Posts

Showing posts with the label lahad datu

Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan

LAHAD DATU 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain... di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu. "Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila m

Kerajaan Filipina temui bukti

Image
DR. Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota-anggota tentera pada majlis perjumpaan dengan warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting, Taiping, Perak, semalam. - BERNAMA TAIPING 15 Mac - Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut. "Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala j

Maritim Malaysia akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat

Image
LAHAD DATU 9 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas. "Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi Maritim Malaysia," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini. Najib berkata, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira