Posts

Showing posts with the label trajedi

Tele-info tragedi-seorang murid tahun enam maut di Tasek Gelugor

Murid tahun enam maut dirempuh kereta 22 Julai 2015 1:11 AM TASEK GELUGOR 21 Julai – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Tiga dekat Sungai Dua petang ini. Dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhamad Sya­mim Daud, 12, dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas ke Sungai Lokan. Jurucakap polis berkata, mang­sa dipercayai telah keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu kereta berusia 46 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe

Gempa bumi melanda sabah

Image
Gambar shared from user from kundasang sabah. Gambar rekahan jalanraya did kundasang Dan ranau,sabah.

Kerajaan Filipina temui bukti

Image
DR. Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota-anggota tentera pada majlis perjumpaan dengan warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting, Taiping, Perak, semalam. - BERNAMA TAIPING 15 Mac - Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut. "Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala j

Penjenayah Tegar Mati Ditembak

Image
ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Proton Waja selepas menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian di Taman Tema Air Taman Desa semalam. Pix: Kosmo!   KUALA LUMPUR:  Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam. Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek. Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan. Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti susp