Posts

Showing posts from June, 2012

world is getting smaller

Image
life begins 26june .diam lebih baik,

Ekstrak lintah untuk lelaki

Image
Ekstrak lintah digunakan untuk menghasilkan produk kesihatan. Lintah! Jika dilihat dari bentuk fizikalnya, mungkin ramai antara kita yang tidak gemar dan jijik untuk menyentuh lintah kerana keadaan badannya yang berlendir, lembik dan licin. Tidak kurang pula ada yang akan rasa geli-geleman terutamanya golongan wanita hingga berdiri bulu roma apabila bercakap mengenai haiwan kecil tersebut. Secara amnya, apabila bercakap mengenai lintah pengetahuan masyarakat hanya terhad kepada sifat semulajadinya yang menghisap darah mangsa lalu mengeluarkan bahan anti pembekuan darah yang dinamakan hirudin. Namun jika dikaji dengan lebih teliti, lintah atau nama saintifiknya  Hirudo medicinalis juga mengandungi kolagen yang boleh digunakan dalam industri kosmetik dan juga perubatan dalaman tubuh badan. Menyedari keistimewaan yang terdapat pada haiwan yang sedia maklum hidup di kawasan berpaya terutama sawah padi,  Zamri Ibrahim , 40, memberanikan diri untuk mengkomersialkan keistimewaan lintah dalam

Saya ada peminat sendiri - Mizz Nina

Image
MENDENGAR sahaja bait-bait lagunya yang sering disiarkan di corong-corong radio tempatan, mungkin kita sendiri menyangka penyanyi yang menyanyikan lagu Inggeris ini bukan penyanyi tanah air. Sebutan serta cara penyampaiannya begitu bersahaja dan boleh dikatakan kita bagaikan mendengar lagu itu dinyanyikan oleh artis-artis terkenal luar negara seperti Lady Gaga, Madonna dan Salena Gomez. Namun jangan terkejut kerana penyanyi yang dimaksudkan itu adalah dari Malaysia yang dikenali sebagai Mizz Nina. Figura yang bernama Mizz Nina ini sememangnya tidak putus-putus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang mampu dibanggakan oleh dirinya serta para peminat muzik di Malaysia. Namun, selepas mengecapi kejayaan demi kejayaan, ada juga suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa genre lagu yang diketengahkan oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ini tidak boleh diterima oleh pendengar serta penggemar muzik tempatan berbanding peminatnya di luar negar

Saiful Apek bebas daripada tuduhan dadah

Image
PETALING JAYA 25 Jun - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 43; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta

Elfira Loy mula berlagak?

Image
posted in utusan malaysia http://www.facebook.com/filzay  gambar artis Nurul Elfira Loy

Koperasi Telekom bayar dividen 7.25%

Image
LANGKAWI 24 JUN - Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas) mengumumkan dividen 2011 sebanyak 7.25 peratus. Pembayaran dividen itu melibatkan pengagihan berjumlah RM6.6 juta kepada 18,500 anggotanya. Pengerusi Kota Mas, Ismail Nordin berkata, dividen itu meningkat sebanyak RM600,000, berbanding pembayaran tahun lepas sebanyak RM 6 juta. - BERNAMA Related Posts :Info Business

Tubuh bank Islam mega wajar

Image
IPOH 24 Jun - Penubuhan bank Islam mega di negara ini adalah wajar kerana ia bukan sahaja mampu memperkembang ekonomi domestik, malah menjadi penanda aras kepada kedudukan negara dalam sektor kewangan Islam global. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penubuhan bank itu juga selari dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menjadikan perkhidmatan kewangan sebagai pemacu utama perkembangan ekonomi. "Sebenarnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu lesen bank Islam mega. Salah satu mengapa ia diperlukan ialah perkhidmatan kewangan merupakan sektor yang bersaing dengan negara luar. "Kita memikirkan perbankan Islam dan hab kewangan Islam global, justeru kita mesti berada di hadapan para pesaing," katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan ke-100 Pasar Raya Besar Mydin di Gugusan Manjoi di sini hari ini. Related Posts :Info Business

Tak boleh turun cukai sesuka hati

Image
IPOH 24 Jun - Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan sebarang kadar cukai kerana ia tertakluk kepada pengurusan fiskal bagi mengekalkan lebihan operasi selain pengurangan defisit dan hutang negara. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, selain memerlukan pengurusan kewangan yang cermat, kerajaan juga perlu mengimbangi peruntukan bagi tujuan pembangunan negara. "Saya tidak boleh kata ia (penurunan cukai) tidak akan dilakukan dalam belanjawan akan datang kerana ia berdasarkan pengiraan matematik. Pada tahun ini, kita lihat berapa banyak hasil yang mampu dijana bagi membolehkan kita mencapai sasaran lebih tinggi. "Jadi, semuanya bergantung kepada berapa banyak pendapatan dan perbelanjaan negara, ia bukanlah sesuatu yang kita boleh beri dengan mudah," katanya. Related Posts :Info semasa

Penari ghairah dibayar RM300

Image
BEBERAPA gadis penari ghairah (kiri) disoal siasat sebelum ditahan oleh Jawi di Kuala Lumpur, malam kelmarin. KUALA LUMPUR 24 Jun - "Kami dibayar RM300 setiap seorang untuk menari ghairah selama 10 minit. Itulah pengakuan salah seorang daripada empat gadis Melayu yang ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Jalan Doraisamy, di sini malam tadi. Menurut ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Baby, 22, mereka diupah menari secara eksklusif oleh sekumpulan pelanggan di kelab berkenaan. Dakwa Baby, mereka sudah biasa mengadakan persembahan begitu, tetapi terkejut kerana harus berpakaian seksi. "Saya memang bekerja sebagai penari di sebuah studio tarian di Damansara dan membuat persembahan dalam majlis-majlis peribadi. Related Posts :Info Jenayah

Kelantan diberi 21 hari siasat dakwaan penyelewengan KGT

Image
BACHOK 24 Jun - Kerajaan Pas Kelantan diberi tempoh selama 21 hari untuk menyiasat secara terperinci dakwaan wujud penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SS) untuk membuat siasatan berhubung dakwaan tersebut yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini, sekiranya kerajaan negeri gagal menjalankan siasatan. Beliau berkata, hasil siasatan terhadap syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu hendaklah didedahkan secara telus kepada rakyat. "Seandainya rakyat masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan hasil laporan siasatan itu, Kementerian Kewangan tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya. Related Posts :Info isusemasa

Kelantan diberi 21 hari siasat dakwaan penyelewengan KGT

Image
http://www.dinarkel.com/islamicdd.html BACHOK 24 Jun - Kerajaan Pas Kelantan diberi tempoh selama 21 hari untuk menyiasat secara terperinci dakwaan wujud penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SS) untuk membuat siasatan berhubung dakwaan tersebut yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini, sekiranya kerajaan negeri gagal menjalankan siasatan. Beliau berkata, hasil siasatan terhadap syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu hendaklah didedahkan secara telus kepada rakyat. "Seandainya rakyat masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan hasil laporan siasatan itu, Kementerian Kewangan tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katany

Ummi tak takut ugutan, ancaman

Image
ROMPIN 24 Jun - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin. Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara. "Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara. "Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan. "Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya. Beliau berkata demikian

Kaji beri permit teksi individu

Image
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan merangka model baru untuk industri teksi negara dengan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan teksi yang lebih efisien, selesa dan harga berpatutan kepada orang ramai. Beliau berkata, pada masa sama ia akan memberi kepuasan kepada pemandu teksi demi memastikan kebajikan mereka terpelihara. Jelas beliau, dalam usaha ke arah itu, sistem pajakan permit teksi kepada syarikat perkhidmatan pengangkutan awam itu akan ditamatkan, sebaliknya, bakal diberikan kepada individu. ''Saya tidak suka apabila dengar syarikat-syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi kepada syarikat kita akan tamatkan. ''Dalam model baru ini kita akan beri kepada individu dalam bentuk sistem baru. Mengikut sistem ini, kepentingan pemandu teksi individu itu akan dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya, sebab sistem pajak (permit) teksi ini satu bentuk penghambaan moden. ''B

Najib mahu belia Cina sokong calon MCA

Image
KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat Cina terutamanya golongan belia agar memberi sokongan padu kepada calon-calon MCA yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Perdana Menteri berkata, ini kerana calon-calon MCA tersebut akan menjadi wakil penting bagi kaum Cina dalam menyampaikan suara dan apa yang diperlukan mereka kepada kerajaan. "Harap kita mendapat kerajaan yang kuat pada pilihan raya umum nanti yang mewakili semua kaum. Jadi kepada belia, jika anda mahu suara dan pandangan didengari oleh kerajaan, maka sokonglah calon MCA," katanya pada sesi Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri, di sini hari ini. Beliau menjawab soalan daripada seorang belia Cina yang mahu mengetahui sama ada Barisan Nasional (BN) masih akan melantik menteri dan timbalan menteri daripada kalangan ahli politik MCA sekiranya calon parti itu kalah teruk pada pilihan raya umum nanti. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Le

Yayasan Kartunis 1Malaysia diwujudkan

Image
Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Kartunis Sepanjang Hayat kepada kartunis, Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat pada majlis ramah mesra bersama kartunis di Pasar Budaya, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Sohaimi Shahadan (kiri) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (dua, kanan). KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Yayasan Kartunis 1Malaysia bagi memajukan industri kartun dan animasi tempatan selain kebajikan para penggiat bidang berkenaan

Wanita misteri tampil beri penjelasan

Image
KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). "Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah ti

Tidak kesah kata orang

Image
Izara Aishah LEBIH selesa untuk tidak membicarakan soal peribadi. NAMA gadis genit ini antara yang sedang meraih perhatian meluas.Berbekalkan wajah yang manis dipandang, Izara Aishah telah berupaya meletakkan dirinya dalam kelompok pelakon pelapis yang mampu pergi jauh. Terima kasih kepada impak drama Vanila Coklat dan Soffiya yang telah melonjakkan namanya sehingga mampu ke puncak populariti.