Posts

Showing posts with the label artis luarnegara

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Image
http://en.wikipedia.org/wiki/Psy_%28rapper%29 PSY Birth name Park Jae-sang (박재상) Born December 31, 1977 (age 34) South Korea Origin South Korea Genres K-pop , Korean hip hop , dance-pop , house Occupations Singer-songwriter, rapper, dancer, record producer Instruments Vocals, With SKK Team Years active 1999–present Labels Birdman (1999-2000) LNLT Entertainment (2000-2006) [1] YG Entertainment (2010-present) [2] Universal Republic Records , Schoolboy Records (2012-present) Website www.psypark.com Visit NBCNews.com for breaking news , world news , and news about the economy PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V  hits world feed Related Posts :artis luarnegara,

Sudah kahwin

Image
PASANGAN ini sudah bernikah hujung minggu lalu. PELAKON Mark-Paul Gosselaar yang terkenal menerusi sitkom Saved by the Bell baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Catriona McGinn, Sabtu lalu. Menurut majalah People , pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Sunstone Winery di Santa Ynez, California dan berlepas ke Itali untuk berbulan madu. Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos 2011 dan ini adalah perkahwinan kedua bagi Gosselaar. Gosselaar telah pun mempunyai dua orang anak, Michael, 8, dan Ava, 6, hasil perkahwinan dengan Lisa Ann Russell sebelum bercerai pada Mei 2011. Related Posts :artis luarnegara,

Taylor Swift raih RM105 juta hasil jualan album

Image
Taylor Swift HITS BILLBOARD MAGAZINE LOS ANGELES 11 Mac – Penyanyi country terkenal Taylor Swift dinamakan sebagai artis yang memperolehi pendapatan tertinggi untuk tempoh 2011 oleh Billboard Magazine, semalam. Swift, 22, berjaya memperolehi AS$35 juta (RM105 juta) hasil jualan albumnya dan konsert jelajah dunia sepanjang 2011. Kumpulan U2, penyanyi veteran Kenny Chesney, bintang pop Lady Gaga dan penyanyi rep Lil Wayne turut menduduki senarai lima teratas. – REUTERS CLICK  FOR MORE PICTURE

Rania Tukar tarian seksual

Image
Tukar tarian seksual ATMOSFERA dunia hiburan Korea baru-baru ini dicemarkan dengan kontroversi tarian berunsur seksual oleh beberapa kumpulan artis wanita. Salah satu yang dikaitkan ialah kumpulan Rania. Bagaimanapun, kumpulan dianggotai enam jelitawan itu memberitahu bahawa mereka bersedia menukar konsep tarian kepada versi yang lebih bersesuaian. “Rania telah membuat persediaan dalam tempoh empat tahun sebelum ini untuk muncul, termasuklah latihan tarian untuk album baru mereka yang berjudul Dr. Feel Good. “Namun, selepas diarahkan oleh pihak stesen televisyen muncul dengan imej lebih sopan, ia bukan satu masalah. “Meskipun di pihak Rania, mereka kecewa kerana tidak dapat mempersembahkan tarian yang dirasakan ideal buat lagu tersebut, mereka perlu akur. “Rania akan buat perubahan supaya isu ini tidak berpanjangan,” kata jurucakap kumpulan tersebut. Bukan sahaja tarian, Rania juga akan tampil dengan imej pakaian yang lebih sesuai dengan kehendak masyarakat.

Inul Daratista rancang tambah anak

Image
Inul rancang tambah anak     Inul Daratista   Ratu dangdut popular Indonesia, Inul Daratista mendedahkan dia merancang untuk mengandung lagi dalam tempoh empat tahun akan datang apabila usia anaknya, Yusuf Ivander Damares mencecah lima tahun. Menurut Inul, ini kerana dia tidak mahu menjejaskan kelangsingan tubuh badannya selepas bersusah payah untuk kembali kurus. “Badan saya baru sahaja kurus, tunggu dululah pasal anak. Perancangannya memang ada tetapi bukan sekarang. “Sekarang saya lebih fokus pada komitmen menguruskan suami dan anak kesayangan saya yang seorang itu,” katanya. Dalam pada itu, Inul turut merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi anaknya yang bakal genap dua tahun Mei ini dengan meriah dan besar-besaran. Inul dan suaminya Adam Suseno bercadang mengadakan majlis tersebut di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur selama empat hari empat malam. “Sambutan itu adalah sebagai tanda kami begitu bersyukur kerana dikurniakan anak selepas 13 tahun menung

Jung So Min puas dicium

Image
Jung So Min puas dicium SI bunga cantik dengan nama Jung So Min ini dikenali sejak melakonkan karakter Hong Mo-nae dalam siri drama Bad Guy. Malah, aktres yang lahir pada 16 Mac 1989 ini pernah disamakan dengan aktres Korea, Yoon Eun Hye. Terbaru, Jung atau nama sebenarnya Kim Yoon Ji mencipta kegemilangan apabila muncul dalam drama Playful Kiss bersama aktor Korea terkenal, Kim Hyun Joong. Melalui drama yang kini disiarkan di saluran 8TV setiap Sabtu pada pukul 6.30 petang, Jung membawakan watak seorang pelajar sekolah menengah, Oh Ha Ni. Dia jatuh cinta dengan rakan sekolahnya iaitu Baek Seung-Jo (Kim Hyun Joong) yang sangat terkenal di sekolah. “Saya mahu menjadi seorang aktres yang baik. Hyun Joong banyak membantu saya dalam proses lakonan. “Mungkin dia tidak mahu saya rasa tertekan. Mulanya rating drama ini kurang memberangsangkan namun selepas edisi istimewa dimuat naik ke dalam laman YouTube, kami mendapat respons yang baik. “Bagi saya watak Ha Ni sangat i