Posts

Showing posts with the label Info LuarNegara

Demonstrasi: Menteri Kebudayaan Mesir letak jawatan

Image
Demonstrasi: Menteri Kebudayaan Mesir letak jawatan 22/11/2011 11:51am                                                                                                         Emad Abu Ghazi

Oklahoma dikejutkan dengan gempa bumi

Image
Oklahoma dikejutkan dengan gempa bumi 07/11/2011 1:39am WASHINGTON 7 Nov. – Satu gempa bumi yang jarang berlaku berukuran 5.6 skala Ritcher melanda bahagian tengah negeri Oklahoma, Amerika Syarikat pada lewat kelmarin, namun tiada kecederaan dilaporkan. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 10.53 malam (11.53 pagi waktu Malaysia), enam kilometer dari bandar Sparks pada kedalaman lima kilometer. Bagaimanapun kejadian itu turut menyebabkan beberapa kerosakan. – AFP info link~seismic reader Earthquake overview : After having experienced a foreshock with a magnitude of 4.6 at 5:30 PM on August 22, a second strong mainshock measuring 5.3 magnitude (5.5 initially reported)  scared the Trinidad, Raton area. "I have Felt it" Reports –> see below + Let us know how you have felt this earthquake UPDATE 16/09 – 16:40 UTC : M 3.8      2011/09/16 14:51     Depth 5.0 km      NEW MEXICO / COLORADO 08:51:51 AM at epicenter

Maharaja Jepun dimasukkan ke hospital

Image
Maharaja Jepun dimasukkan ke hospital 07/11/2011 1:39am TOKYO 7 Nov. – Maharaja Jepun, Akihito dimasukkan ke hospital semalam kerana mengalami demam dan bronkitis, lapor pihak istana. Jurucakap agensi keluarga maharaja berkata, Akihito yang berusia 77 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam berterusan dan mula menunjukkan tanda-tanda bronkitis. Tambahnya, maharaja Akihito akan menerima rawatan di hospital Universiti Tokyo di mana cucu perempuannya, puteri Aiko pernah dirawat kerana mengalami pneumonia. Akihito, yang naik takhta pada tahun 1989 berikutan kematian bapanya, Maharaja Hirohito, menjalani pembedahan kanser prostat pada Januari 2003. – AFP

5.2-magnitude aftershock jolts New Britain region, Papua New Guinea -- USGS

Image
5.2-magnitude aftershock jolts New Britain region, Papua New Guinea -- USGS                       HONG KONG, Aug. 4 (Xinhua) -- An aftershock measuring 5.2 on the Richter scale jolted New Britain region, Papua New Guinea at 0648 Beijing Time on Thursday (2248 GMT on Wednesday), minutes after a 5.9-magnitude quake, the U.S. Geological Survey said. The epicenter of the aftershock, with a depth of 23.9 km, was initially determined to be at 5.0355 degrees south latitude and 148.2498 degrees east longitude

Kereta api kemalangan lagi, tiada cedera

Image
Kereta api kemalangan lagi, tiada cedera 01/08/2011 2:10am NEW DELHI 31 Julai - Sebuah kereta api ekspres melanggar sebuah kereta api penumpang lain di timur India hari ini, namun tiada kecederaan dilaporkan. Agensi Berita Trust of India melaporkan, enjin kereta api ekspres Guwahati-Bangalore tergelincir apabila berlanggar dengan sebuah kereta api tempatan di daerah Malda West Bengal, kira-kira 350 kilometer di utara Kolkata. Nahas itu adalah yang kedua selepas kejadian nahas sebuah kereta api ekspres dari Kolkata tergelincir pada kelajuan tinggi di utara Uttar Pradesh tiga minggu lalu, menyebabkan 63 orang terbunuh. - AFP

Al-Qaeda ikrar balas dendam

Image
Al-Qaeda ikrar balas dendam DUBAI 6 Mei - Al-Qaeda berikrar membalas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya termasuk Pakistan di atas pembunuhan ketuanya, Osama bin Laden, kata kumpulan militan itu dalam satu kenyataan semalam. Kumpulan militan itu juga berjanji akan menyiarkan ramakan audio oleh Osama seminggu sebelum dia dibunuh. ``Osama tidak membina satu organisasi yang akan terkubur selepas kematiannya,’’ kata kumpulan itu. - Reuters

Perintah darurat 50 tahun akan ditarik balik

Image
Perintah darurat 50 tahun akan ditarik balik 17/04/2011 5:09am Damsyik 17 April – Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan bahawa perintah darurat di negara ini yang telah dikuatkuasakan hampir 50 tahun akan ditarik balik dalam tempoh seminggu. “Suruhanjaya pentadbir perintah darurat telah menyiapkan usul peraturan baru yang akan dihantar kepada kerajaan, sekali gus akan memperkenalkan undang-undang baru di negara ini dalam tempoh seminggu,” katanya. Perintah darurat yang mengharamkan perhimpunan awam, memberi kuasa kerajaan menyoal siasat individu dan memantau komunikasi peribadi serta mengawal media telah dikuatkuasakan sejak 1963 di Syria. – AFP

Jordan tahan 70 penunjuk perasaan

Image
Jordan tahan 70 penunjuk perasaan 17/04/2011 5:04am AMMAN 17 April – Pasukan keselamatan Jordan semalam menahan 70 penunjuk perasaan selepas tercetusnya protes ganas yang menyebabkan hampir 100 orang cedera. Suspek yang merupakan pergerakan ultra konservatif Sunni Islam Salafist ditahan ketika operasi di bandar Zarqa dan Rassifeh, beberapa jam selepas penunjuk perasaan menyerang polis. Perdana Menteri Maaruf Bakhit menuduh pergerakan itu memiliki pertubuhan bersenjata dan menegaskan kerajaan akan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan. – AFP

Haiti tunda lagi pengumuman pilihan raya

Image
Haiti tunda lagi pengumuman pilihan raya 17/04/2011 5:10am                     PORT-AU-PRINCE 17 April – Pegawai pilihan raya Haiti semalam buat kedua kalinya menunda tarikh pengumuman keputusan pilihan raya umum negara ini ke hari Rabu. Keputusan pilihan raya itu pada asalnya dijadualkan diumumkan semalam tetapi telah ditunda ke hari Isnin, dan kini ditunda sekali lagi ke hari Rabu. Menurut Majlis Pilihan Raya Sementara dalam satu kenyataan, penundaan itu dibuat ekoran pertikaian jumlah undi sangat tinggi. – AFP

Wozniacki mudah ke perlawanan akhir Piala Family Circle

Image
Wozniacki mudah ke perlawanan akhir Piala Family Circle 10/04/2011 11:48am   CHARLESTON, Carolina Selatan 10 April – Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki menewaskan Jelena Jankovic dari Serbia 6-4, 6-4 pagi ini untuk mara ke perlawanan akhir bertemu Elena Vesnina pada kejohanan Piala Family Circle, di sini. Pemain Denmark ini kini mengintai kejuaraan ketiga kejohanan tersebut tahun ini selepas memenanginya di Indian Wells dan Dubai. Sementara itu, Vesnina, pemain ranking ke-56, tidak pernah memenangi sebarang kejohanan Jelajah WTA dan berharap mencipta kejayaan pada perlawanan akhir kelima beliau. Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan pemain China, Peng Shuai 7-6, 6-3 di peringkat separuh akhir. - Reuters

Formula Satu: Vettel takluk Litar Antarabangsa Sepang

Image
Formula Satu: Vettel takluk Litar Antarabangsa Sepang 10/04/2011 6:21pm SEPANG 10 April – Juara dunia, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Malaysia selepas mendominasi perlumbaan dari permulaan, iaitu kemenangan kedua berturut-turut musim ini. Pelumba Jerman berusia 23 tahun yang memandu Red Bull bermula di petak depan untuk mengatasi Jenson Button dari McLaren, juara 2009 dan Nick Heidfeld dari pasukan Lotus Renault di tempat ketiga. Keputusan penuh Grand Prix Malaysia: 1. Sebastian Vettel (GER/Red Bull) 2. Jenson Button (GBR/McLaren) 3. Nick Heidfeld (GER/Lotus Renault) 4. Mark Webber (AUS/Red Bull) 5. Felipe Massa (BRA/Ferrari) 6. Fernando Alonso (ESP/Ferrari) 7. Lewis Hamilton (GBR/McLaren) 8. Kamui Kobayashi (JPN/Sauber) 9. Michael Schumacher (GER/Mercedes GP) 10. Paul di Resta (S

Seri di gelanggang sendiri: Bayern Munich pecat van Gaal

Image
Seri di gelanggang sendiri: Bayern Munich pecat van Gaal   10/04/2011 6:24pm BERLIN 10 April – Kelab bola sepak Jerman, Bayern Munich telah memecat jurulatihnya, Louis van Gaal berikutan hanya mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri ketika menentang Nuremberg dalam Liga Jerman semalam. - Reuters

letupan di fukushima nuclear complex

Image
Another explosion has been reported at the stricken Fukushima nuclear complex as Japan scrambles to avert a meltdown. download video laporan media luar LATEST: Japan faced potential catastrophe on Tuesday after a quake-crippled nuclear power plant exploded and sent low levels of radiation floating toward Tokyo, prompting some people to flee the capital and others to stock up on essential supplies. Prime Minister Naoto Kan urged people within 30km of the facility north of Tokyo to remain indoors and conserve power amid the world's most serious nuclear disaster since the Chernobyl disaster in Ukraine in 1986. The French Embassy in Tokyo warned that a low level of radioactive wind could reach the capital, 240 km south of the plant. Radiation levels in the city of Maebashi, 100 km north of Tokyo were up to 10 times normal levels, Kyodo news agency said. Only minute levels were found in the capital itself, which so far were "not a problem", city

11 cedera letupan gas hidrogen

Image
11 cedera letupan gas hidrogen FUKUSHIMA 14 Mac - Seramai 11 orang cedera dalam satu letupan gas hidrogen di loji tenaga nuklear di Fukushima hari ini, letupan kedua dalam tempoh tiga hari yang menggegarkan loji tenaga nuklear Jepun, di mana pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan teras reaktor yang boleh menyebabkan bahan radioaktif berbahaya terlepas ke udara. Kejadian itu memburukkan lagi krisis nuklear di negara matahari terbit ini ekoran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu. Pasukan jurutera dan penyelamat berusaha sepanjang hujung minggu untuk mencegah malapetaka nuklear dan membantu berjuta-juta penduduk yang terputus bekalan elektrik atau air dalam krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Dinding tebal yang melindungi teras di reaktor No. 3 di Fukushima masih utuh selepas letupan itu, tetapi penduduk yang masih berada di zon pemindahan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu diingatkan tidak keluar

Singapura uji makanan dari Jepun

Singapura uji makanan dari Jepun SINGAPURA 14 Mac - Singapura akan menjalankan ujian ke atas makanan yang diimport dari Jepun bagi mengetahui tahap pencemaran radiasi berikutan kebocoran loji nuklear di negara itu, menurut satu laporan media, hari ini. Menurut laporan akhbar Straits Times , pihak berkuasa Pertanian dan Vaterina negara ini ditugaskan membuat pemantauan ke atas semua produk makanan dari Jepun, termasuk buah-buahan, sayuran, daging dan makanan laut berdasarkan sumber dan potensi risikonya terhadap pencemaran. "Sampel akan diambil untuk menjalani ujian radiasi dan produk segar akan diberi keutamaan," kata jurucakap pihak berkuasa tersebut. Katanya, pihak berkuasa akan memantau situasi dan perkembangannya. Singapura mempunyai sejumlah besar restoran makanan Jepun yang mendapat bahan mentah secara terus dari negara matahari terbit itu. - Dpa

Thai luluskan bantuan RM15.2j kepada Jepun

Thai lulus bantuan RM15.2j kepada Jepun BANGKOK 14 Mac - Kabinet Thailand hari ini meluluskan dana berjumlah 200 juta baht (RM15.2 juta) bagi membantu mangsa tsunami di Jepun serta bantuan bekalan beras. Menurut Menteri Luar Negara, Kasit Piromya, Thailand juga merancang menghantar satu pasukan perubatan terdiri daripada 35 doktor ke Jepun, malam ini. Negara anggota ASEAN itu yang merupakan pengeksport beras terbesar di dunia turut akan menghantar sebanyak 15,000 tan beras ke Jepun. - dpa

Polis Yemen tembak mati 2 penunjuk perasaan

Image
Polis Yemen tembak mati 2 penunjuk perasaan Para penyokong kerajaan Yemen serta polis antirusuhan berkumpul di sebatang jalan raya di Sanaa bagi menyekat penunjuk perasaan antikerajaan di Sanaa, kelmarin. - AP SANAA 14 Mac - Dua orang maut, manakala ramai lagi dilaporkan cedera apabila polis Yemen melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Sanaa dan Aden. Saksi berkata, mangsa yang cedera kebanyakannya terkena gas pemedih mata dan segelintir terkena serpihan peluru hidup. Dua orang penunjuk perasaan cedera serius dalam pertempuran yang berlaku berhampiran Universiti Sanaa. Di selatan pelabuhan Aden, seorang penunjuk perasaan terbunuh setelah ditembak ketika berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis manakala seorang lagi mangsa terbunuh akibat ditembak polis semalam, kata seorang doktor dari hospital berdekatan. - Reuters

Gaddafi kuasai semula Brega

Image
Gaddafi kuasai semula Brega Dua orang pemberontak menggunakan mesingan antipesawat di Brega sebelum tentera yang setia kepada Gaddafi menawan bandar itu, kelmarin. - AFP AJDABIYAH, Libya 14 Mac - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya menguasai semula Brega, bandar minyak strategik, selepas bertempur dengan pemberontak semalam, ketika Perancis berjanji akan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menguatkuasa zon larangan terbang di negara ini. Tentera kerajaan yang menuju ke bahagian timur negara ini melalui jalan pantai, merampas semula Brega awal pagi semalam ketika keyakinan mereka dilihat semakin bertambah untuk mara ke kubu kuat pemberontak di Benghazi. Bagaimanapun pemberontak yang meneruskan protes untuk menamatkan pemerintahan Gaddafi berkata, mereka berjaya merampas semula Brega malam tadi. Kenyataan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan. Tentera kerajaan yang berjaya menawan semula sebuah lagi bandar minyak, Ras Lanuf kira-kira 1
Image
Risiko letupan loji nuklear ke atas kesihatan rendah Kepulan asap menjulang ke udara dari kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas berlaku letupan di kompleks itu, semalam. - REUTERS OSLO 14 Mac - Risiko ke atas kesihatan ekoran letupan reaktor nuklear di Jepun agak rendah dan angin diramal membawa bahan tercemar dari loji-loji terbabit ke Lautan Pasifik tanpa mengancam negara-negara lain, kata pakar. Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986. Tahap radiasi juga dilapor meningkat di loji atom Onagawa. "Insiden ini bukanlah satu isu yang serius kepada kesihatan awam buat masa sekarang. "Ia tidak akan menjadi seperti Chernobyl. Semasa letupan reaktor di Ukraine itu berlaku, ia beroperasi sepenuhnya dan tidak mempunyai sistem untuk mencegah pelepasan bahan radioaktif," kata Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa B

70 negara hantar pasukan bantuan ke Jepun

70 negara hantar pasukan bantuan ke Jepun TOKYO 14 Mac - Pasukan penyelamat daripada beberapa negara hari ini mula menyertai usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat, dalam usaha antarabangsa membantu Jepun menghadapi bencana alam itu. Sebanyak 70 negara menawarkan pertolongan kepada Jepun, bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutunya, tetapi juga dari China yang mempunyai hubungan tegang dengannya, selain bandar Kandahar, Afghanistan. ''Kami menawarkan rakan kami, Jepun apa jua bantuan yang diperlukan, Amerika Syarikat akan bersama Jepun ketika mereka pulih dan membina semula negara itu,'' kata jurucakap White House, Jay Carney. Beliau berkata, dua pasukan pencari dan penyelamat AS, bersama-sama 144 kakitangan dan 12 anjing telah memulakan tugas mereka hari ini bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Agensi berita China, Xinhua melaporkan pasukan penyelamat China dengan 15 anggota juga berada di