Posts

Showing posts with the label gambar artis

Cantik Fasha Sandha di Majalah GLAM

Image
Fasha Sandha muncul sebagai cover model untuk majalah personaliti hiburan, GLAM edisi November 2011. Cover majalah ini menampilkan Fasha Sandha mengenakan gaun Bottega Gown dan gelang Yves St. Laurent, diamil di rumah pereka fesyen terkenal tanahair, Rizalman Ibrahim. Hakikatnya, Fasha kelihatan sungguh gorgeous walaupun tohmahan, kontroversi dan kritikan diterimanya sepanjang bergelar selebriti.

Ana Raffali Semakin Dibenci?

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish

Image
 Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, say

"Saya Bukan Perampas"-Neelofa

Image
 "Saya Bukan Perampas"-Neelofa "Saya Bukan Perampas"-Neelofa Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.

Bunga Deja berbisa

Image
Bunga Deja berbisa! DEJA MOSS BUNGA lambang kasih, simbol penyatuan rasa dan tanda penghargaan. Ia mampu membuatkan penerimanya tersenyum namun bunga juga ada duri dan racun berbisa. Sesuatu yang melucukan, apabila sejambak bunga boleh membenihkan curiga dan menyalakan api kesumat. Itu yang terjadi apabila dua pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), Norish Karman dan Farahdhiya yang tidak dihadiahkan jambangan bunga oleh salah seorang pelakon teater itu sendiri, Deja Moss yang dikatakan bersekutu dengan Safura Yaacob. Deja juga teruk dikecam, kononnya sengaja berniat memalukan Farahdhiya dan Norish apabila hanya menyediakan 10 jambangan bunga walaupun ada 12 pelakon yang menjayakan TKC. Isu itu terjadi pada pementasan sehari sebelum TKC berakhir, Ahad lalu. Mereka turut bertengkar secara sinis ketika ujian bunyi dilakukan keesokan harinya. Berlaku juga adegan sindir-menyindir antara Deja, Norish dan Farahdhiya. Deja ada membuat penjelasan kepada sebuah portal

video ucapan lisa surihani untuk peminat sempena ffm 23

Image
Welcome! Pertama kali sampai di sini? Jadi fan kami di facebook dan langgan RSS Limau Ais supaya anda tidak terlepas sebarang gosip panas dan berita terkni artis. Update terpantas follow limau ais di twitter . Lisa Surihani dan Shaheizy Sam bergandingan di Festival Filem Malaysia (FFM23) sempena filem baru mereka 'Sekali Lagi' Video special ini dari Lisa Surihani khas untuk peminat beliau yang tidak berhenti memberi sokongan sehingga Lisa Surihani berjaya mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia FFM 23 menerusi lakonan beliau dalam filem Lagenda Budak Setan. Walaupun ramai yang bising dalam twitter sebab mungkin mereka fikir Lisa tak layak, we should not criticize sebab keputusan dari juri adalah muktamad, mereka yang lebih hebat dan luas pengalaman nya dalam bidang seni. Banyak je artis dan pelakon yang tidak mendapat penghargaan di negara sendiri tetapi cemerlang dan berjaya di negara orang, siap dapat anugerah dari negara luar. So , fikir

Rafflesia Taja 7 Selebriti Ternama di FFM23

Image
Semalam, Rafflesia telah mengadakan satu majlis pengumuman untuk menaja barang kemas untuk dipakai oleh 7 orang selebriti wanita ternama di Festival Filem Malaysia 23. Antara selebriti yang terlibat ialah Sharifah Amani, Sharifah Shahirah, Nasha Aziz, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Farah Asyikin dan Diana Danielle. Semua yang hadir memakai busana yang direka oleh Rizman Ruzaini kecuali Nasha Aziz yang mengenakan gaun merah dari pereka ternama yang lain. Boleh dikatakan semua selebriti pernah menjulang trofi di acara gemilang FFM. Turut serta ialah hos untuk FFM23 iaitu Sharifah Shahirah. Rafflesia juga mengumumkan untuk memberikan hadiah berupa barangan kemas bernilai RM5,000 kepada selebriti yang mendapat Pakaian Terbaik Lelaki dan Pakaian Terbaik Wanita. Turut berpeluang memenangi hadiah ialah pereka fesyen yang berjaya mereka busana untuk pemenang Pakaian Terbaik dan Wanita. Ini adalah sebagai tanda menghargai penat lelah pereka fesyen dan juga selebriti untuk melaram