Posts

Showing posts with the label info semasa

Info pergaduhan di wangsawalk.10 suspek ditahan.

Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam. Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan. “Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini. Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki. Semalam, polis men

Operasi KPDNKK banteras cetak rompak dan barangan tiruan

1,300 premis 
jual produk tiruan 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenal pasti 1,300 premis perniagaan di seluruh negara yang disyaki menjual produk tiruan dan cetak rompak termasuk peralatan telekomunikasi klon. Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, pihak­nya mengesan premis-premis tersebut sejak Januari lalu sehingga hari ini. Katanya, daripada jumlah tersebut, 460 premis perniagaan dikenal pasti di lokasi panas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru manakala 840 di negeri lain. “Kami juga telah mengambil tindakan terhadap 316 peniaga yang terlibat dalam penjualan barangan cetak rompak dan tiruan masing-masing di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Barangan Perihal Dagangan Palsu) seramai 244 peniaga dan Akta Hak Cipta 1987 (70 peniaga) dengan nilai rampasan seba­nyak RM5.4 juta. “Dalam masa yang sama, pihak kami

Tele-info tragedi-seorang murid tahun enam maut di Tasek Gelugor

Murid tahun enam maut dirempuh kereta 22 Julai 2015 1:11 AM TASEK GELUGOR 21 Julai – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Tiga dekat Sungai Dua petang ini. Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhamad Sya­mim Daud, 12, dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas ke Sungai Lokan. Jurucakap polis berkata, mang­sa dipercayai telah keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu kereta berusia 46 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe

Teleinfo - rakyat malaysia

Image
Anak alami jangkitan paru-paru perlu RM19,000 22 Julai 2015 1:21 AM PARIT BUNTAR 21 Julai – Aidilfitri kali ini tidak ceria buat sepasang suami isteri di Taman Berlian dekat sini apabila bayi mereka yang berusia lima bulan mengalami masalah paru-paru akibat jangkitan Respiratory Synctial Virus (RSV). Lebih menyedihkan pasangan Mohd. Aizam Hamzah, 32, dan No­ridawati Md. Nor, 38, apabila anak mereka, Muhammad Muaz Mukhriz turut mengalami masalah jantung berlubang dan komplikasi otak akibat dilahirkan pramatang iaitu ketika usia kandungan cuma 26 minggu. Mereka juga resah kerana kos untuk rawatan Muhammad Muaz Mukhriz mencecah hampir RM19,000 bagi membolehkan anak mereka dibekalkan dengan ubat khas merawat jangkitan RSV. Dengan pekerjaan sebagai juruteknik kilang, Mohd. Aizam mengakui dia tidak mampu untuk menyediakan kewangan sebesar itu. "Aidilfitri tahun ini seperti tiada makna. Bukan sahaja bimbang memikirkan kesihatan anak tetapi kos perubatan yang ditetapkan Hospital Ta

8,670 pengguna layak skim ARWS

Image
ARSAD BISTARI (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Shahelmey Yahya sambil diperhatikan Jamawi Jaafar (kanan) pada Program Bicara GST di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. KOTA KINABALU 16 Nov. - Input dan maklumat kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat menjadi punca utama rasa tidak puas hati serta kekeliruan masyarakat terhadap pelaksanaan cukai tersebut. Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO negeri, Yamani Hafez Musa berkata, rakyat perlu mengambil inisiatif memahami pelaksanaan selain mengetahui jenis barang yang tidak dikenakan GST. "Kekeliruan tentang GST ini mungkin dipengaruhi oleh maklumat kurang tepat yang mereka (masyarakat) terima. Selain itu, perkara ini adalah biasa apabila sesuatu perkara baharu mula diperkenalkan kepada masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Program Bicara GST anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO negeri dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, di sini sem

Fosil dinosaur berusia ratusan juta tahun ditemui di Terengganu

Image
MENTERI Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bertanya sesuatu mengenai fosil tulang dan gigi dinosaur yang dijumpai kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abdul Razak (kiri) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - fotoBERNAMA  KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan penemuan fosil dinosaur berusia Jura-Kapur di sekitar Gunung Gagau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Katanya, penemuan itu diperoleh hasil ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selama 10 hari bermula 13 Oktober lepas yang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM). Ekspedisi itu disertai tujuh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan, dua kakitangan pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu serta 10 pegawai Geosains, katanya. Ahmad Razif berkata, ekspedisi it

Banjir: Semua agensi diarah siap sedia

Image
JOHOR BAHRU 16 Nov. – Semua agensi berkaitan diarah bersiap sedia dan memberi bantuan segera ekoran banjir yang mula melanda negeri ini khususnya di Batu Pahat petang kelmarin. Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak termasuk di peringkat negeri dan daerah telah diminta membuat persiapan rapi termasuk menubuhkan bilik gerakan bagi memantau perkembangan dan menyelaras usaha menyelamat dan membantu mangsa. “Pendekatan yang kita guna pakai ialah dengan mengambil kira pengalaman lalu iaitu menggerakkan semua agensi berkaitan. Sebagai contoh, kita telah wujudkan bilik gerakan banjir di daerah-daerah terbabit dengan mengenal pasti kemungkinan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. “Saya yakin kita mempunyai kelengkapan dan keupayaan yang mencukupi untuk menampung segala keperluan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir,” katanya semasa diminta mengulas kejadian banjir di Parit Lapis, Taman Nira dan Kampung L

BR1M bukan penyelesaian jangka panjang

Image
BR1M bukan penyelesaian jangka panjang hapus kemiskinan MELAKA 12 April - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah suatu penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini terutama kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang. Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi. "Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka. "Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai tabung da

Pray for #MH370

Image
Lagi cerita tentang #MH370 Ramai masih menanti tentang keputusan cerita pencarian kehilangan pesawat #MAS yang hilang tanpa kesan. Pencarian yang diturut serta oleh pelbagai negara menjumpai jalan buntu. Tapi apa yang memelikkan ialah u.s yang penuh kelengkapan canggih juga gagal. Misteri. Kesimpulan demi kesimpulan wujud. Paling teruknya ialah kapal terbang itu dijumpai di bulan. Fikiran ku..kenapa mereka tak guna GSM satellite mereka.mustahil tak dapat kesan lansung. Sedangkan perincian global mapping atau pemetaan satellite sudah boleh diguna pakai. GSM locator adalah sistem perincian yang detail coz i"ve already tested it. Lagi pun ada banyak lagi perisian baru yang modern mustahil tak boleh trace asal kan mobile device tak rosak ia masih boleh di trace. Kesimpulan dan tekaan... 1). Kapal terbang di hijack,semua transiever dirampas. 2)kapal terbang terhempas,kedalam laut dari tahap ketinggian rendah.yang mana kerosakkan minimal tanpa kesan serpihan yang teruk tapi

Semua anggota Rela rakyat tempatan - Ketua Pengarah

Image
HULU TERENGGANU 17 Nov. - Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan pada Ahad semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan. Ini kerana kata beliau pihaknya sentiasa memastikan pemohon yang ingin menyertai pasukan itu mempunyai MyKad yang sah, selain melakukan saringan yang ketat. "Anggota Rela ini bukan saja memiliki kad pengenalan yang tulen tetapi bersih daripada sebarang rekod jenayah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari," katanya kepada pemberita selepas Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Rela Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, di sini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada warga asing menjadi anggota Rela menggunakan kad pengenalan yang diubah suai. "Dakwaan itu tidak dibuktikan secara jelas dan kita juga tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara berkenaan," katanya lagi. Menurut Mustafa, setiap hari kira-kira 5,000 anggota Rela ditugas m

Malaysia berharap pertahan kerusi IMO 2014-2015

SIBU 17 Nov. - Malaysia berharap untuk mempertahan kerusi majlis dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2014-2015, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau berkata, IMO akan mengadakan pemilihan seterusnya pada perhimpunan agung bermula 25 Nov di London. "Malaysia menjadi anggota pertubuhan itu sejak 1971 dan pertama kali dilantik sebagai ahli majlis (Kategori C) pada 2005," katanya semasa melancarkan Hari Maritim Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Esplanade Sibu di sini hari ini. Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal. "Kira-kira 100,000 kapal dari semua saiz dan jenis belayar melalui Selat Melaka di bawah pengawasan dan bidang kuasa kita setiap tahun. "Jadi kita perlu suara kita dalam majlis IMO untuk Malaysia boleh terus menyumbang kepada penambahbaikan sistem maritim di laluan laut yang sangat sibuk di dunia

Pihak sebar berita palsu insiden di Pulau Pom Pom ditegur

Image
ROMPIN 17 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah. Katanya, perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan. "Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini. Beliau juga menegaskan, kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan. "Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapa

Malaysia jadi tuan rumah CHOGM 2019 - PM

Image
COLOMBO (Sri Lanka) 17 Nov. - Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad. Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata, badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah. CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya. Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015. "Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019," jelas Pernyataan itu. Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di

ESSCOM gesa lapor segera kehadiran pendatang asing

Image
AHAD DATU 17 Nov. - Ketua masyarakat di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kehadiran pendatang tanpa izin atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182. "Kerjasama ketua-ketua kampung atau pemimpin masyarakat amat penting supaya pihak keselamatan dapat mengambil tindakan wajar khususnya di perkampungan pesisir pantai dan pulau-pulau di kawasan ESSZONE. "Kita tidak mahu leka dalam hal ini. Oleh itu kita mahu mereka menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan apa sahaja maklumat khususnya yang berkaitan dengan kehadiran pendatang tanpa izin atau kemasukan orang tertentu yang mencuriga

Kes bocor dokumen rasmi Kerajaan Johor diserah kepada polis

Image
PASIR GUDANG 17 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini. "Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini Ahad. Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang. "Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu," kata Mohamed Khaled. Tanpa men

Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L

Image
Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini. Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan

Lawatan sulung Najib ke Bangladesh

Image
Lawatan sulung Najib ke Bangladesh DHAKA 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi sulungnya ke Bangladesh selama tiga hari mulai esok bagi meningkatkan hubungan dua hala. Lawatan pertama Najib selaku Perdana Menteri adalah atas jemputan rakan sejawatnya, Sheikh Hasina semasa kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. Bagi Sheikh Hasina, kunjungan Najib itu amat bermakna kerana selain daripada hubungan ekonomi dan politik yang sudah lama terjalin, Malaysia adalah antara negara yang paling awal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Norlin Othman berkata, kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan pelbagai perkara bagi meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala sedia ada. Menurut beliau, Perdana Menteri dijadual tiba ke bandar raya ini malam esok selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di Colombo, Sri Lanka

Teresa KoK Entrepreneur

Image
sebut jer nama calon ni semua tau ..dia pelopor rumah urut ..sejak dia jadi ..calon di seputeh habis belambak rumah urut yang tidak lagi disorok-sorok.. punya banyak perniagaan rumah urut ...yang banyak ada.. kalau dulu chow kit dengan rumah ayam dia.. ini jalan kuchai lama dengan rumah urut nya..yang best nya dia ada dalam top 10 list asians perlancongan??? huh orang nak melancong ker nak melacur? pelik sama ada calon ni dia tak nampak apa yang ada disekitar atau pun dia adalah pelopor atau share partner.. huh apa nak jadi la dengan seputeh dan DAP ni. Teresa Kok - Wikipedia, the free encyclopedia tak caya..MEH TENGOK DENGAN MATA KORANG SENDIRI. orang pilih calon yang membina bukan merusak kan..   orang kalau bina sekolah banyak ke ada juga lah baik nya..kalau jalan raya cantik ok lah juga..yang ni rumah urut jer yang mencantik kan jalan kuchai lama.pelik nya pihak kuasa diam jer.tak ada lak imigresen yang bertugas ..cer buat operasi 1 bulan sekali

Chong Wei ceria kini bergelar bapa

Image
KUALA LUMPUR 12 April - Pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, hari ini sah bergelar bapa apabila isterinya yang juga bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Kingston Lee. Bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Hospital Gleneagles dekat sini. - UTUSAN ONLINE

PM mahu sekurang-kurang seorang wanita lembaga pengarah dalam GLC, GLIC

Image
PUTRAJAYA 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah. Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu diambil kerana transformasi negara tidak dapat dijayakan sekiranya wanita yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Malaysia tidak diarusperdanakan. "Saya hendak memberi panduan kepada pemimpin GLC dan GLIC supaya mereka mengangkat sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah masing-masing. "Ini dilakukan supaya wanita yang telah dilatih untuk menjadi ahli lembaga pengarah dapat dilantik mengisi jawatan yang ada. Saya juga menyarankan pihak swasta lain supaya memberi wanita peluang yang sama," katanya. Beliau berucap dalam majlis 1Million Women Purple Walk yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dataran Putrajaya, di sini hari