Posts

Showing posts with the label Info BioTech

KAJIAN Tempoyak punya probiotik

Image
Noorhisham menunjukkan Tempoyak yang menjadi subjek kajiannya di UKM Bangi. SEBUT saja tempoyak tentu saja terbayang bahan berwarna kekuningan berbau masam hasil penapaian durian. Durian yang rasanya manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghidap penyakit kronik. Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan penyelidikan mengenai makanan tradisi ini. Melihat kepada makanan tradisional di negara luar seperti kimchi di Korea dan nato di Jepun mendapat perhatian penyelidik di sana. Malah kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Anak kelahiran Ipoh, Perak yang terkenal dengan durian dan tempoyak ini amat teruja menjalankan kajian mengenai makanan tradisi kampungnya. Tambahan beliau sering terbayang keen

FRIM hasilkan biodiesel

Image
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. abd. LAtif Mohmod (tiga dari kanan) melihat penggunaan minyak biodiesel yang dihasilkan daripada pokok jarak pagar. INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Setiu berjaya menanam 6,000 pokok jarak pagar (Jatropa curcas) dan kini dalam persiapan untuk menanamnya secara besar-besaran. Projek perintis penanaman pokok jarak pagar, yang turut dikenali sebagai pokok Barbados Nut, Purging Nut dan Black Vonit Nut, telah dimulakan pada 2009. Dengan perkembangan itu, Frim bercadang untuk mendapatkan sekeping tanah yang luas daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membolehkan projek berskala besar itu dijalankan. Pegawai Penyelidik FRIM stesen Setiu, Rosdi Koter berkata, Terengganu mempunyai kira-kira 71,000 hektar tanah bermasalah di sepanjang pantai yang terbiar tanpa sebarang aktiviti pertanian komersial. "Tanah itu dikategorikan sebagai mempunyai tahap kepanasan melampau dengan 99 peratus kandungannya adalah silika dan satu

Penstoran sisa radioaktif

Image
Penstoran sisa radioaktif Kemudahan penstoran sisa radioaktif Nuklear Malaysia di Bangi. PENSTORAN merupakan langkah penting dalam pengurusan sisa radioaktif. Sesuatu kemudahan penstoran harus berupaya menyimpan sisa tidak kira dalam apa bentuk, kandungan unsur radioaktif atau status pemprosesan secara selamat. Sisa harus boleh diterima, dikendali, disimpan dan dikeluarkan tanpa menyebabkan risiko-risiko yang tidak dikehendaki kepada pengendali mahupun orang awam. Oleh itu, sesebuah kemudahan penstoran yang selamat bergantung kepada reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mengikut amalan kejuruteraan yang betul. Sehubungan itu, tanggungjawab untuk mengendalikan penstoran dan pelupusan sisa radioaktif di negara ini diserahkan kepada Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC), di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Pengguna juga digalakkan sejauh yang boleh membuat persiapan dengan pembekal luar negara untuk memulangkan sisa punca-punca radioa

Mengurus sisa radioaktif

Image
Sisa nuklear diperiksa secara manual dan visual oleh petugas. UMUMNYA, sisa radioaktif merupakan bahan yang mengandungi atau tercemar dengan unsur radioktif (radionuklid). Bahan radioaktif boleh wujud secara semulajadi dan boleh juga dihasilkan akibat daripada buatan manusia. Penggunaan dan pengeluaran bahan radioaktif ini akan menghasilkan sisa radioaktif. Sisa radioaktif ini perlu diuruskan dengan selamat dan berkesan melalui kaedah-kaedah tertentu. Ini dilakukan bagi melindungi kesihatan orang awam dan alam sekitar pada masa sekarang dan masa depan di samping tidak membebankan generasi akan datang. Tanpa pengurusan sisa radioaktif yang sempurna dan sistematik, kita akan berdepan dengan pelbagai masalah. Sisa radioaktif boleh dihasilkan daripada pelbagai aktiviti. Umumnya, ia boleh dihasilkan daripada kegiatan kuasa nuklear, kegiatan bukan kuasa nuklear, kegiatan perlombongan dan pemprosesan mineral yang mempunyai unsur radioaktif tabii. Sisa radioaktif yang

Scalogel

Image
Dr. Mohd Effendy Ab Wahid (kanan) dan Thirukanthan Chandra Segaran bersama anugerah masing -masing selepas memenangi pingat emas pada pameran BioInnovation di ibu negara baru-baru ini. ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan. Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya. Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan. Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka. B

Healen

Image
BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan. Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba,  Healen  merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Kajian yang dilakukan dalam penghasilan  Healen  mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai  biophenolic oitment  mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia. Menurut penyelidik Institut Biosains (IBS),

Tebu telur untuk air

Image
Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik. ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda. Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi  Hamizar Ramli , 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982. Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008. Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya. ''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

Itik penelur

Image
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas. Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur. ''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Image
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini. Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan. Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya. Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Scalogel udang, ketam ,belangkas ,kerapu atau arowana

Image
Dr. Mohd Effendy Ab Wahid (kanan) dan Thirukanthan Chandra Segaran bersama anugerah masing -masing selepas memenangi pingat emas pada pameran BioInnovation di ibu negara baru-baru ini. ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan. Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya. Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan. Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka. Bagaimanapun, hasil kajian dua penyel

Ceburi bidang Pertanian Penanaman Padi

Image
Dr. Othman Omar (kiri) dan Penolong Pegawai Penyelidik Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi Stesen MARDI Kubang Keranji, Fauzi Mamat berbincang sesuatu mengenai varieti padi MRQ 74 dengan Zulkifli Awang di Machang baru-baru ini. SELALUNYA pada umur yang muda, usia banyak dihabiskan dengan menimba ilmu. Sementara masa senggang diisi dengan minum teh dan lepak bersama rakan-rakan atau berhibur. Tetapi tidak bagi Zulkifli Awang , 33, yang sejak awal 20-an sudah membanting tulang di bendang di kampungnya di Machang Kelantan. Dia ketika itu mula berjinak-jinak dengan penanaman padi, memandangkan persekitaran kampungnya merupakan kawasan bendang. Zulkifli yang berkongsi mengenai kepayahan yang terpaksa dilaluinya kerana tidak berpelajaran tinggi memberitahu, dia tidak menyesal terlibat dalam pertanian meskipun terpaksa membanting tulang empat kerat pada usia muda. ''Saya pada mulanya hanya menyambung usaha menanam padi seluas empat hektar milik arwah ayah saya

Pemeliharaan Tuntung

Image
DUA ekor tuntung dewasa dilepaskan pada Program Bersama Media NRE di Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. DAHULU, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu. Malah, melihat pada bahagian luaran sahaja, perbezaan kedua-duanya memang dapat dilihat dengan jelas. Populasi tuntung di Malaysia sebenarnya banyak terdapat di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Menurut legenda Melayu di Kedah, Sultan telah menerima hadiah beberapa ekor tuntung selepas mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera pada pertengahan kurun ke-17. Sejak itu, telur tuntung telah dijadikan sebahagian daripada sajian santapan diraja di istana. Pada penghujung abad ke-19 pula, penduduk-penduduk kampung sekitar Kedah telah menganjurkan Pesta Telur Tuntung yang mana mereka akan membaling telur berkenaan ke arah satu sama lain. Har

TKC Herbal Nursery himpun 800 herba

Image
LADANG herba yang dibangunkan hasil bantuan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan memfokuskan tanaman Belalai Gajah. MINATNYA dalam bidang penyelidikan herba telah mendorong Tiang Koon Cheng, 70, terlibat secara aktif dalam perusahaan tanaman itu secara berskala besar. Bermula sebagai kakitangan kilang memproses produk herba di Singapura pada tahun 1969, dia cuba mempelajari seberapa banyak ilmu berkaitan tumbuhan berkhasiat tersebut. Dia kemudiannya mengambil inisiatif menjalankan kajian sendiri berkaitan pelbagai jenis herba di beberapa kawasan hutan sekitar Malaysia. Hasil penyelidikannya, Koon Cheng telah menghasilkan buku rujukan secara manual yang mengandungi maklumat lengkap tentang herba pada tahun 1984. Bukan setakat itu, dia menubuhkan pula ladang herba miliknya sendiri yang diberi nama TKC Herbal Nursery Sdn. Bhd. pada tahun 2005 di daerah Pusat Pertanian Pantai Baru, Jelebu, Negeri Sembilan. Antara pokok herba yang ditanam adalah seperti belalai gajah, misai k

Perniagaan Daging Kambing atau Biri biri

Image
Pengguna perlu bijak membezakan antara daging kambing dan biri-biri supaya mereka tidak terikat dengan stigma bahawa semua kambing mengandungi lemak yang tinggi. - Gambar hiasan. Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan 'kambing biri-biri' itu adalah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Namun rupa dua jenis ternakan itu hampir sama. Yang membezakannya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk daging serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu. Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon . Daging biri-biri diberi nama mutton . Istilah lamb ialah untuk biri-biri yang disembelih pada umur muda. Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau. Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Yang biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-bir

Masalah menternak kambing

Image
Pekerja memproses rumput napier untuk dijadikan makanan kambing Boer di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah. Dalam mana-aman industri ternakan, sistem pemakanan antara faktor yang menentukan kejayaan projek. Menurut pakar pemakanan haiwan, Profesor Madya Dr. Azhar Kasim, penternakan kambing sukar untuk berjaya sekiranya sistem pemakanan tidak diteliti dan dijaga dengan rapi. Oleh itu, Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah turut menjalankan kajian bagi mewujudkan satu sistem pemakanan lengkap bagi memenuhi keperluan harian ternakan. Ujarnya, program atau sistem tersebut merangkumi pemberian fodder (rumput potong angkut) dan pemberian makanan tambahan seperti pelet kambing dan palm kernel expeller (PKE) secara teratur. "Pembangunan dan penyelenggaraan ladang pastura (rumput napier) yang mampan dan teratur juga perlu bagi memastikan ternakan mencapai tahap kesihatan yang optimum dan mencapai tahap body score yang diperlukan," katany

Cara terbaik untuk membiak baka Boer

Image
Kambing dilepas bebas meragut bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada ternakan sekali gus mampu mengurangkan kos pemakanan. Biarpun pada asasnya ternakan kambing dilihat mudah, pengusaha berdepan dengan cabaran jika mereka tidak arif. Akibatnya peratus menghadapi kegagalan adalah tinggi. Fenomena itu berlaku di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah sebelum ini apabila projek ternakan kambing tidak menjadi. Ternakan kambing baka Boer yang diusahakan oleh KPD sebelum itu mengalami kadar kematian yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus dan kadar pembiakan juga agak kurang. Menyedari keadaan ternakan yang semakin teruk, KPD mengorak langkah bekerjasama dengan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memulihkan projek tersebut. Menurut Ketua Projek Technofund Kambing UPM-KPD, Profesor Dr. M. Zamri Saad, justeru, pada 2009, UPM bersama KPD menjal

Usahawan asas tani naik 3 kali ganda

Image
Mohd. Johari Baharum bersalaman dengan seorang peserta selepas merasmikan seminar Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. TELOK KEMANG 10 Julai - Bilangan usahawan industri asas tani yang dibimbing Jabatan Pertanian meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun daripada 2,336 orang pada 2006 kepada 6,460 tahun lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasil jualan pula meningkat hampir 196 peratus daripada RM173.76 juta setahun pada 2006 kepada RM513.93 juta tahun lalu. "Projek-projek industri asas tani bimbingan Jabatan Pertanian telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua usahawan berkenaan serta para pembimbing mereka yang telah berjaya meningkatkan hasil jualan," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, dekat sini hari ini.

ICAN bincang isu makanan ternakan

Image
MARDI telah berjaya menghasilkan satu rumusan makanan ternakan dalam bentuk pelet yang sedang diuji keberkesanannya. PERKEMBANGAN industri ternakan di negara ini masih berada di tahap kurang memuaskan terutamanya bagi penternakan haiwan ruminan yang merupakan sumber utama pengeluaran produk daging dan tenusu. Kadar sara hidup (SSL) bagi produk-produk daging (lembu dan kambing) serta tenusu adalah masih rendah . Bagi memenuhi permintaan pasaran domestik yang sentiasa meningkat saban tahun mendorong kepada peningkatan import produk sama ada ternakan hidup, produk daging dan tenusu serta makanan ternakan dari luar negara. Beberapa langkah perlu diwujudkan di dalam kerangka pembangunan industri ternakan bagi menangani masalah ini agar hasil ternakan tempatan dapat ditingkatkan seterusnya dapat menjamin keselamatan makanan dalam negara. Antara usaha yang dilakukan termasuklah penganjuran Persidangan Makanan Ternakan Antarabangsa (IC

USIM, BiotechCorp lancar makmal analisis halal

Image
        KUALA LUMPUR 19 April - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) hari ini melancarkan makmal analisis halal melalui bioteknologi dalam usaha memperkasakan industri halal negara. Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda ( gambar ) berkata, penubuhan makmal di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) itu dilakukan agar universiti sentiasa bergerak pantas selari dengan perkembangan industri tersebut yang kini memasuki fasa kedua dalam pembangunan dan penguatkuasaan. "Makmal itu dikenali sebagai Unit Perkhidmatan dan Latihan Halal, menawarkan perkhidmatan analisis produk halal dan memberi kesedaran mengenai konsepnya melalui latihan serta praktikal terhadap produk makanan, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai lagi yang merupakan produk gunaan muslim serta pihak industri. "Diharapkan dengan kewujudan unit ini, ia akan meningkatkan nilai produk, inov

Majoriti setuju penyenaraian FGVH

Image
KUALA LUMPUR 29 Feb. - Cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) mendapat persetujuan daripada majoriti peneroka selepas mereka diberi kepastian bahawa pemilikan penuh tanah serta faedah-faedah lain tidak diusik. Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sesi penerangan berhubung perkara tersebut akan dilakukan kepada semua peneroka termasuk anak-anak mereka dan pekerja Felda. "Tanah-tanah yang dimiliki peneroka tidak akan diusik bagi tujuan penyenaraian sebaliknya hanya tanah yang dimiliki oleh Felda Holdings Bhd. pada ketika ini sahaja yang terlibat. "Selain itu, pegangan peneroka di dalam Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terus kekal tanpa diusik sesiapa dan terdapat satu syarikat yang ditubuh khas (SPV) akan menyalurkan semua hasil daripada cadangan penyenaraian itu terus kepada peneroka Felda. Ia tidak akan melalui KPF sebalik terus daripada syarikat kepada peneroka," katanya dalam sat