Posts

Showing posts from January, 2011

Durian belanda boleh dibuat jus

Image
Durian belanda boleh dibuat jus Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L . dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae. more info Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik. Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum. Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis. Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus. Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok. Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiaka

Pertumbuhan ekonomi dijangka 7% tahun lalu

Pertumbuhan ekonomi dijangka 7% tahun lalu KUALA LUMPUR 17 Jan. – Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan kira-kira tujuh peratus bagi 2010, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Zeti berkata, sementara sektor luaran mungkin dipengaruhi pertumbuhan global yang lebih perlahan, momentum pertumbuhan permintaan tempatan diramalkan berkekalan tahun ini, didorong oleh perkembangan kukuh pada aktiviti sektor swasta. “Yang paling menggalakkan adalah pelaburan swasta dijangka mengukuh dah menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan itu,” kata Zeti dalam ucaptamanya pada majlis makan malam menyambut peserta Mesyuarat Eksekutif Institut Kestabilan Kewangan Bank-Bank Pusat Asia Pasifik Timur di sini hari ini. Di celah-celah ketidaktentuan yang berterusan, beliau berkata, Asia dijangka terus menerajui pertumbuhan global, disokong oleh asas-asas makroekonomi yang kukuh dan sistem kewangan yang teguh. Zeti berkata, pemulihan aktiviti ekonomi sekto

Mata wang kertas masih perlu

Mata wang kertas masih perlu KUALA LUMPUR 17 Jan. - Negara Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas memandangkan sejarah menunjukkan sistem duit syiling boleh meningkatkan kadar faedah, dan inflasi sukar dikawal. Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr. Murat Cizakca berkata, wang sepatutnya berperanan sebagai medium tukaran, bukan komoditi. "Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai autonomi penuh," katanya. Cizakca berkata demikian dalam syarahan umum bertajuk 'Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti' anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di sini hari ini. Beliau berkata, bekalan emas didominasi oleh negara bukan Islam. "Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik. "Oleh itu, negara Islam wajar terus menggunakan

Harga minyak diramal cecah AS$100 setong

Harga minyak diramal cecah AS$100 setong SINGAPURA 17 Jan. - Harga minyak yang diramal melonjak sehingga AS$100 (RM305) setong menyaksikan komoditi emas hitam itu didagangkan bercampur-campur di Asia, kata para penganalisis. Bagi penghantaran minyak berkualiti tinggi, untuk hantaran Februari naik 36 sen (RM1.06) kepada AS$91.18 (RM278.099) setong manakala Brent North Sea untuk Mac dua sen lebih tinggi kepada AS$98.40 (RM300.12). Kenaikan harga komoditi itu dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh keyakinan terhadap pemulihan ekonomi dan minat yang tinggi para pelabur, kata penganalisis itu. ''Minyak mentah hadapan semakin menghampiri AS$100 dan pedagang spekulatif telah meningkatkan pasaran,'' kata penganalisis tenaga Purvin dan Gertz, Victor Shum. Menurut beliau, banyak pelabur sedang bertaruh tentang pemulihan ekonomi global, disebabkan itu harga minyak semakin meningkat. Bagaimanapun, kenaikan harga minyak global didakwa disebabkan salji tebal yang mel

FBM KLCI catat paras tertinggi baru

FBM KLCI catat paras tertinggi baru KUALA LUMPUR 17 Jan - Bursa Malaysia ditutup teguh hari ini dengan indeks utama berada pada paras tinggi baharu, dirangsang oleh keuntungan dalam saham-saham kewangan dan saham mewah di celah-celah belian asing yang menggalakkan, kata para peniaga. Indek Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi 30 saham menokok 4.6 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 1,574.49, melepasi paras tinggi 1,572.21 yang dicatatkan pada 7 Jan, 2011.Ia dibuka 3.58 mata lebih tinggi pada 1,573.47. Indeks Kewangan menokok 65.80 mata kepada 14,385.47 dan Indeks Perindustrian lebih tinggi 4.64 mata kepada 2,932.94.Indeks Perladangan, bagaimanapun, susut 9.09 mata kepada 8,230.58.Indeks FBM Emas mengukuh 26.51 mata kepada 10,855.31 dan Indeks FBM Ace menambah 26.51 mata kepada 10,855.31.Indeks FBM70, bagaimanapun, lebih rendah 0.4 mata kepada 11,655.43. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 412 berbalas 410 sementara 312 kaunter tidak berubah,

Dagangan dijangka lepasi RM1 trilion

Image
Dagangan dijangka lepasi RM1 trilion Mukhriz Tun Mahathir (kiri) bertanya sesuatu kepada Pengurus Serantau DMG Mori Seiki, Tq Lim selepas merasmikan pembukaan DMG Mori Seiki (Malaysia) Sdn. Bhd. di Shah Alam, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah SHAH ALAM 17 Jan. - Perdagangan negara dijangka melepasi RM1 trilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Mukhriz berkata, pencapaian baik itu berdasarkan perkembangan positif ekonomi negara ketika ini meliputi pelbagai sektor selain dasar mesra pelabur. ''Berdasarkan perangkaan Januari hingga November 2010, kita berjaya mencatatkan nilai perdagangan dan pelaburan antarabangsa melebihi RM1 trilion terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik. "Justeru, kita yakin pada tahun ini, negara akan dapat mencapai sasaran yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Teknologi DMG Mo

Transformasi sosial diberi tumpuan

Image
Transformasi sosial diberi tumpuan NAJIB Tun Razak ketika berucap pada Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di PWTC, semalam. – BERNAMA KUALA LUMPUR 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara akan memberi tumpuan terhadap agenda transformasi sosial yang menjadi pelengkap kepada program-program transformasi kerajaan sebelum ini demi melahirkan masyarakat lebih seimbang, adil dan saksama. Sambil menyifatkan agenda itu sebagai satu cabaran besar bagi kerajaan, Perdana Menteri berkata, program tersebut bakal melibatkan usaha mengubah sikap masyarakat. Selain itu katanya, ia turut membabitkan peranan kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara kerana transformasi sosial sukar dilaksanakan sekiranya faktor kewangan menjadi halangan. “Saya akui agenda transformasi sosial merupakan cabaran besar bagi kerajaan kerana sebarang usaha untuk mengubah sikap masyarakat bukannya mudah. “Apatah lagi agenda ini menyentuh kemampuan kerajaa

Khidmat bas wanita dilancar

Image
Khidmat bas wanita dilancar KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk golongan wanita dilancarkan secara rasmi hari ini meliputi 15 laluan iaitu lapan laluan baru dan tujuh laluan yang diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas. Hasil tempoh percubaan itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang bertanggungjawab ke atas RapidKL menerima sebanyak 94 peratus sokongan daripada responden supaya perkhidmatan bas itu diteruskan dan diperluaskan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melancarkan perkhidmatan bas itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prasarana dan RapidKL kerana membantu kerajaan mewujudkan persekitaran mesra untuk wanita. ‘‘Ini adalah usaha penambahbaikan bagi isu keselamatan untuk wanita dan paling utama memberi ruang kepada golongan wanita untuk merasa selesa ketika berada di dalam bas terutama semasa waktu puncak. ‘‘Selama ini, wanita terpaksa berhimpit-himpit den

Kadar kesuburan Singapura merosot

Kadar kesuburan Singapura merosot SINGAPURA 17 Jan. - Kadar kesuburan di Singapura merosot ke paras terendah pada tahun lalu, membawa maksud negara ini perlu sentiasa membawa masuk pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonominya kerana ramai rakyat republik ini semakin tua. Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng berkata, kadar kesuburan negara atau bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura jatuh kepada 1.16 pada tahun lalu, berbanding 1.22 pada 2009. Kadar itu, katanya, jauh lebih rendah berbanding 2.1 bayi yang diperlukan bagi pembentukan generasi baru secara semula jadi di Singapura. "Masalah utama untuk mencapai populasi yang kita mahukan adalah kadar kesuburan tempatan yang rendah. "Dalam tempoh lebih 30 tahun, kita masih belum melahirkan bayi yang cukup untuk menggantikan generasi kita," katanya semasa berucap pada satu forum yang dianjurkan Institut Kajian Polisi. Kan Seng berkata, ketika Singapura berjanji akan terus mengutamakan pekerja di

Mohon maaf salah faham isu azan

Image
Mohon maaf salah faham isu azan DATUK Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melihat Ng Kian Nam memohon maaf kepada Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd. Yusuf berkenaan isu laungan azan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Nooradzrene Mohd. Noor KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu. Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh. “Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam. “Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah. “Maka saya ing

SPRM sedia teliti masalah peniaga di Bazar Tok Guru

SPRM sedia teliti masalah peniaga di Bazar Tok Guru KOTA BHARU 17 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia meneliti sama ada wujud penyelewengan dalam masalah membabitkan urusan perpindahan peniaga-peniaga Pasar Arked Lambok Uda dan Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru di sini yang masih dalam pembinaan. Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, pihaknya akan meneliti sama ada berlaku penyelewengan dalam masalah tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. Beliau berkata, SPRM akan membuka kertas siasatan jika wujud penyelewengan atau salah guna kuasa dalam perkara tersebut. Bagaimanapun, jelas beliau, sehingga kini, SPRM masih belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung masalah tersebut sebagaimana dilaporkan oleh media massa. "Kalau ada unsur rasuah, kita akan masuk, setakat ini belum ada aduan secara rasmi. ''Bagaimanapun, kita akan tengok kalau ada penyelewengan, kita tentu akan masuk (siasat) sampai selesai. "SPRM t

Isu arak: Pemuda Pas selar Ronnie

Isu arak: Pemuda Pas selar Ronnie KUALA LUMPUR 17 Jan. - Tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, mengarahkan agar larangan ke atas orang Islam untuk bekerja di premis menjual arak ditarik balik telah menyinggung perasaan umat Islam. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ia kerana, perbuatan bekerja di premis arak apatah lagi meminumnya adalah jelas diharamkan di dalam Islam. Malah katanya, tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu merupakan langkah terpuji kerana mereka mahu menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dalam pekerjaan yang dimurkai Allah. "Tetapi apabila beliau (Ronnie) membantah arahan MPSJ itu, maka dengan jelas tindakan itu telah menyinggung perasaan dan sensitiviti umat Islam," kata Nasrudin ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ronnie yang membantah peraturan MPSJ yang melarang umat Islam daripada bekerja di premis menjuak arak. Nasrudin dalam pada itu memberitahu,

TPM pengerusikan mesyuarat DTF NKRA

Image
TPM pengerusikan mesyuarat DTF NKRA MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan Mohd. Sidek Hassan (dua dari kanan) sebelum mesyuarat membabitkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 17 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Delivery Task Force (DTF) membabitkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Enam NKRA itu adalah memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Mesyuarat yang bermula pukul 2 petang dijangka berlangsung selama kira-kira empat jam di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pe

Pelajar hilang dibunuh kejam

Image
Pelajar hilang dibunuh kejam MAYAT Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter. SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini. Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini. Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam. Menurutnya, dalam laporan tersebut, mangsa dikatakan tidak pulang seperti kebiasaan selepas keluar rum

Ilik Intai - berjaya tewaskan buaya

Image
Ilik Intai berjaya tewaskan buaya Ilik Intai cedera di lengan setelah bergelut dengan buaya di Sungai Lemanak mendapatkan rawatan di Hospital Sri Aman, Engkelili, Sri Aman, Sarawak, semalam LUBOK ANTU 12 Jan. - Walaupun berusia 55 tahun, seorang lelaki boleh dikatakan memiliki kudrat luar biasa apabila mampu menewaskan seekor buaya dalam pertarungan dengan reptilia itu hari ini. Kejadian tersebut berlaku pukul 7.30 pagi, semasa Ilik Intai menaiki sampan bersama isterinya, Gani Jinba, 50-an, di Sungai Lemanak untuk ke kebun durian milik mereka di kawasan Engkili. Ketika sedang mendayung, tiba-tiba Ilik dikejutkan dengan gigitan di lengan kanannya sebelum menyedari ia adalah seekor buaya. Dia yang duduk di belakang sampan, kemudian ditarik ke dalam sungai lalu berlaku pergelutan antara Ilik dan buaya tersebut selama beberapa minit. Gani pula yang masih di dalam sampan tidak mampu berbuat apa-apa dan melihat suaminya bertungkus-lumus memukul buaya itu dengan pendayung.

Peniaga dijel rogol gadis anak yatim

Image
Peniaga dijel rogol gadis anak yatim MOHD. ZOLKIFFLY dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka semalam. MELAKA - Akibat mencabul dan merogol seorang gadis yang merupakan anak yatim bawah umur dan baru empat hari dikenali, seorang peniaga dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Kedua-dua hukuman tersebut dijalankan secara serentak dan ini bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun sahaja. Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd. Zolkiffly Ibarahim, 26, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff termasuk pihak pembelaan yang gagal membuktikan keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang gadis yang berusia 14 tahun (semasa kejadian) di sebuah rumah di sini pada 3 Jun 2008 pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh

Mangsa Dera: Kakak Qistina masuk hospital

Image
Dera: Kakak Qistina masuk hospital JOHOR BAHRU 12 Jan. - Nur Dania Batrisha Nurafizan, 5, kakak kepada kanak-kanak mangsa dera yang meninggal dunia Ahad lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini malam tadi kerana dipercayai turut menjadi mangsa dera. Selain Nur Dania Batrisha, adiknya, Danish Irsyad, setahun, juga ditempatkan di HSA sejak Ahad lalu kerana mengalami nasib yang sama dipercayai dilakukan oleh bapa dan ibu tiri mereka. Ibu mangsa, Nur Aquilla Razali, 27, berkata, keadaan dua anaknya kini semakin stabil namun mereka tidak dibenarkan keluar hospital kerana masih perlu menerima rawatan. "Anak-anak saya semakin ceria dan kesan lebam serta luka di tubuh mereka juga menunjukkan tanda-tanda pulih. Sekarang mereka masih ditahan dan tidak tahu bila dibenarkan pulang. "Saya akan menjaga mereka selepas pulang. Saya dan suami sedang dalam proses permohonan untuk bercerai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

TELSOM garis 6 teras mantapkan ICT ASEAN

Image
TELSOM garis 6 teras mantapkan ICT ASEAN Kamaruddin Siaraf menyatakan sesuatu kepada Tetsuo Yamakawa selepas menutup mesyuarat TELSOM di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pelan Induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ASEAN 2015 akan menggariskan enam teras strategik bagi memantapkan sektor ICT di rantau ini. Ketua Setiausaha Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pelan tindakan itu meliputi usaha dan program yang mampu menjana transformasi ekonomi di semua negara anggota ASEAN. Beliau berkata, ia sejajar dengan usaha ke arah menangani jurang digital khususnya bagi masyarakat luar bandar dan tumpuan keada negara-negara ASEAN yang sedang membangun. "Penjelasan dasar dan program kerjasama itu akan diumumkan oleh menteri-menteri ASEAN selepas Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELMIN) Ke-10 meluluskannya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Mesyuarat

Penyelidik muda unggul di Vietnam

Image
Penyelidik muda unggul di Vietnam SEBAHAGIAN daripada penyelidik muda UniMAP bersama piala dan sijil yang diterima pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini. TUJUH penyelidik muda ENVEX Young Researcher Club (EYReC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas penyelidikan antarabangsa apabila membolot enam pingat emas dan satu pingat gangsa serta empat anugerah khas pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 (7th IEYI 2020) di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan generasi penyelidik muda itu merupakan bukti nyata bahawa aspek penyelidikan dan inovasi diterapkan di peringkat akar umbi di UniMAP. "Sebagai bukti, produk penyelidikan bersama makmal penyelidikan bahan sensor UniMAP dan Sekolah Menengah Sains Tuanku (SMS) Syed Putra membabitkan peserta termud

INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat

Image
INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat INTI Malaysia akan terus meningkatkan kualiti sebagai kolej, universiti penyelidikan dan pembelajaran dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar bertaraf antarabangsa. Terbaru, INTI bersama Universiti Wollongong (UOW), Australia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program pertukaran penyelidikan dan pembelajaran yang melibatkan penuntut antara kedua-dua universiti berkenaan. Antara kerjasama yang dijalankan meliputi bidang penyelidikan dan pendidikan dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di INTI di Subang, Selangor. Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Universiti Wollongong, Profesor Joe F. Chicharo berkata, antara skop kerjasama itu termasuk mempromosikan pertukaran dan memudahkan penerimaan ahli fakulti serta penyelidik kedua-dua universiti dalam penyediaan disertasi kursus yang menarik di Subang, Selangor. Beliau berkata, setiap pelajar yang mendaftar di INTI Mala

Laksana R&D, ICT Keselamatan

Image
Laksana R&D, ICT Keselamatan ALLATIF Mohd. Noor, Zuraidah Abdul Latif bersama Abdul Azizi Abdul Kadir (dua dari kiri) dan Mohd. Yusuf Yacob Carlos (kanan sekali) pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 12 Jan. - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat swasta untuk melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D). Naib Canselornya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor memberitahu, tiga syarikat yang terlibat dalam MoU itu adalah Mimos Berhad, Secure Technology Innovations Sdn. Bhd. (STI) dan Skyview Communication and Technologies Sdn. Bhd. (SCT). "Setiap syarikat ini akan menjalin kerjasama dalam bidang dipersetujui dalam tempoh tiga tahun. Perjanjian dengan Mimos Berhad ditandatangani untuk melaksanakan R&D serta bidang akademik membabitkan komunikasi dan teknologi maklumat keselamatan. "Projek-projek yang akan terli

UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran

Image
UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran Zulkifli Mohd. Yusoff (kiri) menerima cek RM10,000 daripada Alias Mohamed di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Hamzah Abdul Rahman (tengah). KUALA LUMPUR 12 Jan. - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berhasrat melancarkan jurnal penyelidikan al-Quran bertaraf antarabangsa pertengahan bulan depan atau selewat-lewatnya Mac ini. Menurut Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff, jurnal itu bertujuan membukukan idea-idea para penyelidik al-Quran antarabangsa dalam dua bidang utama iaitu al-Quran tulen dan al-Quran dalam aplikasi sains dan komputer untuk kegunaan masyarakat. Usaha itu juga katanya, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengakses kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa khusus dalam bidang berkaitan kajian al-Quran itu secara atas talian. "Jurnal itu adalah antara resolusi yang dicapai selepas Seminar Antarabangsa Al-Quran 2011 selama dua hari y

Mohammad dirai ketika hujan lebat

Image
Mohammad dirai ketika hujan lebat Mohamad Ismail bersalaman dengan sebahagian murid sempena persaraannya di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 6 Jan. - Majlis persaraan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota dekat sini, Mohamad Ismail, 57, hari ini pasti meninggalkan seribu satu kenangan buat beliau apabila diraikan ketika hujan lebat. Disebabkan cuaca buruk, pihak sekolah yang sebelum itu mengatur satu majlis istimewa untuk beliau, terpaksa menangguhkan acara dan mengubahnya sebanyak lima kali. Mengikut perancangan awal, Mohamad akan diarak menaiki sebuah kereta kuda, tetapi kemudiannya ditukar kepada berkuda dan akhirnya hanya diiringi oleh sebuah daripada lima motosikal berkuasa tinggi, gara-gara cuaca tidak mengizinkan. Difahamkan, empat lagi pemilik motosikal berkuasa tinggi berkenaan tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana rumah mereka dinaiki banjir. Namun, bekas guru besar yang berkhidmat selama 35 tahun itu, tetap g

Gesa tangguh guna e-Kasih

Gesa tangguh guna e-Kasih pilih murid miskin penerima bantuan KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran digesa menangguhkan penggunaan data daripada sistem e-Kasih untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) di sekolah luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penggunaan sistem e-Kasih menyebabkan berlaku keciciran dan hanya sejumlah kecil murid yang layak menerima bantuan RMTS berbanding dengan kaedah pemilihan sebelum ini berpandukan data dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). Menurut beliau, masalah ini timbul mungkin disebabkan proses penyelarasan dan pemilihan semula daripada SSM kepada sistem e-Kasih memakan masa sedangkan musim persekolahan telah bermula. "Hampir semua sekolah khususnya di Tenom tidak dapat memulakan bantuan RMTS ini disebabkan murid yang layak berdasarkan sistem e-Kasih terlalu sedikit jumlahnya walhal masih ramai

YPM bantu lima kredit ke bawah SPM

Image
YPM bantu lima kredit ke bawah SPM SHARIFF Ahmad menunjukkan buku Meniti Puncak yang akan diedarkan sebanyak 100,000 naskhah ke sekolah di seluruh negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bakal menjadi hab kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang daripada lima kredit melanjutkan pelajaran di 75 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dan seterusnya mencarikan pekerjaan untuk mereka. Kata Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Shariff Hamid, sekretariat khas rakan strategik YPM-IPTS itu telah dibuka di ibu pejabat Mara, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan dapat dilakukan secara berpusat. "Kita akan menandatangani memorandum kerjasama dengan kelompok IPTS ini tidak lama lagi," katanya. Katanya, langkah YPM itu dilihat penting dan sangat kritikal kerana bilangan lepasan SPM yang mendapat keputusan di bawah lima kredit mencecah 95,000 orang dan mereka ini tidak layak melanjutan pelajaran ke

Tindakan tegas terhadap pelajar degil

Tindakan tegas terhadap pelajar degil KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Pelajaran melalui sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang masih berdegil enggan menggunakan topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah. Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihak sekolah boleh mengambil tindakan terhadap pelajar walaupun menunggang di luar kawasan sekolah. “Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, lebih-lebih lagi ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah yang menjadi harapan negara. “Jika tidak ditangani dari peringkat awal, lama-kelamaan tindakan mereka akan membawa kepada gejala merempit dan akhirnya memberi kesan negatif kepada institusi sekolah di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas Laporan Khas, Sikap pelajar ‘kepala batu’ yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Ka Siong berkata, beberapa perkara telah diputuskan di peringkat kementerian di bawah program Keselamatan, Kesihatan dan

Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah

Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah KUALA LUMPUR - Pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara berpeluang untuk memenangi pakej RM150,000 penyertaan di Kem Angkasa Eropah melalui pertandingan mereka bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan anjuran bersama Space Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) dan akhbar Utusan Malaysia. Presiden STS-MC, Norul Ridzuan Zakaria berkata, kumpulan sepuluh pelajar dari sekolah yang memenangi pertandingan ini berpeluang untuk menikmati pakej melawat pelancongan angkasa dan mempelajari pembangunan industri pelancongan angkasa di Los Angeles, Amerika Syarikat. "Setiap sekolah akan memilih sepuluh wakil pelajar menyertai aktiviti mereka bentuk kapal terbang angkasa pelancongan suborbital Malaysia bersama dengan seorang guru penasihat. "Mereka akan mengunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kapal terbang angkasa berkenaan dalam tiga peringkat iaitu ilustrasi profil dua dimensi, tiga dimensi dan mode

20 biasiswa lepasan SPM, STPM

20 biasiswa lepasan SPM, STPM KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. dan Program Pembangunan Pendidikan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNDP) di bawah program Dana Impian Honda (Honda Dreams Fund, HDF) menawarkan biasiswa kepada 20 calon mulai 5 Januari lalu. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berusia 17 tahun hingga 24 tahun layak untuk memohon sehingga 31 Mac ini. Permohonan mestilah daripada keluarga yang berpendapatan RM1,500 atau kurang, sihat tubuh badan dan tidak terikat dengan mana-mana biasiswa serta tidak menerima bantuan daripada mana-mana organisasi. Selain itu, para pemohon juga perlu menulis sebuah karangan tidak lebih darpadai 500 perkataan mengenai aspirasi mereka untuk merealisasikan impian masing-masing. Program yang dilancarkan pada tahun lepas ini disediakan khusus bagi belia daripada keluarga kurang berada tetapi berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Pe

E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia

Image
E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia MOHAMED Salleh Bajuri (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Nasir Ali sambil disaksikan oleh Rafli Ridwan (kiri) dan Wahid Hashim pada majlis menandatangani perjanjian bagi membekal kandungan e-pembelajaran SekolahKu antara Duke Court Sdn. Bhd. dan Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 11 Jan. - Duke Court Sdn. Bhd. (Duke Court) akan menjalinkan kerjasama dengan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) dalam usahanya membangunkan sistem e-pembelajaran mobil pertama di negara ini yang dikenali sebagai SekolahKu. Melalui perjanjian itu, Utusan Melayu menerusi Unit Pendidikannya akan membekalkan kandungan berbentuk soalan bagi latihan dan rujukan pelajar sekolah di seluruh negara kepada pemilik SekolahKu , Duke Court. Pengerusi Duke Court, Datuk Mohamed Salleh Bajuri berkata, sistem e-pembelajaran SekolahKu mampu diakses di mana-mana sahaja menggunakan sebarang peranti yang mempunyai capaian Internet

TM tawar langgan UniFi dalam talian

Image
TM tawar langgan UniFi dalam talian KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pengguna yang berminat untuk melanggan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM), UniFi, kini boleh menyemak dan mendaftar secara dalam talian menerusi www.tm.com.my atau www.unifi.my bermula 1 Januari lalu. TM dalam kenyataannya di sini berkata, selari dengan peningkatan permintaan, pendaftaran secara dalam talian membolehkan orang awam menggunakan saluran baru ini untuk mendaftar perkhidmatan UniFi dengan pantas. ''Untuk berbuat demikian, layari mana-mana laman web di atas dan klik butang "langgani sekarang" dan ikut arahan seterusnya. ''Proses ini membolehkan pelanggan baru menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka dan membuat temujanji pemasangan,'' katanya. Katanya, bagi menggalakkan pelanggan menggunakan portal layan diri Pusat Khidmat Pengguna Dalam Talian

Beli Kim Eng perluas laluan serantau Maybank

Beli Kim Eng perluas laluan serantau Maybank KUALA LUMPUR 12 Jan. - Cadangan Malayan Banking Bhd. (Maybank) untuk membeli firma broker saham berpangkalan di Singapura, Kim Eng Holdings Ltd., dengan harga RM4.3 bilion akan membolehkan bank itu mempercepat pertumbuhan pembrokeran runcit firma itu dalam pasaran-pasaran semakin berkembang yang kurang ditembusi seperti Indonesia. Dalam satu nota hari ini, OSK Research berkata, pembelian itu akan memberikan laluan perbankan pelaburan dan pengagihan pembrokeran segera ke lapan negara, dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, di mana Kim Eng merupakan satu daripada tujuh firma broker saham terunggul, sebagai pasaran tumpuan utama. "Berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh CIMB dengan pembelian GK Goh, pastinya ada sinergi berdaya maju dan berpotensi yang boleh diraih oleh Maybank hasil kemasukan Kim Eng," katanya. OSK berkata, ia berpandangan "neutral hingga sedikit positif" tentang pembelian itu k

Perolehan Tejari diunjur meningkat hingga 20%

Image
Perolehan Tejari diunjur meningkat hingga 20% KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tejari Technologies Bhd. (Tejari) mengunjurkan perolehannya meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus bagi tahun kewangan 2011. Ketua Pegawai Kewangannya, Kenny Khow berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan prospek lebih baik bagi syarikat pada tahun ini terutama dalam bidang teknologi. ''Pengambilan alih dua syarikat dalam industri teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) melalui anak syarikat milik penuh kami ICT Utopia Sdn. Bhd. (ICT Utopia) pada Julai tahun lalu telah membantu memulihkan perolehan serta keuntungan syarikat berbanding sebelumnya. ''Pada tahun ini juga, kami sedang meninjau peluang melaksanakan aktiviti pengambilan alih dan gabungan strategik terutama dalam segmen perniagaan teknologi Tejari,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan terbitan hak dengan waran Tejari di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Eksekutif ICT Utopia, Wayn

Takaful Ikhlas menangi anugerah BrandLaureate

Image
Takaful Ikhlas menangi anugerah BrandLaureate KUALA LUMPUR 12 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Jenama Terbaik bagi Perkhidmatan Insurans Kesihatan pada majlis penganugerahan The BrandLaureate SMEs Chapter 2010 selama tiga tahun berturut-turut. Takaful Ikhlas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya juga berjaya mempertahankan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan selama dua tahun berturut-turut. Anugerah itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir adalah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan. "Kejayaan ini membuktikan bahawa produk-produk perlindungan Takaful Ikhlas diterima dan menepati citarasa dan keperluan rakyat Malaysia. Jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri, "Salah satu kategori yang dimenangi sebanyak tiga kali berturut-turut adalah melalui produk Ik

Ali Hashim letak semua jawatan

Image
Ali Hashim letak semua jawatan KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi dan pengarah di kesemua enam syarikat dalam Kumpulan Johor Corporation (JCorp) berkuatkuasa serta merta. Peletakan jawatan itu membabitkan kedudukan beliau sebagai pengerusi dan pengarah di membabitkan Kulim (M) Bhd. (Kulim), Damansara Realty Bhd. (Damansara Realty), KPJ Healthcare Bhd. (KPJ), QSR Brands Bhd., KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) dan KPJ Al Aqar REIT Bhd. (KPJ Al Aqar). Utusan Malaysia difahamkan surat perletakan jawatan itu diserahkan kepada JCorp dan syarikat-syarikat terbabit pada pukul 12 tengah hari tadi. ''Saya membuat keputusan setelah berpendapat semua hasrat utama telah dicapai ketika melepaskan jawatan selaku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp pada 29 Julai tahun lalu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Muhammad Ali sepatutnya menghadiri tiga EGM bermula dengan EGM Kulim pad

KNM sasar RM25j perolehan segmen halal

KNM sasar RM25j perolehan segmen halal PETALING JAYA 12 Jan. - Kontena Nasional Bhd. (KNM) menjangkakan perolehan sebanyak RM25 juta pada tahun ini daripada segmen perniagaan halal dan rantaian sejuk beku yang baharu diceburinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif KNB, Hood Osman. Hood, bagaimanapun enggan menyatakan unjuran perolehan keseluruhan bagi tahun ini, berkata, perkhidmatan sejuk beku yang ditawarkan akan melengkapkan lagi jaringan perniagaan di bawah segmen halal. "Tahun lalu, kita mencatat perolehan sebanyak RM11 juta dan melalui perkhidmatan sejuk beku, kita yakin sasaran itu mampu dicapai, " katanya dalam sidang akhbar selepas memeterai perjanjian persefahaman dengan Gerimis Baiduri Sdn. Bhd., di sini hari ini. Turut hadir adalah Pengarah Urusan Gerimis Baiduri Datuk T.S Liew yang mewakili syarikat tersebut. Kerjasama kedua-dua syarikat ini membabitkan rantaian penyediaan pusat halal untuk perkhidmatan pengangkutan dan penyimpanan untuk industri sejuk b

TNB meterai janji RM2.14b projek hidro elektrik

TNB meterai janji RM2.14b projek hidro elektrik KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah memeterai dua perjanjian bagi projek pembinaan hidroelektrik di Ulu Jelai; dekat Tanah Tinggi Cameron; Pahang dengan nilai keseluruhannya berjumlah kira-kira RM2.14 bilion dan dijangka siap pada tahun 2016. TNB dalam kenyataannya di sini memberitahu, projek itu melibatkan pembinaan sebuah empangan dan pemasangan dua turbin hidro serta janakuasa di stesen janakuasa bawah tanah berkeupayaan membekal tenaga 372 megawatt (MW). Projek itu terdiri daripada Empangan Susu di Sungai Bertam yang membawa aliran air dari Sungai Lemoi dan Sungai Telom melalui benteng lencongan air ke terowong bagi memindahkan air ke empangan. Perjanjian pertama dimeterai dengan dua syarikat kejuruteraan awam berkaitan elektrikal dan mekanikal iaitu SMEC International Pty. Ltd. dan SMEC (Malaysia) Sdn. Bhd. melibatkan kontrak, masing-masing bernilai A$22.1 juta (kira-kira RM67 juta) dan RM31.1 juta

Perodua belanja RM614j tahun ini

Image
Perodua belanja RM614j tahun ini Aminar Rashid Salleh RAWANG 12 Jan. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memperuntukkan RM614 juta sebagai perbelanjaan modal bagi tahun ini dalam usaha mengekalkan kedudukan sebagai peneraju di negara ini untuk tahun kelima berturut-turut. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, perbelanjaan modal itu merangkumi pembinaan kilang transmisi automatik elektronik baru berharga RM250 juta, pembangunan untuk model baru RM300 juta dan perbelanjaan lain-lain. Beliau berkata, penubuhan kilang E-AT milik Daihatsu Motor Company (DMC) merupakan kilang pertamanya di luar Jepun dan pemilihan Malaysia sebagai destinasi pertama perpindahan teknologi merupakan sesuatu yang amat membanggakan. Ketika ini katanya, model Myvi and ALZA menggunakan E-AT, sebuah sistem transmisi berteknologi tinggi yang memerlukan kemahiran dan peralatan khusus untuk mengeluarkannya. "Perodua merancang mengeksport sistem E-AT dalam jangka masa
Image
Aman Shah khalwat janda didenda RM3,000 PUTRAJAYA 12 Jan. - Penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Aman Shah bersama pasangannya, janda beranak dua masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Syawal tahun lalu. Hakim Syarie, Abu Zaky Mohamad yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan Aman Shah atau nama penuhnya Aman Shah Abu Kassim, 57, dan Rohana Awang, 33, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda. Kedua-duanya membayar denda tersebut. Menurut pertuduhan, Aman Shah dan Rohana didakwa berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September tahun lalu di sebuah apartmen kuarters kerajaan di Blok C1, Tingkat 2, Unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, di sini. Aman Shah yang sudah beristeri didakwa di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala

Md. Zaki hadapi tiga lagi pertuduhan - rasuah

Image
Md. Zaki hadapi tiga lagi tuduhan selepas membabitkan rasuah RM55,300 KUALA LUMPUR 12 Jan. - Selepas menghadapi tuduhan rasuah membabitkan RM55,300 minggu lalu, bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd., di Pasir Gudang, Johor, Md. Zaki Othman hari ini didakwa lagi atas tuduhan serupa di Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam. Di ibu negara, dia didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah dua utas jam tangan bernilai RM92,980 daripada seorang kontraktor, dua tahun lalu. Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula, Md. Zaki berhadapan dengan tuduhan meminta suapan RM30,600 daripada kontraktor yang sama bagi bayaran tiga set perabot rumah. Bagi ketiga-tiga tuduhan tersebut, lelaki berusia 48 tahun itu yang diwakili peguam T. Vijaya Sandran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Pada 3 Januari lalu, Md. Zaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,300 kerana membantu meluluskan dan m