Posts

Showing posts with the label Info sains

UMS ungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas

Image
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan. Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program ‘Ranau – Run for Life’ dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau. Penyelidikan tersebut berjaya melahirkan beberapa atlet yang memperoleh pingat di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma). Dr Mohamad Razali juga pakar rujuk sains sukan bagi kontinjen Sukma Terengganu yang telah menjuarai Sukma empat kali berturut-turut. UMS turut dianugerah RM90,000 daripada Kementerian Pe

Fenomena ribut matahari

Image
WASHINGTON 25 Jan. - Radiasi solar daripada ribut matahari paling kencang dalam tempoh hampir sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi semalam, memaksa sebuah syarikat penerbangan mengubah laluan pesawatnya. Fenomena alam itu juga mendorong pemerhati cakerawala menjejaki pertunjukan cahaya yang menakjubkan di langit. Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Delta Air Lines berkata, pihaknya telah mengubah laluan penerbangan merentas kutub di antara Asia dan AS bagi mengelakkan masalah berpunca daripada radiasi solar itu. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan, radiasi yang disebut sebagai coronal mass ejection (CME) itu mula bertembung dengan medan magnet Bumi pada sekitar 10 pagi semalam (11 malam tadi waktu Malaysia). Menurut NASA, ribut itu kini dianggap sebagai yang terbesar sejak Oktober 2003. Ribut radiasi solar tidak memudaratkan manusia di Bumi tetapi boleh menjejaskan operasi satelit dan radio gelombang pendek. Radiasi solar it

Otak Einstein jadi rebutan saintis

Image
Thomas Harvey berbangga dapat menyimpan otak Einstein. SUSAHNYA menjadi orang genius! Sudah meninggal dunia pun otaknya masih menjadi buruan untuk dikaji. Setelah lebih separuh abad meninggal dunia, otak saintis genius fizik yang terkenal dengan Teori Relativiti Umum, Teori Relativiti Khas dan Kesan Fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu. Anna Dhody, kurator muzium tersebut menyatakan dalam satu temubual Yahoo!News bahawa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein. Keratan berkenaan telah didermakan oleh pakar neuropatologi kanan Hospital Kanak-Kanak Philadelphia AS, Dr. Lucy Rorke-Adams. Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan di bawah bawah mikroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut. Anna Dorby berharap melalui pameran itu ia dapat mendoron