Posts

Showing posts with the label Isu Rakyat

Sara 1Malaysia dijamin Malaysian Development Holdings

Image
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur Sara 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd ( PNB ), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Permohonan untuk Sara 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan. Skim berkenaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sara 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB. Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha

SBPA disemak semula bagi selesaikan isu berbangkit

Image
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA. "Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ). Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu, ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. – BERNAMA

Rayu Sultan Kedah campur tangan isu madrasah

Rayu Sultan Kedah campur tangan isu madrasah ALOR SETAR 20 Nov. – Seluruh jemaah dan ahli kariah Madrasah Salihiah memohon Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah agar campur tangan bagi menghalang tindakan kerajaan negeri membenarkan kerja-kerja merobohkan madrasah itu untuk dibina kompleks beli-belah. Pengerusi madrasah, Ahmad Hamzah berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil sekiranya kerajaan negeri terus membenarkan pengambilalihan itu dan mahu membina surau di bawah Kompleks Tunku Yaacob tersebut. “Kita mungkin mempersembahkan rayuan kepada Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam negeri kerana kerajaan negeri ketika ini mengetepikan syiar Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. Ahli-ahli kariah dan masyarakat Islam setempat baru-baru ini membantah tindakan kerajaan Pas Kedah mahu merobohkan madrasah itu bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah di atas tanah wakaf tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, madra