Posts

Showing posts with the label INFO REMAJA

Kerajaan belanja RM4.5 juta bina gelanggang futsal

HULU TERENGGANU 14 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta tahun ini bagi pembinaan beberapa buah lagi gelanggang futsal di seluruh negeri ini khususnya di kawasan luar bandar. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, usaha itu sebagai memenuhi hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai bintang bola sepak khususnya futsal di negeri ini selain mencegah remaja terjerumus dalam gejala sosial. Beliau memberitahu, projek pembinaan gelanggang futsal di negeri ini mula dilaksanakan tiga tahun lalu dan untuk tahun ini, jumlah itu ditambah bagi membolehkan golongan belia memanfaatkan kemudahan itu dengan aktiviti riadah. "Kerajaan sedar bagi golongan belia di sini tiada apa yang boleh menyeronokkan mereka. Dengan membina gelanggang futsal, ia langkah terbaik untuk selesaikan masalah mereka," katanya selepas melancarkan gelanggang futsal di Kampung Kuala Telemung di sini hari ini. Menurut beliau, kira-kira 300 buah gelanggang futsal d