Posts

Showing posts from March, 2011

Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM

Image
Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM 15/03/2011 5:05pm PUTRAJAYA 15 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini. Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut. "SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak. "Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti bias

Adenovirus - Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL

Image
Adenovirus: Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL 15/03/2011 5:04pm KUALA LUMPUR 15 Mac — Seorang pelatih inspektor dan seorang pelatih konstabel lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dijangkiti virus ”Adenovirus” telah dibenarkan keluar hospital. Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata jumlah pelatih yang masih dirawat di HKL kekal seperti semalam iaitu 38 orang apabila dua lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke hospital itu. Katanya daripada jumlah itu, dua masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu seorang pelatih inspektor lelaki dan seorang pelatih konstabel lelaki. "Selebihnya ialah pelatih inspektor wanita 15 orang, pelatih inspektor lelaki 18, pelatih konstabel lelaki empat dan seorang lagi kakitangan Pulapol,” katanya kepada Bernama melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini hari ini. Beliau berkata jumlah pengasingan pula adalah seramai 648 orang iaitu 229 pelatih inspektor wanita, 2

Ean minta supaya Teoh dilepaskan pada malam disoal siasat

Image
Ean minta supaya Teoh dilepaskan pada malam disoal siasat KUALA LUMPUR 15 Mac — Pemangku Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teo Beng Hock bahawa Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah meminta beliau melepaskan Teoh pada malam setiausaha politik itu disoal siasat. Hairul Ilham Hamzah memberitahu pada prosiding hari ini, Ean turut mempersoal mengapa siasatan perlu diteruskan pada malam 15 Julai 2009 dan meminta supaya Teoh dibenarkan pulang dengan serta-merta. Bagaimanapun, Hairul Ilham berkata beliau tidak dapat membenarkan Teoh pulang pada waktu itu kerana temu bual masih berjalan dan rakaman percakapan belum diambil. "Saya memaklumkan kepada Ean bahawa siasatan terhadap Teoh akan dibuat secepat mungkin dan memberitahu beliau saya akan melepaskan Teoh sebelum pukul 5 pagi,” katanya. Ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengapa beliau (Hairul Ilham) membuat keputusan

letupan di fukushima nuclear complex

Image
Another explosion has been reported at the stricken Fukushima nuclear complex as Japan scrambles to avert a meltdown. download video laporan media luar LATEST: Japan faced potential catastrophe on Tuesday after a quake-crippled nuclear power plant exploded and sent low levels of radiation floating toward Tokyo, prompting some people to flee the capital and others to stock up on essential supplies. Prime Minister Naoto Kan urged people within 30km of the facility north of Tokyo to remain indoors and conserve power amid the world's most serious nuclear disaster since the Chernobyl disaster in Ukraine in 1986. The French Embassy in Tokyo warned that a low level of radioactive wind could reach the capital, 240 km south of the plant. Radiation levels in the city of Maebashi, 100 km north of Tokyo were up to 10 times normal levels, Kyodo news agency said. Only minute levels were found in the capital itself, which so far were "not a problem", city

Toshiba’s New “Satellite U500-1EX” laptop

Image
Toshiba’s New “Satellite U500-1EX” laptop boasts a 13.3”with multitouch screen Category: Laptops - Tags: Bluetooth , Hdmi , Intel Core i3 , Laptop , Multitouch , Satellite U500-1EX , Toshiba , Windows 7 Boasting a 13.3” TFT WXGA TruBrite 1,280 x 800 multi-touch display and packing Intel Core i3-330 (2.13GHz) CPU, 4 GB of DDR3 RAM, 320 GB of HDD, Intel HM55 Express Chipset featuring Mobile Intel HD Graphics as well as HD Widescreen Web Camera with Face Recognition and a DVD Super-Multi (Dual Layer) drive, the Satellite U500-1EX weighs 2.15 kg. As to the connectivity, it offers Bluetooth 2.1 with EDR, Wireless LAN, Gigabit LAn, 5-in-1 Bridge Media slot, HDMI, two USB 2.0 ports, eSATA/USB combo port with support Toshiba’s Sleep-and-Charge technology allowing you to charge your phone, other devices even when the laptop is switched off. Last but not the least, it costs £649 and as you might have guessed, it runs on Windows 7 Home Premium.

Toshiba Tecra new M11 laptop series available

Image
Toshiba Tecra new M11 laptop series available Category: Laptops - Tags: Bluetooth , Esata , Intel Core , Laptop , Nvidia , SmartCard , Tecra M11 , Toshiba , Wi-fi , Windows 7 Designed especially for “mobile professionals”, Tecra M11 series of laptops (M11-S3410/-S3420/-S3430) all feature a 14-inch 1366×768 (HD) diagonal LED backlit anti-glare display, equipped with at least 2GB of DDR3 RAM @ 1066MHz, 320 GB of HDD (7200 rpm) and are powered by Intel Core processors. Other common specs include Windows 7 OS, one eSATA/USB (2.0) combo port with Sleep and Charge allowing users to charge devices even while the laptop is turned off, 2x USB 2.0, Memory card reader, 1 Express Card Slot, mini DisplayPort, finger print reader, Bluetooth V2.1 + EDR and Wi-Fi 802.11 a/g/n. Available now, the prices start at $899 and that is for Intel HD Graphics card and Intel Core i3-330M CPU equipped model the M11 S3410 and climb up to $1,229 for the highest mode

11 cedera letupan gas hidrogen

Image
11 cedera letupan gas hidrogen FUKUSHIMA 14 Mac - Seramai 11 orang cedera dalam satu letupan gas hidrogen di loji tenaga nuklear di Fukushima hari ini, letupan kedua dalam tempoh tiga hari yang menggegarkan loji tenaga nuklear Jepun, di mana pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan teras reaktor yang boleh menyebabkan bahan radioaktif berbahaya terlepas ke udara. Kejadian itu memburukkan lagi krisis nuklear di negara matahari terbit ini ekoran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu. Pasukan jurutera dan penyelamat berusaha sepanjang hujung minggu untuk mencegah malapetaka nuklear dan membantu berjuta-juta penduduk yang terputus bekalan elektrik atau air dalam krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Dinding tebal yang melindungi teras di reaktor No. 3 di Fukushima masih utuh selepas letupan itu, tetapi penduduk yang masih berada di zon pemindahan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu diingatkan tidak keluar

Apple-ipad-2-review

Image
Apple iPad 2 Has A Performance Boost With Dual-Core A5 Chip This A5 chip obviously makes the Apple iPad 2 twice faster than its predecessor, while it also touts up to 9X better graphics. Apple iPad 2 Review: Light Weight & Slimmer It was also previously rumored that the Apple iPad 2 will be slimmer and considerably lighter than its predecessor. Well, that’s true, as Steve Jobs told the audience about its dimensions. The iPad 2 is around 33% thinner than the previous Apple tablet. The width of the Apple iPad 2 is only 8.8mm down from 13.4mm. It is even slimmer than the iPhone 4! Apple iPad 2 Comes In Both Black & White Colors Some users like it white and someothers like it black, so Apple decided to design the iPad 2 in both colors. The audience at the event was so really excited when Steve Jobs announced that the white iPad 2 will be shipped from the very same day than the black iPad 2, meaning that there will be no delay in the delivery of the white iPads. Front Came

Apple iPad 2 dapat sambutan

Image
Apple iPad 2 dapat sambutan HONG KONG 14 Mac - Komputer tablet baru Apple iPad 2 yang dieskport ke Hong Kong dengan harga dua kali ganda sehingga HK$15,000 (RM5,867.50) seunit mendapat sambutan hebat di pulau ini, lapor akhbar, hari ini. Kedai-kedai elektronik di bandar raya ini mula menjual versi baru gajet popular itu yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu. Akhbar South China Morning Post melaporkan kedai-kedai berkenaan menjual iPad 2 berkenaan pada harga antara HK$7,980 hingga HK15,000, dua kali ganda daripada harga yang dijual di AS pada AS$699 (RM2,166.90) seunit. Akhbar itu yang memetik salah satu kedai berkenaan berkata, harga paling mahal adalah model berwarna putih, 64 gigabyte 3G Wi-fi. Produk import tersebut adalah produk asli tetapi diimport tanpa kebenaran pengeluarnya. Apple masih belum mengumumkan jualan iPad 2 di Hong Kong. Apple iPad dan iPhones sangat popular di Hong Kong di mana penduduknya akan membeli produk terbaru sebaik-baik ia

Singapura uji makanan dari Jepun

Singapura uji makanan dari Jepun SINGAPURA 14 Mac - Singapura akan menjalankan ujian ke atas makanan yang diimport dari Jepun bagi mengetahui tahap pencemaran radiasi berikutan kebocoran loji nuklear di negara itu, menurut satu laporan media, hari ini. Menurut laporan akhbar Straits Times , pihak berkuasa Pertanian dan Vaterina negara ini ditugaskan membuat pemantauan ke atas semua produk makanan dari Jepun, termasuk buah-buahan, sayuran, daging dan makanan laut berdasarkan sumber dan potensi risikonya terhadap pencemaran. "Sampel akan diambil untuk menjalani ujian radiasi dan produk segar akan diberi keutamaan," kata jurucakap pihak berkuasa tersebut. Katanya, pihak berkuasa akan memantau situasi dan perkembangannya. Singapura mempunyai sejumlah besar restoran makanan Jepun yang mendapat bahan mentah secara terus dari negara matahari terbit itu. - Dpa

Thai luluskan bantuan RM15.2j kepada Jepun

Thai lulus bantuan RM15.2j kepada Jepun BANGKOK 14 Mac - Kabinet Thailand hari ini meluluskan dana berjumlah 200 juta baht (RM15.2 juta) bagi membantu mangsa tsunami di Jepun serta bantuan bekalan beras. Menurut Menteri Luar Negara, Kasit Piromya, Thailand juga merancang menghantar satu pasukan perubatan terdiri daripada 35 doktor ke Jepun, malam ini. Negara anggota ASEAN itu yang merupakan pengeksport beras terbesar di dunia turut akan menghantar sebanyak 15,000 tan beras ke Jepun. - dpa

Polis Yemen tembak mati 2 penunjuk perasaan

Image
Polis Yemen tembak mati 2 penunjuk perasaan Para penyokong kerajaan Yemen serta polis antirusuhan berkumpul di sebatang jalan raya di Sanaa bagi menyekat penunjuk perasaan antikerajaan di Sanaa, kelmarin. - AP SANAA 14 Mac - Dua orang maut, manakala ramai lagi dilaporkan cedera apabila polis Yemen melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Sanaa dan Aden. Saksi berkata, mangsa yang cedera kebanyakannya terkena gas pemedih mata dan segelintir terkena serpihan peluru hidup. Dua orang penunjuk perasaan cedera serius dalam pertempuran yang berlaku berhampiran Universiti Sanaa. Di selatan pelabuhan Aden, seorang penunjuk perasaan terbunuh setelah ditembak ketika berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis manakala seorang lagi mangsa terbunuh akibat ditembak polis semalam, kata seorang doktor dari hospital berdekatan. - Reuters

Malaysia di tangga ke-12 - utamakan kaum wanita

Malaysia di tangga ke-12 utamakan kaum wanita BANGKOK 14 Mac - Malaysia merupakan negara ke-12 terbaik di kalangan negara anggota Komanwel daripada segi memberi layanan kepada kaum wanita. Malaysia berkongsi kedudukan itu bersama Jamaica, St. Kitts dan Nevis, serta Namibia, berdasarkan satu kajian ke atas 54 negara anggota Komanwel. Ia berdasarkan lapan penunjuk termasuk daripada segi harapan hidup, pelajaran, peluang pekerjaan dan kejayaan dalam sukan serta politik. Laporan kajian itu bertajuk Because You're A Girl yang disediakan oleh Persatuan Diraja Komanwel dan Pelan UK, sempena Hari Komanwel menyatakan New Zealand berada di tempat pertama daripada segi memberi keutamaan kepada wanita. Ia diikuti negara-negara Kepulauan Caribbean - Barbados, Trinidad dan Tobago, manakala Nigeria dan Sierra Leone berada di tempat tercorot. Berdasarkan salinan laporan dari ibu pejabat rancangan Asia di Bangkok, India, negara anggota Komanwel yang mempunyai penduduk paling tinggi, berada d

Gaddafi kuasai semula Brega

Image
Gaddafi kuasai semula Brega Dua orang pemberontak menggunakan mesingan antipesawat di Brega sebelum tentera yang setia kepada Gaddafi menawan bandar itu, kelmarin. - AFP AJDABIYAH, Libya 14 Mac - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya menguasai semula Brega, bandar minyak strategik, selepas bertempur dengan pemberontak semalam, ketika Perancis berjanji akan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menguatkuasa zon larangan terbang di negara ini. Tentera kerajaan yang menuju ke bahagian timur negara ini melalui jalan pantai, merampas semula Brega awal pagi semalam ketika keyakinan mereka dilihat semakin bertambah untuk mara ke kubu kuat pemberontak di Benghazi. Bagaimanapun pemberontak yang meneruskan protes untuk menamatkan pemerintahan Gaddafi berkata, mereka berjaya merampas semula Brega malam tadi. Kenyataan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan. Tentera kerajaan yang berjaya menawan semula sebuah lagi bandar minyak, Ras Lanuf kira-kira 1
Image
Risiko letupan loji nuklear ke atas kesihatan rendah Kepulan asap menjulang ke udara dari kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas berlaku letupan di kompleks itu, semalam. - REUTERS OSLO 14 Mac - Risiko ke atas kesihatan ekoran letupan reaktor nuklear di Jepun agak rendah dan angin diramal membawa bahan tercemar dari loji-loji terbabit ke Lautan Pasifik tanpa mengancam negara-negara lain, kata pakar. Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986. Tahap radiasi juga dilapor meningkat di loji atom Onagawa. "Insiden ini bukanlah satu isu yang serius kepada kesihatan awam buat masa sekarang. "Ia tidak akan menjadi seperti Chernobyl. Semasa letupan reaktor di Ukraine itu berlaku, ia beroperasi sepenuhnya dan tidak mempunyai sistem untuk mencegah pelepasan bahan radioaktif," kata Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa B

70 negara hantar pasukan bantuan ke Jepun

70 negara hantar pasukan bantuan ke Jepun TOKYO 14 Mac - Pasukan penyelamat daripada beberapa negara hari ini mula menyertai usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat, dalam usaha antarabangsa membantu Jepun menghadapi bencana alam itu. Sebanyak 70 negara menawarkan pertolongan kepada Jepun, bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutunya, tetapi juga dari China yang mempunyai hubungan tegang dengannya, selain bandar Kandahar, Afghanistan. ''Kami menawarkan rakan kami, Jepun apa jua bantuan yang diperlukan, Amerika Syarikat akan bersama Jepun ketika mereka pulih dan membina semula negara itu,'' kata jurucakap White House, Jay Carney. Beliau berkata, dua pasukan pencari dan penyelamat AS, bersama-sama 144 kakitangan dan 12 anjing telah memulakan tugas mereka hari ini bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Agensi berita China, Xinhua melaporkan pasukan penyelamat China dengan 15 anggota juga berada di

Gegaran gempabumi kuat dijangka esok

Image
Gegaran kuat dijangka esok Anggota tentera mengangkat mayat dari bawah timbunan kenderaan di bandar Higashimatsushima di wilayah Miyagi, kelmarin. - AFP TOKYO 14 Mac - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua. Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa. Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda. Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagia

Maya Karin tidak bercinta dengan Effendi

Image
Maya Karin tidak bercinta dengan Effendi ENTAH dari mana angin bertiup, sejak seminggu lalu kecoh wartawan bertanya sesama sendiri pasal aktres jelita, Maya Karin. Bukan pasal filem terbarunya, Cun yang nak tayang tak lama lagi. Tapi cerita Maya kini yang sedang bercinta dengan suami orang pula. Yang buat Joyah terbeliak mata dan tak sanggup nak sebut, suami orang tu adalah Datuk Seri Effendi Nawawi, suami Tiara Jacquelina. Seram Joyah dengan gosip macam ni. Meremang bulu kaki Joyah tiba-tiba. Tapi Joyah puji dengan sikap berani Maya. Cepat dia menafikan gosip tu di laman portal hiburan di Internet. Kata Maya, tak logik langsung dia ada hubungan dengan Effendi. Tegas Maya lagi, malah dia sendiri memang berkawan baik dengan anak Effendi, Elyna dan selalu melepak di rumah Elyna. Sempat lagi Maya menasihatkan orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Maya juga memberitahu dia kenal baik dengan Tiara dan gosip itu sangat mengarut. S

Tip penjagaan pokok petai

Image
Tip penjagaan pokok petai pokok yang baik berbuah dengan kadar enam kilogram sepokok dalam setahun. Pengenalan Pokok petai merupakan tumbuhan asli negara ini dan masih tumbuh meliar di kawasan hutan serta banyak terdapat di rantau Asia Tenggara. Petai boleh diumpamakan sebagai raja segala ulam di kalangan penggemarnya kerana sedap dimakan secara segar, menjadi penyedap rasa di dalam masakan, malahan dijadikan sebagai dijeruk dan produk hiliran. Nama botani atau saintifiknya petai ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam keluarga Leguminasae. Pokok petai boleh ditanam dengan menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Untuk pembiakan secara biji benih, digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Ia perlu disemai di dalam polibeg kecil atau kotak semaian

741 teknik teknologi terkini dari MARDI

Image
741 teknik teknologi terkini dari MARDI MARDI sentiasa menjana teknologi untuk dikomersialkan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan serta IKS. Setakat ini sebanyak 741 teknologi telah dihasilkan oleh MARDI sejak tahun 1972 sehingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 110 teknologi telah berjaya dikomersialkan melalui perlesenan, perundingan, inkubator, TechnoFund dan public goods . Jumlah teknologi produk makanan yang telah diguna pakai oleh usahawan IKS adalah sebanyak 240 jenis daripada pelbagai kluster produk makanan. Ia merangkumi lebih kurang 21 peratus daripada teknologi produk yang ada di MARDI. Jumlah setiap kluster produk adalah berbeza. Contohnya hasilan ikan ialah 12.5 peratus dan makanan ringan atau snek 28 peratus. Sebanyak 76 teknologi dijana dalam setahun (tahun 2010) dan tidak kurang 14 peratus dikomersialkan. Selain inovasi-inovasi terbaru MARDI, satu lagi teknologi yang tidak kurang pentingnya ialah Mesin Penabur Baris Padi Jenis Traktor U

Inovasi untuk petani

Image
Inovasi untuk petani Hasmin Hakim Abdullah menunjukkan isi rambutan dalam air gula sama seperti longan dan laici. Perkembangan industri pertanian menyebabkan permintaan tenaga buruh tinggi dan pada masa sama kosnya membimbangkan pengusaha. Pelbagai langkah perlu diambil bagi menghadapi masalah pengambilan tenaga buruh asing. Pada masa sama, pelbagai agensi kerajaan mula membangunkan program berasaskan mekanikal dan automasi selaras dengan perkembangan industri pertanian. Berdasarkan laporan beberapa tahun lepas, penggunaan jentera dan mesin pertanian hanya 14 peratus dan wajar ditingkatkan memandangkan banyak inovasi pertanian telah dibangunkan bagi membantu golongan usahawantani. Di negara ini, peneraju pembangunan teknologi pertanian ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. MARDI ditubuhkan sejak empat dekad lalu telah menghasilkan pelbagai mesin bagi membantu industr

Nikmati teh di puncak Cameron Highlands

Image
Nikmati teh di puncak Cameron Highlands Antara produk teh yang dihasilkan oleh syarikat yang beroperasi di Cameron Highlands. PERNAH minum teh di puncak Cameron Highlands? Orang kata kalau minum teh di sana, rasanya lebih sedap." Itulah kata-kata seorang saudara rapat ketika bertemu di wad sebuah pusat perubatan awam di ibu kota. Cameron Highlands atau dikenali juga sebagai Tanah Tinggi Cameron, yang terletak di Banjaran Titiwangsa, adalah antara tiga resort tanah tinggi yang popular di negara ini. Dua lagi ialah Genting Highlands dan Bukit Fraser. Ada dua laluan untuk naik ke resort tanah tinggi itu. Laluan pertama ialah dari Simpang Pulai. Jalannya dalam keadaan baik, lebar dan merentas sempadan negeri Perak-Pahang. Selepas berada di sebelah negeri Pahang, pelawat sudah memasuki kawasan Cameron Highlands iaitu satu daerah yang paling kecil dalam negeri Pahang. Laluan kedua ialah jalan naik dari Tapah. Jalan ini adalah laluan lama, sempit dan bengkang-bengkuk seperti

Teknik penjagaan Pokok Salak

Image
Penjagaan pokok salak Salacca zalacca fruit Scientific classification Kingdom: Plantae (unranked): Angiosperms (unranked): Monocots (unranked): Commelinids Order: Arecales Family: Arecaceae Subfamily: Calamoideae Tribe: Calameae Genus: Salacca Reinw. Species Salacca affinis Salacca clemensiana Salacca dolicholepis Salacca dransfieldiana Salacca flabellata Salacca glabrescens Salacca graciliflora Salacca lophospatha Salacca magnifica Salacca minuta Salacca multiflora Salacca ramosiana Salacca rupicola Salacca sarawakensis Salacca secunda Salacca stolonifera Salacca sumatrana Salacca vermicularis Salacca wallichiana Salacca zalacca MOREINFO CLICK IMAGE ON THE TOP SALAK dikategorikan sebagai pokok nadir (eksotik) yang semakin popular ditanam terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Permintaan terhadap buah salak yang semakin meningkat memberikan peluang kepada petani dan pengusaha untuk menambahkan pen

FRIM perhebatkan industri herba

Image
FRIM perhebatkan industri herba Antara pencapaian FRIM ialah memanfaatkan tumbuhan ubat-ubatan yang diperoleh daripada hutan. HUTAN menyimpan segala macam jenis herba - tumbuh-tumbuhan yang kini diterokai khasiatnya untuk manfaat manusia sebagai makanan dan juga ubat-ubatan. Sebab itu, kesungguhan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membangunkan industri herba sangat tepat pada masanya. Agensi itu menubuhkan Bahagian Tumbuhan Ubatan yang kemudian dikenali sebagai Bahagian Hasilan Semulajadi pada Februari 2011 untuk memberi fokus kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam bidang tumbuhan ubatan dan herba. Bahagian tersebut menggunakan pendekatan pelbagai disiplin dalam melaksanakan penyelidikan untuk membangunkan ekstrak piawai dan produk prototaip daripada tumbuhan ubatan dan beraroma seperti kosmetik, nutraseutikal, makanan berfungi dan fitoperubatan (phytomedicine). Pengarah Kanan, Bahagian Hasilan Semulajadi FRIM, Dr. Rasadah Mat Ali

FRIM kongsi kejayaan

Image
FRIM kongsi kejayaan Kami di FRIM mahukan supaya sains diterjemahkan kepada bahan (hasil) yang boleh dikomersial." Demikian ungkapan ringkas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod apabila ditanya mengenai keazamannya untuk meneruskan legasi kejayaan institut tersebut. Beliau berkata, catatan sejarah kejayaan FRIM dalam kajian herba atau hasilan semula jadi bermula sejak 1890-an lagi berdasarkan kepada kerja-kerja awal pentadbir British. Bagaimanapun, disebabkan banyak data yang diperolehi berdasarkan pandangan daripada masyarakat kampung tidak tepat, mendorong pihaknya membuat pencirian terbaru. Ringkasnya, FRIM adalah perintis kepada usaha memanfaatkan herba sesuai dengan peranannya memanfaatkan sumber semula jadi dalam hutan. Selepas 1994, usaha tersebut semakin diperhebatkan dan hasilnya FRIM berjaya mengenal pasti hampir 2,000 spesies hutan yang berjaya dicirikan morfologinya. Daripada itu, kerja-kerja peny