Posts

Showing posts from April, 2011

Ana Raffali Semakin Dibenci?

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish

Image
 Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, say

"Saya Bukan Perampas"-Neelofa

Image
 "Saya Bukan Perampas"-Neelofa "Saya Bukan Perampas"-Neelofa Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.

Loloq tiada ganti – Ella

Image
Loloq tiada ganti – Ella                    Ella   BENAR kata orang, irama dan lagu memang tidak dapat dipisahkan. Bila berpisah, pincanglah ia. Tidak sekalipun ingatan Ella pernah lekang terhadap lelaki yang cukup dikaguminya itu, namun takdir sudah menitikkan segala-galanya. Sejujurnya emosi penyanyi genit ini cukup rawan tatkala mengenangkan insan seni yang disanjung tinggi sudah pergi buat selama-lamanya. Biarpun perit menerima hakikat itu, Ella pasrah jika jasad Loloq sudah tiada di depan mata. Namun untuk melupakan orang yang banyak berjasa pada dirinya tidak sekali-kali. Loloq bagaikan hidup dalam diri seperti darah yang mengalir. Bila terkenangkan pengorbanan Loloq, hati Ella menjadi sayu. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk melawan suratan yang sudah tertulis, dia tahu apa yang perlu dilakukan. Biarpun sudah lebih tiga tahun Loloq pergi meninggalkan semua, tidak ada apa yang dapat memadam ingatan peminat terhadap lelaki yang menghem

Polis tidak lagi menyorok

Image
Polis tidak lagi menyorok                   SHAH ALAM 23 April - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini tidak lagi menggunakan pendekatan menyorok atau bersembunyi di sebalik sebarang objek ketika mengadakan operasi mengesan pesalah trafik. Sebaliknya, beliau berkata, anggota polis akan lebih banyak menonjolkan diri serta mengeluarkan saman secara bersemuka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Beliau bagaimanapun menegaskan, saman ekor dan operasi trafik tetap akan diadakan seperti biasa bagi mengesan pesalah-pesalah trafik. Menurutnya, menerusi pendekatan itu, semua pengguna jalan raya akan dimaklumkan mengenai kewujudan sekatan dan operasi di hadapan mereka menerusi papan tanda elektronik dan sebagainya. "Ini bermakna setiap operasi (sekatan) dijalankan, pengguna akan tahu dan jika masih berdegil, mereka akan disaman. "Ini bermakna, polis tidak akan lagi bersembunyi di sebalik pokok atau tiang lampu, kita akan saman terus d

Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat

Image
Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat                     LULUSAN Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah Bedol kini berbangga mengusahakan perniagaan coklat dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat. – utusan/Abdul Nazir Mohamed MENCEBURI bidang perniagaan bukanlah suatu perkara mudah kerana selain memerlukan komitmen yang tinggi ia juga merupakan satu cabang pekerjaan yang memerlukan seseorang itu tabah dan sanggup menghadapi risiko. Tambahan pula, perniagaan yang dipilih mempunyai banyak persaingan terutama daripada syarikat multinasional. Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin terlibat dalam bidang ini, selain mempunyai pengalaman dinasihatkan juga agar memenuhkan ilmu mengenai perniagaan di dada. Bagi ibu muda dari Kota Bharu, Kelantan ini, dia sedikit pun tidak gentar malah menyahut cabaran suaminya walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan. Hari ini, siapa tahu, tanpa sebarang pengalaman mahupun pengetahuan dala

Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan

Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan Celik Kewangan BOLEH saya ketahui lebih lanjut tentang konsep pelaburan dana terbuka serta kelebihan dan risiko melabur dalam dana tersebut? Sharifah A Mustaffa (Kuala Lumpur) Kami percaya Sharifah berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan dalam dana unit amanah dan risiko pelaburan tersebut. Dana unit amanah ialah dana diuruskan secara profesional yang mengumpulkan wang daripada sekumpulan pelabur untuk melabur dalam pelbagai jenis aset, daripada saham kepada bon. Ia juga dikenali sebagai skim pelaburan kolektif dan kini sudah menjadi sejenis kaedah pelaburan yang umum. Terdapat lebih 500 dana unit amanah di Malaysia, dan satu perempat daripadanya adalah dana patuh Syariah. Kelebihan utama melabur dalam dana unit amanah ialah wang anda diuruskan secara profesional. Pelabur mungkin tidak mempunyai masa, kepakaran atau wang untuk menguruskan portfolio masing-masing. Justeru dana unit amanah ialah cara yang agak berpat

RM73 bilion bakal masuki Iskandar

RM73 bilion bakal masuki Iskandar JOHOR BAHRU 22 April - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menjangka kemasukan pelaburan berjumlah RM73 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dengan menjadikan sektor pembuatan dan hartanah sebagai penyumbang utama. Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, sasaran itu bertujuan memastikan pihaknya mencatatkan pertumbuhan lapan peratus setahun melebihi dua peratus berbanding unjuran kerajaan. "Kedua-dua sektor tersebut merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan Iskandar Malaysia dan sentiasa mendapat perhatian daripada pelabur dari dalam dan luar negara. "Melalui sasaran yang ditetapkan, Iskandar Malaysia dijangka mampu meraih pelaburan sebanyak RM13 bilion dalam tempoh setahun," katanya selepas melancarkan Hari Terbuka Iskandar Malaysia ke-5 (IMOD 2011) di Plaza City Square di sini hari ini. IMOD 2011 merupakan program berkala yang diadakan antara dua hingga tiga kali setahun selama tiga h

Ringgit boleh cecah RM2.95 sedolar

Ringgit boleh cecah RM2.95 sedolar IPOH 22 April - MIDF Amanah Investment Bank Bhd. (MIDF Investment) menjangkakan mata wang ringgit mampu melonjak ke paras tertinggi sehingga RM2.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini. Malah, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Penyelidikannya, Zulkifli Hamzah mengunjurkan peningkatan itu akan lebih cepat sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) tidak campur tangan dalam pasaran kewangan. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan BNM dan bank-bank pusat Korea Selatan dan Thailand campur tangan dalam pasaran kewangan untuk memperlahankan lonjakan mata wang masing-masing. Menurut Zulkifli, peningkatan nilai ringgit itu akan menjadikan fenomena pasaran kewangan negara lebih menarik khususnya kepada pasaran saham tempatan. ''(Sekiranya) peningkatan ringgit berlaku, kita akan dapat melihat aliran masuk dana yang aktif dalam pasaran negara, sekali gus akan membantu mendukung pasaran serantau," katanya kepada Utusan Malaysia

2 parah ditembak dua suspek

2 parah ditembak dua suspek RASAH 22 April - Seorang pemilik kedai dan pemandu lori cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di Taman Seremban Jaya, di sini, malam tadi. Mangsa pertama, R. Achudan, 30, terkena dua das tembakan di perut dan belakang badan manakala mangsa kedua, M. Vadiveloo, 41, ditembak di tangan dan perut. Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah mangsa pertama dalam jarak dekat. "Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri sejurus melihat mangsa rebah di hadapan kedai berkenaan," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-12, di sini hari ini. Menurut beliau, selang beberapa minit kemudian, kedua-dua suspek menembak Vadiveloo ketika mangsa sedang memasukkan barang ke dalam kereta di rumahnya. Siasatan awal kata beliau mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai

Kertas siasatan dibuka dakwaan anggota polis berlumba

Kertas siasatan dibuka dakwaan anggota polis berlumba KUALA LUMPUR 22 April - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggotanya terlibat dalam perlumbaan sehingga mengakibatkan kemalangan yang membunuh seorang wanita warga emas di Kilometer 4 Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak, dekat sini semalam. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kes kemalangan tersebut kini dalam siasatan dan beberapa saksi yang melihat kemalangan akan dipanggil untuk memberikan keterangan. Selain itu, kata beliau, pihaknya juga akan mendapatkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di tempat kejadian daripada pihak pengurusan DUKE bagi mendapatkan gambaran sebenar kemalangan tersebut. "Kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Sekiranya hasil siasatan mendapati memang benar anggota polis terbabit berlumba dan menjadi punca kemalangan, maka

Kastam rampas dadah bernilai RM3.4j

Image
Kastam rampas dadah bernilai RM3.4j                           SEREMBAN 22 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah jenis Eramin 5 ke negara ini setelah menahan dua lelaki tempatan yang cuba menyeludup masuk dadah tersebut dari China. Dadah bernilai hampir RM3.4 juta itu dirampas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Rabu lalu. Kedua-dua suspek berusia 27 dan 35 tahun yang menaiki penerbangan dari republik itu ditahan anggota penguat kuasa sejurus selepas mendarat pada pukul 4.45 petang. Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Liah Omar berkata, hasil pemeriksaan terhadap dua lelaki tersebut, pihaknya menemui 168,480 biji pil Eramin 5 seberat 35 kilogram (kg) yang disorok dalam bagasi masing-masing. "Pada mulanya, kita menahan suspek yang berusia 27 tahun itu dan hasil pemeriksaan, kita menemui 18 bungkusan mengandungi dadah jenis Eramin 5 dalam dua beg dibawanya. "Tidak lama selepas itu, kita menahan suspe

Rania Tukar tarian seksual

Image
Tukar tarian seksual ATMOSFERA dunia hiburan Korea baru-baru ini dicemarkan dengan kontroversi tarian berunsur seksual oleh beberapa kumpulan artis wanita. Salah satu yang dikaitkan ialah kumpulan Rania. Bagaimanapun, kumpulan dianggotai enam jelitawan itu memberitahu bahawa mereka bersedia menukar konsep tarian kepada versi yang lebih bersesuaian. “Rania telah membuat persediaan dalam tempoh empat tahun sebelum ini untuk muncul, termasuklah latihan tarian untuk album baru mereka yang berjudul Dr. Feel Good. “Namun, selepas diarahkan oleh pihak stesen televisyen muncul dengan imej lebih sopan, ia bukan satu masalah. “Meskipun di pihak Rania, mereka kecewa kerana tidak dapat mempersembahkan tarian yang dirasakan ideal buat lagu tersebut, mereka perlu akur. “Rania akan buat perubahan supaya isu ini tidak berpanjangan,” kata jurucakap kumpulan tersebut. Bukan sahaja tarian, Rania juga akan tampil dengan imej pakaian yang lebih sesuai dengan kehendak masyarakat.

Inul Daratista rancang tambah anak

Image
Inul rancang tambah anak     Inul Daratista   Ratu dangdut popular Indonesia, Inul Daratista mendedahkan dia merancang untuk mengandung lagi dalam tempoh empat tahun akan datang apabila usia anaknya, Yusuf Ivander Damares mencecah lima tahun. Menurut Inul, ini kerana dia tidak mahu menjejaskan kelangsingan tubuh badannya selepas bersusah payah untuk kembali kurus. “Badan saya baru sahaja kurus, tunggu dululah pasal anak. Perancangannya memang ada tetapi bukan sekarang. “Sekarang saya lebih fokus pada komitmen menguruskan suami dan anak kesayangan saya yang seorang itu,” katanya. Dalam pada itu, Inul turut merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi anaknya yang bakal genap dua tahun Mei ini dengan meriah dan besar-besaran. Inul dan suaminya Adam Suseno bercadang mengadakan majlis tersebut di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur selama empat hari empat malam. “Sambutan itu adalah sebagai tanda kami begitu bersyukur kerana dikurniakan anak selepas 13 tahun menung

Rozita bernilai RM500,000

Image
Rozita bernilai RM500,000 SIAPA sahaja tak kira kaum lelaki atau pun wanita pasti tidak mampu menolak rasa kagum yang hadir setiap kali mata menatap wajah jelita wanita ini. Bukan sekadar cantik dipandang, malah kulit putih mulus seraut wajah manjanya kelihatan makin berseri dan bersinar-sinar dek aura yang menggoda. Itulah anugerah semula jadi paling bernilai buat pelakon Rozita Che Wan biarpun sudah mencecah usia 38 tahun dan bergelar ibu kepada dua anak lelaki berusia 15 dan 13 tahun. Lebih bertuah, pakej diri wanita ini dilengkapi dengan bentuk badan yang masih bergetah dan menggiurkan selain tutur kata yang selembut sutera. Sebab itu, tidak timbul langsung rasa kehairanan apabila Rozita dipilih sebagai duta produk Safi Rania Gold iaitu satu jenama produk penjagaan kulit nombor satu di negara ini. Tetapi yang menarik, benarkah pelakon popular ini dibayar lumayan untuk menjadi duta produk itu? Dan kalau benar pun dia dibayar lumayan

Amani tidak cinta Isma

Image
Amani tidak cinta Isma         GAMBAR mesra pasangan ini membuatkan ramai yang percaya memang benar mereka sedang dilamun cinta   PANTANG dia kalau soalan-soalan mengenai kisah peribadinya diajukan. Mengenali dirinya, gadis kecil molek ini memang cukup tegas dengan pendiriannya bila tiba soal peribadi. Pasti sepantas kilat Sharifah Amani akan menepis pertanyaan dengan berkata “Saya tak akan bercakap mengenai hal ini. Maaf sangat.” Namun, apabila hubungannya dengan pelakon Azma Aizal Yusof atau Isma Yusof mula dihidu pihak media dan peminat, dia bagaikan tidak dapat lari dari dihambat pertanyaan. Semuanya mahu mendapatkan kepastian sahih daripada mulut aktres yang mesra disapa Nani sendiri. Semuanya gara-gara tindakan berani pasangan ini meletakkan status In a relationship di laman sosial Facebook masing-masing. Isma pula meletakkan label In a relationship with Sharifah Amani yang membuatkan seolah-olah memang ‘sah’ Amani dan Isma sedang dilamun cinta. Menguatkan lagi kekecoh

Popular ke Sara Ali?

Image
Popular ke Sara Ali? RAMAI juga tertanya-tanya, hebat sangat ke lakonan Sara ni? Dapat tawaran berlakon filem tak henti-henti, bagus ke Sara ni? Tak adalah. Belum bagus lagi pun. Walaupun sudah berlakon enam filem, semuanya belum keluar di pawagam lagi. Itu yang buat saya lagi takut. Harapan penonton mungkin tinggi kepada saya. Mesti dia orang ingat, gempak sangat ke lakonan Sara Ali ni? Habis tu kalau tak gempak nanti, tak kisah ke kalau kena kritik dengan penonton? Apa sahaja tohmahan dan kritikan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam lakonan saya nanti. Pelakon wanita baru lain punyalah susah nak dapat tawaran berlakon. Sara pula dapat sampai enam filem berturut-turut, siap dengan empat watak heroin sekali. Agak-agak apa kelebihan Sara Ali? Entahlah, ramai penerbit dan pengarah cakap kekuatan saya terletak pada anak mata yang mempunyai tarikan sesuai untuk melakonkan semua watak saya se

Nabil keji orang gemuk?

Image
Nabil keji orang gemuk? KALAU ada yang kata Nabil dah tak popular, anda memang silap. Pelawak yang dicungkil bakat melalui program Raja Lawak tu masih berbisa sampai sekarang, cuma mungkin dah tak banyak ceritanya yang keluar sejak kebelakangan ini. Syed tahu ramai yang minat gila dengan pelawak ini. Kalau buat lawak tu, memang boleh pecah perut dibuatnya. Kalau tak percaya baik peminat tonton Maharaja Lawak yang sedang bersiaran sekarang ni. Tapi kali ini Syed bukan nak bercerita hal siapa yang lagi lawak atau siapa yang tak lawak tetapi cerita tentang minggu setiausaha yang dijayakan oleh Nabil bersama dengan Sharifah Shahira dan Anuar Zain baru-baru ini. Bukan apa, ada beberapa tetamu yang hadir kurang senang dengan lawak jenaka yang Nabil dah buat. Lawak tu memang lawak tetapi tak berapa nak sensitif dengan orang yang ada dalam majlis tersebut. Kalau mengikut aduan peminat yang hadir banyak kali juga Nabil sebut pasal silikon dan usik orang yang berbadan besar dengan

sabar menanti sampai bila-bila

Image
Tunggu ‘dia’ sampai bila-bila SABARIAH akan terus menanti suaminya dibebaskan.   DALAM sebuah rumah tangga, adalah sangat mustahil jika ia tidak pernah diduga. Dugaan datang melalui pelbagai cara, dari segenap penjuru, kiri dan kanan, depan dan belakang. Jika bukan suami atau isteri curang, kesempitan kewangan, kekayaan, kemasyhuran dan apa saja yang barangkali tidak akan pernah kita fikirkan, boleh juga menjadi penyebab untuk ‘menggegarkan’ sesebuah hubungan. Takdir wanita ini, dia ‘kehilangan’ suami dalam status sebagai isteri yang masih kekal. ‘Kehilangan dalam ada’ ini sebenarnya adalah satu kesakitan dalam diam. Sakit yang tidak mampu tertanggung, yang hanya empunya diri mengerti akan perih pedihnya. Derita kehilangan akibat kematian, kita tahu tiada lagi harapan untuk bertemu di dunia. Tetapi kehilangan apabila seseorang yang kita sayang pada ketika nyawa masih bersatu dengan badan, itu sesuatu yang jauh lebih parah. Apatah lagi kalau dalam kehilangan it

Kenapa benci Diana Danielle?

Image
Kenapa benci Diana Danielle? BETUL ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya di hati Joyah apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu? Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana. Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ. Antara yang Joyah dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah? Kadang-kadang Joyah pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri. Pada Joyah, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure.

Premis mesin slot judi di ibu kota lengang menyedari kegiatan diawasi

Image
Premis mesin slot judi di ibu kota lengang menyedari kegiatan diawasi KUALA LUMPUR 11 April - Menyedari kegiatan mereka kini diawasi, premis-premis yang menyediakan mesin slot judi di sekitar ibu kota telah mengubah pendekatan operasi mereka. Jika sebelum ini, orang Melayu yang beragama Islam bebas keluar dan masuk ke premis-premis tersebut, kini tidak lagi. Tinjauan mendapati, suasana di premis-premis terbabit agak lengang tidak seperti keadaan sebelum pendedahan ini dilakukan. Malah, usaha Utusan Malaysia untuk memasukinya juga dihalang dengan alasan ''orang Melayu tidak dibenarkan masuk." Seorang sumber yang ditemui berkata, kebanyakan premis tersebut mempunyai pintu rahsia bagi memudahkan pengunjung tertentu melepaskan diri jika ada sebarang serbuan. ''Pintu-pintu rahsia ini selalunya akan menuju atau bersambung dengan pub, karaoke atau tempat-tempat bersukan," katanya yang enggan namanya didedahkan di sini hari ini. Dalam masa sama, tinjauan j

Misbun bukan untuk Chong Wei

Misbun bukan untuk Chong Wei   KUALA LUMPUR - Datuk Misbun Sidek bakal kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, namun kepulangannya bukan untuk Datuk Lee Chong Wei, sebaliknya beliau diberi cabaran baru, melahirkan pengganti jaguh No. 1 dunia itu dengan sasaran adalah Sukan Asia 2014 dan Sukan Olimpik 2016. Keputusan tersebut dicapai oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuaratnya semalam, yang memutuskan Misbun akan membimbing sekumpulan pemain pelapis yang belum dikenal pasti, pada ketika Chong Wei pula kekal di bawah bimbingan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek sehingga tamat Sukan Olimpik London 2012. Bermakna, permintaan jurulatih berpengalaman itu untuk membimbing anaknya, Misbun Ramdan Misbun, antara punca beliau meletakkan jawatan sebelum ini, hampir akan dikabulkan oleh BAM. Namun, butiran terperinci mengenai siapa pelatih yang bakal bernaung di bawah beliau hanya akan diputuskan selepas mesyuarat exco 28 April ini. "K