Posts

Showing posts with the label Info Niaga

Harga Kayu Gaharu RM130,000/kg

Image
Norchahaya Hashim (kiri) bersama kakitangannya meninjau ruang pameran kayu gaharu d Kuala Terengganu, semalam.  KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Nilai gaharu gred A di pasaran yang kini mencecah RM130,000 sekilogram berbanding sekitar RM20,000 hingga RM25,000 sekilogram sebelum ini memberikan rangsangan baharu kepada perkembangan perladangan pokok karas. Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Norchahaya Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tersebut kerana bekalan yang semakin sukar diperoleh selain pokok yang bermutu tinggi semakin terbatas di negara ini terutama di Pantai Timur dan Indonesia. Dalam masa sama, beliau memberitahu, Malaysia menyasarkan pengeksportan kayu gaharu ke Asia Barat dalam tempoh lima tahun lagi bagi menembusi pasaran yang lebih luas. “Pokok yang turut dikenali sebagai pokok debu di sini akan diproses dan dikomersialkan oleh negara-negara pengimport untuk dijadikan minyak wangi manakala daun dan batangnya boleh

RM100,000 bina pasar peladang di Kg. Teluk Kerang

Image
SHAMMODIN ABDUL HALIM (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Nafas sambil diperhatikan Abd. Rahim Abu Bakar (dua dari kiri) di Pontian, baru-baru ini.   PONTIAN 14 Nov. – Sebuah pasar peladang akan dibina di Kampung Teluk Kerang, dekat sini bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual terus hasil keluaran mereka kepada pengguna. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Abd. Rahim Abu Bakar berkata, kos pembinaan pasar berkenaan sebanyak RM100,000 telah diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri. “Sejajar dengan usaha meme­rangi orang tengah, mereka yang berminat serta berkemampuan untuk menjalankan perniagaan akan ditawarkan di pasar tersebut kelak,” katanya selepas penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), di sini kelmarin. Majlis penyampaian zakat kepada 84 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di PPK Pontian Selatan disempurnakan oleh P

Sarawak terima RM4.03 bilion

Image
SYLVESTER ENTRI MURAN  KUCHING 14 Nov. - Kira-kira RM4.03 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat khusus untuk membiayai program per­­tanian di negeri ini sejak 2006 hingga tahun ini. Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) negeri, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, setiap tahun, kerajaan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM447.5 juta bagi melaksanakan program berkenaan. “Peruntukan tersebut digunakan bagi membiayai pelbagai program berkaitan dengan sektor tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur, industri asas tani, khidmat sokongan, institusi peladang, penternak dan nelayan serta projek ekonomi khas. “Bantuan terdiri dalam pelbagai bentuk seperti baja, perkakas dan bahan tanaman,” katanya. Beliau menjawab soalan Martin Ben (BN-Kedup) berhubung bentuk subsidi pertanian yang telah diagihkan dan jumlah subsidi tahunan yang diterima oleh Sarawak daripada Kerajaan Pusat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Tambah belia

Tingkatkan saiz keluasan tanaman kopi

Image
                                                                Radin Malleh TENOM – Skim insentif khas untuk para pekebun kopi perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan tanaman kopi di negeri ini, termasuk membabitkan kerjasama serta pelaburan sektor swasta. Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh (gambar) berkata, hal demikian kerana jumlah saiz keluasan tanaman itu di negeri ini dilihat menurun saban tahun. “Ini berpunca daripada banyak kawasan tanaman kopis digantikan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. “Mungkin skim insentif khas perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan itu,” katanya ketika berucap sempena majlis pe­rasmian Pesta Kopi Te­nom 2014 dekat sini baru-baru ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Radin memberitahu, berdasarkan maklumat Jabatan Pertanian negeri, jumlah keluasan saiz tanaman kopi di negeri ini pada 2010 iala

Pinewood sasar 
pelabur RM1.9b

Image
Tee Siew Kiong NUSAJAYA 16 Nov. - Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) menyasarkan untuk menarik produksi antarabangsa melabur sebanyak RM1.9 bilion dan mewujudkan 11,300 peluang pekerjaan bagi tempoh 2013 hingga 2020. Pengerusi Jawatan­kuasa Pelancongan, Per­dagangan dan Ke­penggunaan negeri, Da­tuk Tee Siew Kiong ber­kata, kewujudan ke­mudahan itu berupaya menarik pelabur, syarikat dan profesio­nal untuk menyertai rantaian produksi media. “Kehadiran tenaga pakar dengan teknologi terkini membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi dan ilmu serta kepakaran bagi memperkasa keupayaan bakat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Adham Baba (BN-Pasir Raja) tentang impak industri kreatif kepada pembangunan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. Siew Kiong berkata, pemba­ngunan PIMS di negeri ini dapat mewujudkan ekosistem industri kreatif yang kon

Sektor francais disasar raih RM24.3 bilion 2014

Image
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sektor francais disasar menyumbang RM24.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Untuk tahun ini, katanya, sektor itu menyumbang RM23.6 bilion. "Industri francais kini semakin berkembang dan setakat 13 Nov lalu sebanyak 684 syarikat francais dari pelbagai sektor sudah didaftar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Francais Komuniti Zon Tengah, di sini Ahad. Menurut Hasan, Program Francais Komuniti yang dilancar pada 2011 juga menampakkan kejayaan dengan 280 francaisi mikro diwujudkan setakat ini. Program Francais Komuniti Zon Tengah selama dua hari sejak semalam itu disertai oleh 23 syarikat francais, agensi berkaitan dan Persatuan Francais Malaysia yang menawarkan peluang perniagaan francais kepada masyarakat. Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa kementerian, Mohd. Roslan Mahayudin

Tambahan tiga pusat beli-belah premium bakal diwujudkan

Image
Tambahan tiga pusat beli-belah premium mampu jana pendapatan pelancongan KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tiga buah pusat beli-belah premium bakal diwujudkan bagi menjana pendapatan pelancongan kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz. Kata beliau, ini juga bagi menampung kehadiran pelancong luar negara yang akan membanjiri negara sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan. "Tambahan tiga pusat beli-belah premium itu juga selari dengan saranan kerajaan yang telah menjadikan pelancongan beli-belah sebagai agenda ekonomi nasional yang juga mampu meletakkan Malaysia sebagai destinasi pusat beli-belah bebas cukai di rantau ini," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Acara Jualan Akhir Tahun 1Malaysia (1MYES) di Esplanade, KLCC di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin. Acara pelancaran itu juga turut dihadiri oleh 221 peserta pro

Temasek, hopu buy $213mil stake in china dairy maker

Image
Hongkong (Reuter)-Singapore state investor temasek holding and china-focused private equity firm.hopu were among five investors buying a $213mil stake in yashili international holding ltd.after parent china mengniu dairy co ltd sold down shares to meet hongkong listing requirement.

Lembu Korban Untuk Dijual Sempena Aidil Adha

Image
click gambar untuk download e-file Related Posts :info business, Info Niaga,

Makanan Segera

Image
Mohd. Helmi boleh berbangga dengan penghasilan pelbagai produk sejuk beku keluaran syarikat FaSFoods milik keluarganya. “PADA mulanya saya hanya memberi rakan-rakan di jabatan mencuba sos spaghetti yang dicipta sendiri dan membawanya ke pejabat. “Tidak sangka mereka memberi maklum balas yang positif terhadap masakan tersebut dan sekali gus mengesyorkan supaya saya mengkomersialkan kepada seluruh kakitangan di MARDI. “Apabila memikirkan sambutan dan permintaan yang tinggi daripada mereka, secara tidak langsung membuka mata saya untuk cuba lakukan secara sejuk beku dan jual apabila ada permintaan sahaja," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Bermula daripada jualan secara kecil-kecilan kepada kakitangan MARDI, Mohd. Shaari Nordin, 63, melihat resipinya itu boleh diperkenalkan kepada orang ramai menerusi promosi kepada pasaran yang lebih luas.

Permohonan Dibuka Bagi Pinjaman Perniagaan Bernilai RM180 Juta Untuk Komuniti India

Image
Pinjaman berjumlah RM180 juta untuk komuniti perniagaan India, yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, dibuka untuk permohonan bermula Khamis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel berkata sekretariat khas telah ditubuh bagi pemohon pinjaman itu, yang bertujuan membantu masyarakat India meningkatkan keadaan sosio ekonomi mereka, setanding dengan transformasi ekonomi Malaysia. Sekretariat berkenaan yang dikenali sebagai Sekretariat Khas untuk Pengupayaan Usahawan India (SEED), akan melaporkan terus kepada Palanivel, yang juga menteri utama bagi Unit ETP Komuniti India dan Presiden MIC. “Pinjaman akan dikeluarkan melalui unit Islam 13 bank perdagangan yang mengambil bahagian. Orang ramai boleh menghubungi sekretariat SEED bagi borang permohonan dan bantuan. Syarikat yang kukuh boleh memohon terus kepada bank yang mengambil bahagian. “Kami melihat untuk membiayai syarikat India yang sedia ada dengan prestasi kewang

Minat seni bonsai

Image
MENJADI rutin harian Abdul Hakam untuk memangkas pokok bonsainya bagi memastikan ia mengikut gubahan yang diinginkan. KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit. Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu. Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008. Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit. "Minat terhadap seni bonsai bermula setelah melihat ibu saya menggubah pokok bunga di halaman rumah. Sejak itu, saya cuba menggubah p

ICAN bincang isu makanan ternakan

Image
MARDI telah berjaya menghasilkan satu rumusan makanan ternakan dalam bentuk pelet yang sedang diuji keberkesanannya. PERKEMBANGAN industri ternakan di negara ini masih berada di tahap kurang memuaskan terutamanya bagi penternakan haiwan ruminan yang merupakan sumber utama pengeluaran produk daging dan tenusu. Kadar sara hidup (SSL) bagi produk-produk daging (lembu dan kambing) serta tenusu adalah masih rendah . Bagi memenuhi permintaan pasaran domestik yang sentiasa meningkat saban tahun mendorong kepada peningkatan import produk sama ada ternakan hidup, produk daging dan tenusu serta makanan ternakan dari luar negara. Beberapa langkah perlu diwujudkan di dalam kerangka pembangunan industri ternakan bagi menangani masalah ini agar hasil ternakan tempatan dapat ditingkatkan seterusnya dapat menjamin keselamatan makanan dalam negara. Antara usaha yang dilakukan termasuklah penganjuran Persidangan Makanan Ternakan Antarabangsa (IC

Potensi baka Shami

Image
Perahan susu kambing dilakukan awal pagi sebagai sebahagian kerja rutin setiap hari. INDUSTRI kambing tempatan antara subsektor ternakan yang lambat berkembang berdasarkan kepada tahap sara diri (SSL) yang rendah ketika ini. Dalam usaha menyahut visi kerajaan meningkatkan jumlah bilangan kambing kepada 1.5 juta ekor menjelang 2015, ramai penternak masih tercari-cari baka yang sesuai untuk dibiakkan sekali gus membantu mencapai visi tersebut. Setakat ini, antara pendekatan yang digunakan ialah pembiakan semula jadi (natural) di samping permanian beradas menggunakan air mani beku atau semen yang diambil dari kambing jantan dan dibekukan dari baka yang sesuai antaranya Boer, Jamnapari import untuk dikacukkan dengan baka tempatan. Namun, masih ramai penternak tercari-cari apakah baka induk yang sesuai dan bernilai tinggi sekali gus memberi keuntungan dalam perniagaan ladang ternakan kambing mereka. Seorang peladang yang berkecimpung dalam tern

Rezeki jus mengkudu

Image
Wan Salamah Zakaria (kanan) menunjukkan produk kesihatan yang diperbuat daripada mengkudu. KOTA BHARU 17 April - Kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang mungkir janji untuk membeli daun dan buah mengkudu yang diusahakannya, Wan Salamah Zakaria, 59, dari Kampung Lancang, Ketereh dekat sini, nekad memproses sendiri bahan tersebut untuk dijadikan minuman kesihatan. Berkat kesabaran dan kesungguhannya, Wan Salamah, ibu tunggal kepada sembilan orang anak, akhirnya mampu mengeluarkan jus mengkudu menggunakan jenama De Salama sejak lima tahun lalu. Pemilik syarikat SM Positif Enterprise yang berpangkalan di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu memberitahu, pada awalnya syarikat hanya mampu menghasilkan 200 botol jus mengkudu untuk kegunaan pesakit kencing manis dan darah tinggi sekitar kawasan kampungnya. Bagaimanapun berdasarkan sambutan menggalakkan penduduk, pihaknya telah meningkatkan pengeluaran dan sehingga kini mampu menghasilkan kira-kira 5,000

USIM, BiotechCorp lancar makmal analisis halal

Image
        KUALA LUMPUR 19 April - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) hari ini melancarkan makmal analisis halal melalui bioteknologi dalam usaha memperkasakan industri halal negara. Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda ( gambar ) berkata, penubuhan makmal di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) itu dilakukan agar universiti sentiasa bergerak pantas selari dengan perkembangan industri tersebut yang kini memasuki fasa kedua dalam pembangunan dan penguatkuasaan. "Makmal itu dikenali sebagai Unit Perkhidmatan dan Latihan Halal, menawarkan perkhidmatan analisis produk halal dan memberi kesedaran mengenai konsepnya melalui latihan serta praktikal terhadap produk makanan, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai lagi yang merupakan produk gunaan muslim serta pihak industri. "Diharapkan dengan kewujudan unit ini, ia akan meningkatkan nilai produk, inov

Tarikan pasar tani Cameron Highlands

Image
MELANCONG ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap tanpa berkunjung ke pasar taninya yang kini semakin popular apabila ia menerima pelawat lebih tiga juta pelancong tempatan mahu pun luar negara sejak dibuka pada tahun 2007. Pasar tani ini yang terletak di Brinchang itu beroperasi seminggu sekali pada setiap Ahad bermula pukul 7 pagi hingga 2 petang berhadapan dengan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands. Terdapat 100 gerai yang menjual produk utama keluaran pertanian Cameron Highlands dan sudah tentunya pelbagai jenis bunga, strawberi, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, madu dan produk kraftangan. Selain memenuhi barangan keperluan pelancongan, penglibatan pelbagai golongan petani dan peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa mencerminkan pasar tani 1Malaysia. Bagi memenuhi cita rasa pelancong, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pahang sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan hanya produk yang berkualiti

Teh daripada daun sawit

Image
Sebelum menghasilkan teh, UPM juga pernah mengkomersialkan daun kelapa sawit sebagai kordial dan biskut. TERFIKIRKAH anda daun kelapa sawit yang selama ini kelihatan tidak bernilai sebenarnya mampu menjadi bahan antioksida yang terbaik. Daun kelapa sawit sebenarnya baik untuk meredakan penyakit kardiovaskular (pernafasan) dan mampu membantu menurunkan kadar kolestrol dan gula dalam tubuh seseorang. Penemuan tersebut agak mengejutkan kerana selama ini daun kelapa sawit merupakan bahan buangan pertanian yang sering ditafsirkan tidak memiliki kegunaan selain dijadikan makanan ternakan. Menurut penyelidik dari Fakulti Sains Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Suhaila Mohammed, kajian bagi mencari alternatif bahan antioksida kepada hampir 150 jenis tumbuhan akhirnya membawa mereka kepada daun kelapa sawit.

isu kandungan nitrit jejas industri EBN

Image
Noh Omar melihat sarang burung yang dikumpulkan di Pusat Dagangan dan Depositori Sarang Burung Autentik Malaysia yang pertama di Puchong, Selangor baru-baru ini. JIKA dahulu industri sarang burung walet atau lebih dikenali sebagai EBN (Edible Bird Nest ) melonjak naik akibat permintaan yang tinggi daripada negara pengimport utamanya iaitu China, kini industri tersebut diancam isu kandungan nitrit (NO2) yang berlebihan. Berikutan itu, pihak kerajaan China telah mengehadkan pengambilan EBN dari Malaysia. Malah stok yang telah berada di negara tersebut juga telah dibekukan menjadikan harganya kini merudum teruk. Kerajaan China mendakwa EBN yang dibekalkan oleh Malaysia mengandungi kandungan nitrit yang berlebihan di mana boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Nilai hasilan sarang burung

Image
INDUSTRI sarang burung walet semakin mendapat tempat di negara ini. Potensi untuk diperluas dan diperkembangkan sangat besar. Di peringkat global, industri berkenaan mempunyai pasaran sehingga RM10.2 bilion. Malaysia pula ketika ini menyumbang RM1.5 bilion setahun kepada perusahaan itu. Jumlah itu melibatkan pengeluaran sarang burung walet mentah yang belum diproses dengan anggaran kos sekitar RM4,000 sekilogram (kg) dan boleh mencecah harga RM9,000 untuk setiap kg yang telah dicuci. Melihat kelebihan itu, kini terdapat banyak syarikat tempatan mula terlibat dalam aktiviti penghasilan sarang burung dan tidak kurang juga bidang pengeluaran untuk produk hilirannya. Ini kerana, berdasarkan kepada harganya di pasaran, nilai sarang burung walet boleh diibaratkan seperti emas.