Posts

Showing posts from April, 2012

boring month and day

Image
erm..dont now dah apa yang aku cari .jalan jauh2 pun sorang juga.jalan dekat2 pun sorang juga akhir nya ..maybe lonely tu smua org kena rasa kot . maybe sampai masa aku ignore haty aku dan wat kerja jer.lenyap kan apa sahaja dalam fikiran dan haty.

Program Sijil Kemahiran Malaysia

Image
Laman Utama Direktori Peta Lokasi Pejabat Jabatan Pertanian Program Sijil Kemahiran Malaysia Program Sijil Kemahiran Malaysia Objektif : Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian. Jangkamasa Program :      Tahap  1 – 6 Bulan      Tahap  2 – 6 bulan      Tahap  3 – 12 bulan      Tahap  4 -  15 bulan Kemudahan :      Latihan pertanian secara percuma;      Tempat tinggal disediakan;      Makanan disediakan Lokasi :      Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang      Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah Kumpulan Sasar :      Pe

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Image
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) Latar Belakang Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program. Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara, sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator usahawan belia tani ini. Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan, sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di ba

Kursus Sijil Pertanian (IPSM)

Image
Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) Latar Belakang Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian. Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing. Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sij

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan (PBU)

Image
KURSUS KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN JABATAN PERTANIAN PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan.   PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang

teknik POLLARDING DAN CANTUMAN DEWASA

Image
PEMULIHAN TANAMAN BUAH-BUAHAN SECARA POLLARDING DAN CANTUMAN DEWASA Dipetik dari majalah Teknotani 2000 Pokok buah-buahan yang telah tua, iaitu berumur lebih dari 20 tahun, di mana hasilnya walaupun banyak tetapi saiz buahnya kecil ataupun mempunyai kualiti buah yang tidak baik, boleh dilakukan pemulihan dengan membuat pollarding dan cantuman dewasa.  Tujuan membuat pollarding dan cantuman dewasa adalah untuk:- Memperolehi generai pertumbuhan pokok yang baru   Boleh memulihkannya dari baka yang tidak baik kepada klon-klon yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dengan membuat cantuman dewasa   Memperolehi kualiti buah yang baik   Pertumbuhan pokok yang dibuat cantuman dewasa akan tumbuh lebih sihat disebabkan sistem pengakaran pokok yang ekstensif   Pokok akan mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding jikalau kita membuat penanaman semula anak pokok buah-buahan.  Bagi tanaman mangga, rambutan, pulasan dan limau bali, ianya mula mengeluark

kaedah tanaman melalui cantuman pokok

Image
  1.  Cantuman dan pemangkasan pokok limau  2.  Kaedah tut, cantuman baji, dan   3.  Pemangkasan / cantasan pokok   1.  PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU Proses penyediaan bahan tanaman cara cantuman adalah seperti berikut:- Pemilihan Baka Pokok Penanti Pokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime.  Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.   Pemilihan Matatunas Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening.  Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih.  Mata tunas seelok-elok