Posts

Showing posts from November, 2013

MALAYSIA dimasa kini

Image
lagi issue tentang pemalsuan mykad.dimana kerajaan digesa agar melakukan bukan lagi pemantauan tapi membuat kerja dimana isu pendatang asing dan pemalsuan mykad makin berleluasa. Ramai tanggapan masyarakat makin memandang pegawai kerajaan malaysia makin korupt atau rosak. semua menunding pada kerajaan yang memandang lewa akan issue pendatang asing yang senang-senang membeli mykad palsu. apakah kerajaan itu sendiri yang memberi ruang atau pun ada agenda tersendiri. nyata pembanjiran pendatang tanpa izin yang senang bekerja di kelab-kelab malam,rumah-rumah urut,seolah-olah kerajaan malaysia mmg tiada kuasa atas pembanjiran itu.. sedangkan imigresen malaysia,jabatan kastam,polis, sudah tiada kuasa.. apa yang merisau kan rumah urut dimalaysia makin banyak seolah-olah cendawan tumbuh yang sukar lagi dibendung. semua meragui tampuk pimpinan kerajaan yang memberi ruang peluang perniagaan yang memburuk kan imej kerajaan itu sendiri,apa kah Dato' Sri H

Semua anggota Rela rakyat tempatan - Ketua Pengarah

Image
HULU TERENGGANU 17 Nov. - Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan pada Ahad semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan. Ini kerana kata beliau pihaknya sentiasa memastikan pemohon yang ingin menyertai pasukan itu mempunyai MyKad yang sah, selain melakukan saringan yang ketat. "Anggota Rela ini bukan saja memiliki kad pengenalan yang tulen tetapi bersih daripada sebarang rekod jenayah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari," katanya kepada pemberita selepas Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Rela Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, di sini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada warga asing menjadi anggota Rela menggunakan kad pengenalan yang diubah suai. "Dakwaan itu tidak dibuktikan secara jelas dan kita juga tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara berkenaan," katanya lagi. Menurut Mustafa, setiap hari kira-kira 5,000 anggota Rela ditugas m

Malaysia berharap pertahan kerusi IMO 2014-2015

SIBU 17 Nov. - Malaysia berharap untuk mempertahan kerusi majlis dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2014-2015, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau berkata, IMO akan mengadakan pemilihan seterusnya pada perhimpunan agung bermula 25 Nov di London. "Malaysia menjadi anggota pertubuhan itu sejak 1971 dan pertama kali dilantik sebagai ahli majlis (Kategori C) pada 2005," katanya semasa melancarkan Hari Maritim Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Esplanade Sibu di sini hari ini. Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal. "Kira-kira 100,000 kapal dari semua saiz dan jenis belayar melalui Selat Melaka di bawah pengawasan dan bidang kuasa kita setiap tahun. "Jadi kita perlu suara kita dalam majlis IMO untuk Malaysia boleh terus menyumbang kepada penambahbaikan sistem maritim di laluan laut yang sangat sibuk di dunia

Pihak sebar berita palsu insiden di Pulau Pom Pom ditegur

Image
ROMPIN 17 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah. Katanya, perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan. "Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini. Beliau juga menegaskan, kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan. "Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapa

Malaysia jadi tuan rumah CHOGM 2019 - PM

Image
COLOMBO (Sri Lanka) 17 Nov. - Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad. Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata, badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah. CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya. Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015. "Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019," jelas Pernyataan itu. Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di

ESSCOM gesa lapor segera kehadiran pendatang asing

Image
AHAD DATU 17 Nov. - Ketua masyarakat di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kehadiran pendatang tanpa izin atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182. "Kerjasama ketua-ketua kampung atau pemimpin masyarakat amat penting supaya pihak keselamatan dapat mengambil tindakan wajar khususnya di perkampungan pesisir pantai dan pulau-pulau di kawasan ESSZONE. "Kita tidak mahu leka dalam hal ini. Oleh itu kita mahu mereka menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan apa sahaja maklumat khususnya yang berkaitan dengan kehadiran pendatang tanpa izin atau kemasukan orang tertentu yang mencuriga

Kes bocor dokumen rasmi Kerajaan Johor diserah kepada polis

Image
PASIR GUDANG 17 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini. "Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini Ahad. Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang. "Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu," kata Mohamed Khaled. Tanpa men

Sektor francais disasar raih RM24.3 bilion 2014

Image
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sektor francais disasar menyumbang RM24.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Untuk tahun ini, katanya, sektor itu menyumbang RM23.6 bilion. "Industri francais kini semakin berkembang dan setakat 13 Nov lalu sebanyak 684 syarikat francais dari pelbagai sektor sudah didaftar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Francais Komuniti Zon Tengah, di sini Ahad. Menurut Hasan, Program Francais Komuniti yang dilancar pada 2011 juga menampakkan kejayaan dengan 280 francaisi mikro diwujudkan setakat ini. Program Francais Komuniti Zon Tengah selama dua hari sejak semalam itu disertai oleh 23 syarikat francais, agensi berkaitan dan Persatuan Francais Malaysia yang menawarkan peluang perniagaan francais kepada masyarakat. Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa kementerian, Mohd. Roslan Mahayudin

Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L

Image
Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini. Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan

Lawatan sulung Najib ke Bangladesh

Image
Lawatan sulung Najib ke Bangladesh DHAKA 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi sulungnya ke Bangladesh selama tiga hari mulai esok bagi meningkatkan hubungan dua hala. Lawatan pertama Najib selaku Perdana Menteri adalah atas jemputan rakan sejawatnya, Sheikh Hasina semasa kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. Bagi Sheikh Hasina, kunjungan Najib itu amat bermakna kerana selain daripada hubungan ekonomi dan politik yang sudah lama terjalin, Malaysia adalah antara negara yang paling awal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Norlin Othman berkata, kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan pelbagai perkara bagi meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala sedia ada. Menurut beliau, Perdana Menteri dijadual tiba ke bandar raya ini malam esok selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di Colombo, Sri Lanka

Tambahan tiga pusat beli-belah premium bakal diwujudkan

Image
Tambahan tiga pusat beli-belah premium mampu jana pendapatan pelancongan KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tiga buah pusat beli-belah premium bakal diwujudkan bagi menjana pendapatan pelancongan kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz. Kata beliau, ini juga bagi menampung kehadiran pelancong luar negara yang akan membanjiri negara sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan. "Tambahan tiga pusat beli-belah premium itu juga selari dengan saranan kerajaan yang telah menjadikan pelancongan beli-belah sebagai agenda ekonomi nasional yang juga mampu meletakkan Malaysia sebagai destinasi pusat beli-belah bebas cukai di rantau ini," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Acara Jualan Akhir Tahun 1Malaysia (1MYES) di Esplanade, KLCC di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin. Acara pelancaran itu juga turut dihadiri oleh 221 peserta pro

Temasek, hopu buy $213mil stake in china dairy maker

Image
Hongkong (Reuter)-Singapore state investor temasek holding and china-focused private equity firm.hopu were among five investors buying a $213mil stake in yashili international holding ltd.after parent china mengniu dairy co ltd sold down shares to meet hongkong listing requirement.

Selamat malam

Image
Kadang malam..itu indah.tapi bisu tanpa angin.lenyapkan nafas bila sesak dalam diri.terasa diri trasing dalam masa terpaku sendiri dalam.hujan.mustahil bagi ku meniggalkan alam yang makin membenciku.hanya mampu ku harapkan kau mampu memaafkan aku suatu hari nanti. Dulu masa terasa tanpa hadnya bagi ku bila kau bersamaku.semuanya tiada mustahil bagi ku.tapi kesilapan ku ialah melihat mu. Yang kini kau hanya menila ku dari cebisan kenangan yang mana hanya keburukan yang kau lihat. Pilihan mu adalah yang terpilih. Bukan kaca yang sbb hati mu hanya pada permata.cuba sedaya mana pun haty ini adalah mustahil bagi membawa mu kesisi sbb diri mu sentiasa antara bintang-bintang yang indah. Apa pun cuma mampu ku ucap.apapun alasan yang ku beri mana mungkin melenyapkan api dalam haty mu.maka biarlah diri ini terbakar..sehingga tiada apa lagi yang mampu kau bakar.hingga tiada ku. Cuma aki.mampu berdoa semoga seatu masa kau mampu memaafkan kan ku dan menilai ku pada diri ku yang sebenar.. Sel

Salam MA'AL HIJRAH

Image
Melangkah meninggalkan sesuatu kenangan yang lalu.Yang pahit ku telan lalu ku lenyapkan buat selamanya meninggalkan aku buat selamanya.semoga tiada lagi suara keluh dalam haty ini lagi.suara cacian dan makian yang terngiang-ngiang dikepala ku.ku maafkan mu.dan ku bebaskan kau selamanya.