Posts

Showing posts with the label Info Tragedi

Info pergaduhan di wangsawalk.10 suspek ditahan.

Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman 22 Julai 2015 1:11 AM KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam. Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan. “Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini. Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki. Semalam, polis men

Tele-info tragedi-seorang murid tahun enam maut di Tasek Gelugor

Murid tahun enam maut dirempuh kereta 22 Julai 2015 1:11 AM TASEK GELUGOR 21 Julai – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Tiga dekat Sungai Dua petang ini. Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhamad Sya­mim Daud, 12, dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas ke Sungai Lokan. Jurucakap polis berkata, mang­sa dipercayai telah keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu kereta berusia 46 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe

Teleinfo - rakyat malaysia

Image
Anak alami jangkitan paru-paru perlu RM19,000 22 Julai 2015 1:21 AM PARIT BUNTAR 21 Julai – Aidilfitri kali ini tidak ceria buat sepasang suami isteri di Taman Berlian dekat sini apabila bayi mereka yang berusia lima bulan mengalami masalah paru-paru akibat jangkitan Respiratory Synctial Virus (RSV). Lebih menyedihkan pasangan Mohd. Aizam Hamzah, 32, dan No­ridawati Md. Nor, 38, apabila anak mereka, Muhammad Muaz Mukhriz turut mengalami masalah jantung berlubang dan komplikasi otak akibat dilahirkan pramatang iaitu ketika usia kandungan cuma 26 minggu. Mereka juga resah kerana kos untuk rawatan Muhammad Muaz Mukhriz mencecah hampir RM19,000 bagi membolehkan anak mereka dibekalkan dengan ubat khas merawat jangkitan RSV. Dengan pekerjaan sebagai juruteknik kilang, Mohd. Aizam mengakui dia tidak mampu untuk menyediakan kewangan sebesar itu. "Aidilfitri tahun ini seperti tiada makna. Bukan sahaja bimbang memikirkan kesihatan anak tetapi kos perubatan yang ditetapkan Hospital Ta

Gempa bumi melanda sabah

Image
Gambar shared from user from kundasang sabah. Gambar rekahan jalanraya did kundasang Dan ranau,sabah.

Pray for #MH370

Image
Lagi cerita tentang #MH370 Ramai masih menanti tentang keputusan cerita pencarian kehilangan pesawat #MAS yang hilang tanpa kesan. Pencarian yang diturut serta oleh pelbagai negara menjumpai jalan buntu. Tapi apa yang memelikkan ialah u.s yang penuh kelengkapan canggih juga gagal. Misteri. Kesimpulan demi kesimpulan wujud. Paling teruknya ialah kapal terbang itu dijumpai di bulan. Fikiran ku..kenapa mereka tak guna GSM satellite mereka.mustahil tak dapat kesan lansung. Sedangkan perincian global mapping atau pemetaan satellite sudah boleh diguna pakai. GSM locator adalah sistem perincian yang detail coz i"ve already tested it. Lagi pun ada banyak lagi perisian baru yang modern mustahil tak boleh trace asal kan mobile device tak rosak ia masih boleh di trace. Kesimpulan dan tekaan... 1). Kapal terbang di hijack,semua transiever dirampas. 2)kapal terbang terhempas,kedalam laut dari tahap ketinggian rendah.yang mana kerosakkan minimal tanpa kesan serpihan yang teruk tapi

Kapal karam langgar feri penumpang ke Pulau Bukom

Image
SINGAPURA 9 Mac - Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom. hari ini, mengakibatkan seorang kru kapal hilang dan enam penumpang feri cedera. Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura, yang menerima laporan kemalangan itu pada 6.25 pagi ini. MPA berkata lima kru kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang. Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian. Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra. MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam. MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan

Polis akan panggil bapa Saiful Bukhari beri keterangan - Timbalan KPN

Image
KUALA LUMPUR 9 Mac - Polis akan memanggil Azlan Mohd. Lazim, iaitu bapa Mohd. Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. "Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. "Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Bersatu Memerangi Jenayah" di Kuchai Lama hari ini. Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan

A Philippine Military Officer said a Malaysian opposition politician invited the terrorists to Lahad Datu

Image
Lahad Datu, Sabah Wee Choo Keong - It did not matter who started to shoot first.  We shouldn’t be wasting our time with such senseless debate.  The 180 Pilipino terrorists (30 were heavily armed) should not have invaded our country with heavy arms in the first place. Even if a foreigner who came into Malaysia legally but with arms,  he or she will be automatically  classified as a terrorist. Malaysia is no different to America and other countries. On 9-2-2013 180 heavilly armed Pilipino terrorists inviaded Lahad Datu,  they have no valid excuse to hide behind their claims whether they were legitimate or illegitimate. These terrorists have been lucky that the Malaysian Government has been extremely kind and patient to them by spending 17 days using diplomatic channels and others to persuade them to surrender and leave Lahad Datu.  But these terrorists saw it fit to test the patient of Najib Government and misconstrued it as weakness. It h

Kereta api laju: Malaysia-Singapura buat kajian bersama

Daripada YULPISMAN ASLI SINGAPURA 6 Mac - Malaysia dan Singapura akan membuat kajian bersama untuk melihat aspek terperinci cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Laju (HSR) antara negara ini dan Kuala Lumpur. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, secara prinsipnya kedua-dua buah negara telah bersetuju bahawa projek tersebut penting dan penyokong kuat pelaksanaannya yang diputuskan semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini bulan lalu. "Kedua-dua negara menyokong dengan kuat, jadi peringkat seterusnya adalah membuat kajian bersama untuk melihat kepada aspek terperinci, dah setuju dah lalu ikut mana , berapa stesen, kos teknikal, nak share (kongsi) berapa Malaysia kena bayar, Singapura (berapa), hal-hal teknikal ini perlu dimuktamadkan," katanya. Mustapa berkata demikian kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan beliau ke sini bagi menarik pelaburan dan m

Felda Global sumbang RM100,000 kepada 8 keluarga polis

MARAN 6 Mac - Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) akan menyumbang RM100,000 kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban akibat serangan hendap kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahat Datu dan Semporna di Sabah. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM20,000 akan disumbangkan kepada dua keluarga anggota polis yang terkorban di Felda Sahabat 17, di Lahad Datu. Sementara RM10,000 akan disumbangkan kepada setiap enam keluarga anggota polis yang terkorban akibat serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna. "Sumbangan tersebut bagi menghargai pengorbanan dan keberanian anggota polis berkenaan yang menggadaikan nyawa mempertahankan kedaulatan tanah air daripada dicerobohi pengganas. "Pengorbanan mereka sebenarnya tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kami Prihatin Yayasan Felda di

Op Daulat: Seorang pengganas ditembak mati, 9 mayat ditemui

KUALA LUMPUR 6 Mac - Hari kedua Op Daulat hari ini menyaksikan seorang anggota kumpulan pengganas ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo, Lahad Datu. Pengganas itu maut dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota keselamatan yang menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di kampung itu selepas gerakan ofensif oleh pasukan keselamatan negara di kampung yang menjadi kubu kumpulan pengganas itu semalam. Selain kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, pasukan forensik juga diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan mayat-mayat itu ditanam. Kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas turut berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, pada pukul 4.15 petang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Berikutan operasi berterusan anggota keselamatan, Ismail berkata, saki-baki kumpulan itu kini bergerak ke kawasan kampung berhampiran dan menyamar dengan b

Keadaan di Tawau, Semporna selamat, terkawal - Polis

SEMPORNA 6 Mac - Keadaan keselamatan di Semporna dan Tawau adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, kata polis. Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata hanya berlaku di tempat tertentu. "Keadaan di lokasi serangan hendap iaitu di Kampung Simunul pada Sabtu lepas juga kembali normal dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di sini hari ini. Mohd. Firdaus berkata, masih wujud persepsi dalam kalangan masyarakat tempatan kononnya anggota penceroboh berkeliaran di bandar ini, namun siasatan polis mendapati ia tidak benar. Di TAWAU, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah mengingatkan orang ramai supaya tidak cemas atau bimbang tentang keselamatan mereka kerana daerah Tawau berada dalam keadaan ten

Lahad Datu: Hampir 2,000 penduduk 7 kampung pindah

LAHAD DATU 6 Mac - Hampir 2,000 penduduk dari 7 kampung berpindah ke Embara Budi dan Fajar Harapan di Felda Sahabat berikutan langkah pasukan keselamatan memperluas operasi menjejaki kumpulan pengganas di Kampung Tanduo dekat sini. Penduduk terlibat datang dari Tanjung Labian, Tanjung Batu, Lok Buani, Lok Sabang, Tanigian, Sungai Merah dan Balangi. Sebahagian daripada 1,309 penduduk yang berpindah ke Fajar Harapan ditempatkan di Dewan Fajar Harapan dan selebihnya menumpang di rumah saudara. Seramai 650 lagi berpindah ke Dewan Embara Budi. Ketua masyarakat Lok Buani, Roslan Abdul Hamid berkata, kebanyakan penduduk di tujuh kampung itu bertindak meninggalkan kawasan kampung atas faktor keselamatan dan ada juga yang berbuat demikian selepas mendapat arahan pasukan keselamatan. Bantuan makanan juga dihantar petang tadi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke lokasi penempatan sementara berkenaan. Tinjauan Bernama di Fajar Harapan mendapati penduduk dibekalkan denga

Majlis Pengebumian Mendiang ASP Micheal Ak Padel

Image
MAJLIS ISTIADAT PENGEBUMIAN MENDIANG ASP MICHAEL PADEL: Kuching, 6 Februari - Majlis istiadat pengebumian Mendiang ASP Michael Padel berlangsung hari ini pada jam 10.30 pagi tadi dalam acara penuh istiadat di Makam Pahlawan, Jalan Budaya, Kuching, Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah pengurusan PDRM, Dato' Mortadza bin Nazarene, Ketua Polis Sarawak, Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Bersemadilah perwira negara namun semangat dan jasamu akan tetap kekal di sanubari setiap rakyat Malaysia. Majlis Pengebumian Mendiang ASP Micheal Ak Padel (320 photos) Jenazah mula dibawa masuk ke kawasan Makam Pahlawan

TIMBALAN KETUA POLIS NAFI KHABAR ANGIN DI PESISIRAN PANTAI SABAH

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 7 hours ago TIMBALAN KETUA POLIS NAFI KHABAR ANGIN DI PESISIRAN PANTAI SABAH Kuching, 6 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina. Beliau berkata sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyar akat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna. "Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat. Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian negeri mendiang DSP Michael Padel di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini. Beliau berkata polis bersama Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan kehadiran di seluruh negeri Sabah, khusus

SEMPORNA : EMPAT SUSPEK DITAHAN

Semporna, 6 Mac - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis K ontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. "Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan. Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya men

LAHAD DATU :OPS DAULAT

DEFENDING AND PRESERVING THE NATION’S SOVEREIGNTY ‘OP DAULAT’ UPDATES CHRONOLOGY OF EVENTS 12th February 2013 - Armed Intrusion at Lahad Datu About 150 armed persons in army fatigues intruded into Felda Sahabat, Lahad Datu district of Sabah. The police cordoned off the area and directed the group to lay down arms and surrender. 14th - 28th February 2013 - Negotiations The intruders were identified to be from the southern Philippines who claimed to be linked to the so-called ‘Sulu Sultanate’. Rounds of negotiations were held between the intruders and the Royal Malaysia Police to find the best solution without bloodshed. The intruders were asked to leave peacefully. The deadline for the intruders to leave peacefully passed but negotiations were still in progress to allow the terrorists to retreat. 1st. March 2013 - Shooting Incident at Kampung Tanduo, Lahad Datu The police dropped leaflets from a helicopter that ordered the armed intruders holed up in Kampung

LAHAD DATU:Anggota PDRM yang terkorban

Image
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) LAHAD DATU: Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera: Terkorban: 1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT 2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD Cedera: 1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG 2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM 3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI

Jurugambar cedera ketika cuba rakam aksi penahanan

Image
SEORANG anggota pasukan keselamatan menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan di pantai Lahad Datu berhampiran Felda Residence Sahabat, di Lahad Datu, Sabah hari ini. Gara-gara mahu merakam aksi ini, seorang jurugambar media cedera. - UTUSAN LAHAD DATU 5 Mac - Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut. Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo. Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai. Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu. Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Saha

MILF tidak mahu terlibat konfrontasi di Sabah - Murad

JOHOR BAHRU 6 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah. Pengerusi MILF, Murad Ebrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan oleh Kuala Lumpur dan Manila. "Masalah di sana ialah antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Kami serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. "Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif melalui telefon dari kubunya di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, Maguindanao, selatan Filipina hari ini. Setelah rundingan yang diadakan selama tiga minggu menemui kegagalan, apabila pasukan keselamatan negara diserang hendap kumpulan pengganas itu dalam dua ins