuti RazakSAT pada tahun 2009. Kedua-dua satelit terbabit dibina menggunakan kepakaran tempatan iaitu Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) melalui Agensi Angkasa Negara (Angkasa), agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

ATSB perkasa teknologi satelit

Image
Jurutera ATSB mempunyai kepakaran dan kemampuan membina satelit seperti yang dibuktikan sebelum ini. ANTARA sedar dan tidak atau pun kita tidak ambil tahu atau, Malaysia sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri satelit. Beberapa siri satelit komersial di bawah MEASAT, kemudian TiungSAT-1 dan kini RazakSAT® membuktikan Malaysia tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi satelit untuk kegunaan sendiri. RazakSAT®, satelit remote sensing pertama negara dilancarkan pada 2009, sebagai kesinambungan kepada generasi TiungSAT-1 seterusnya.

Kursus bonsai herba di UKM

Image
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Orang ramai dipelawa menyertai Kursus Bonsai Herba yang akan diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 20 Disember ini. Kursus anjuran Hijauan Emas dengan kerjasama Taman Herba, UKM dan Inapan Akademi Bonsai itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kaedah menggubah pokok herba menjadi pokok bonsai. Kenyataan akhbar penganjur di sini hari ini memaklumkan, peserta kursus itu juga akan diberi pendedahan mengenai industri bonsai di peringkat global yang menunjukkan kegiatan itu dapat dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi selain sebagai hobi semata-mata. Penyertaan terbuka kepada individu, organisasi, agensi kerajaan dan pihak swasta. Yuran penyertaan merangkumi makanan, peralatan kursus, sijil penyertaan dan bonsai yang telah siap dihasilkan. Bagi yang berminat boleh menghubungi Shuhada di talian 012-678 7672 atau emel kepada aznien@yahoo.com untuk keterangan lanjut. p/s:pada pecinta-pecinta

Prasarana beri bonus kontraktual setengah bulan, kenaikan RM30

Image
          KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kira-kira 3,500 pekerja RapidKL akan menerima bonus berkontrak setengah bulan gaji dan kenaikan gaji tahunan minimum RM30, menerusi perjanjian kolektif antara Kesatuan Pekerja-pekerja RapidKL dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Perjanjian untuk tempoh lima tahun sehingga 2015 itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar dan Presiden Kesatuan pekerja-pekerja RapidKL, A. Somasundram dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia, Md. Yunus Razally di sini hari ini dan berkuat kuasa serta-merta. Perjanjian itu meliputi para pekerja bukan eksekutif yang bertugas dalam bahagian perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk pemandu, pekerja-pekerja perkeranian dan am serta juruteknik rendah. Shahril berkata, pelbagai faedah telah disediakan di bawah perjanjian bersama itu dan beliau berharap ia akan menguatkan lagi semangat dan komitmen ahli-ahli kesatuan dan

Ketua masyarakat perlu uar-uar BR1M

Image
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pemimpin di peringkat masyarakat harus memainkan peranan dalam mengedarkan borang serta memberitahu kepada orang ramai mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya tiada yang layak terlepas daripada menerima bantuan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, ketua kampung serta imam masjid diminta memainkan peranan mereka dengan menyebarkan perkara itu. Katanya, bagi kawasan beliau, selain daripada melalui pemimpin-pemimpin ini, mereka juga turut menaikkan kain rentang bagi memberitahu tempat di mana borang permohonan bantuan BR1M boleh diperoleh. "Setakat ini, maklum balas yang diberikan amat baik sekali dan sudah ramai yang telah mengambil borang serta membuat permohonan. "Rakyat sememangnya sudah lama menunggu bantuan ini dan ia patut diteruskan pada masa hadapan," katanya. Beliau ber

Lelaki kaki judi pinjam 42 ah long, perguna pihak gereja

Image
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Seorang lelaki kaki judi bukan sahaja meminjam wang daripada sekurang-kurangnya 42 ah long sejak Mac lalu, malah tergamak menggunakan pihak gereja untuk mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA. Lelaki yang dikenali sebagai Mok, 33, itu pertama kali datang ke biro berkenaan setelah gagal menjelaskan hutang sejumlah RM183,750 yang dipinjam daripada 21 ah long sejak Mac lalu. Langkah itu bertujuan kononnya bagi memulihkan perniagaan alatan telekomunikasinya yang merosot. Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, Mok yang sudah berkeluarga itu menyatakan dia meminjam wang daripada ah long-ah long itu untuk berjudi dengan harapan hasil keuntungannya boleh menyelamatkan perniagaannya. Bagaimanapun, ujarnya, lelaki itu kalah berjudi mengakibatkan dikejar ah long. "Dia seterusnya datang ke biro untuk meminta bantuan menyelesaikan hutang, kerana hanya mempunyai kurang RM80,000 sahaja. Kami telah membantunya kerana dia berjanji tidak men

Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil

Image
      SHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya. Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini. "Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa sa