Posts

Showing posts with the label info news

Tingkat Kebajikan Golongan OKU

Image
tingkat kebajikan golongan OKU KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melakukan transformasi kedua terhadap pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memperbaiki kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU). Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tumpuan transformasi itu terbahagi kepada tiga iaitu pemerkasaan ekonomi OKU, penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) serta memastikan PDK boleh diakses semua kategori OKU. Katanya, ia susulan transformasi pertama oleh kementerian pada 2007 yang mendapat peruntukan kira-kira RM60 juta daripada Kerajaan Persekutuan. "Kementerian difahamkan ramai di antara mereka mahu berdikari tanpa mengharapkan bantuan semata-mata. Sebab itu, kita mahu gilap bakat melalui latihan dan beri peluang mereka perkasakan ekonomi. "Teknologi terkini seperti AAC juga akan digunakan dalam program berkenaan selain latihan teknik terbaru untuk petugas PDK bagi mengendalik

Penerbangan timur sumbang RM100j

Penerbangan timur sumbang RM100j KOTA KINABALU 15 Nov. - Penerbangan Malaysia (MAS) yakin hab penerbangan wilayah timur di sini, yang dilancarkan hari ini mampu meningkatkan perolehan tahunan syarikat antara RM60 hingga RM100 juta setahun. Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid berkata, sasaran tersebut mampu dicapai menerusi pengenalan laluan ke destinasi baru dan meningkatkan kekerapan penerbangan di laluan sedia ada. "Jika bercakap mengenai laluan baru, kami akan terbang sebanyak tiga kali seminggu ke Haneda, Jepun bermula hari ini, tiga kali seminggu ke Perth, Australia dan dua kali seminggu ke Osaka, Jepun bermula 15 Januari tahun depan. "Menjelang 15 Januari tahun depan juga, perkhidmatan mingguan tanpa henti ke Seoul, Korea Selatan dari Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada empat kali seminggu berbanding tiga kali sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kota Kinabalu Hab Wilayah Timur MAS oleh K

AirAsia X tawar tambang rendah

Image
AirAsia X tawar tambang rendah mengagumkan KUALA LUMPUR 15 Nov. - AirAsia X, syarikat penerbangan jarah jauh terkemuka Asia, kini kembali dengan menawarkan tambang rendah yang mengagumkan untuk semua destinasi, kecuali Jepun. Tambang “Amazing Low Fare” itu ialah dari 15-17 November dan boleh diperolehi secara eksklusif dalam talian di www.airasia.com. Tempoh perjalanan untuk tambang rendah ini ialah dari 1 Julai hingga 10 November, 2011. "Kami amat gembira dapat menawarkan tambang sedemikian kepada semua destinasi AirAsia X (kecuali Jepun),” kata ketua pegawai eksekutif, Azran Osman-Rani dalam satu kenyataan hari ini. Sementara itu, AirAsia baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan dalam talian baharunya iaitu “Flight Transfer Services” untuk para penumpangnya. - Bernama

22 negara sahkan sertai MAHA 2010

Image
22 negara sahkan sertai MAHA 2010 SEPANG 15 Nov. - Sebanyak 22 negara mengesahkan untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, dari 26 November hingga 5 Disember. Ketua Setiauasaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, negara-negara berkenaan termasuk dari Eropah, Afrika, Timur Tengah, Australia dan ASEAN. "MAHA tahun ini akan lebih besar dan banyak penyertaan dari dalam serta luar negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen publisiti MAHA 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. MAHA 2010 dengan tema “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” akan berlangsung selama 10 hari berbanding 13 hari pada 2008. - Bernama

Gerakan mahu Kedah tarik balik larangan media

Gerakan mahu Kedah tarik balik larangan media 15/11/2010 5:17pm KUALA LUMPUR 15 Nov. - Gerakan Kedah meminta kerajaan negeri menerima kritikan yang membina dan membatalkan keputusannya untuk melarang beberapa organisasi media daripada membuat liputan sidang dewan negeri yang bermula semalam. "Ia bertentangan dengan kebebasan bersuara dan mendapat maklumat,” kata Pengerusi Gerakan Kedah, Dr. Cheah Soon Hai sambil menambah bahawa orang ramai membaca apa yang ingin mereka baca dan bukan atas perintah kerajaan Pas Kedah. Beberapa wakil organisasi media tidak dibenarkan untuk membuat liputan dan ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk utama bangunan Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam. Dr. Cheah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga menyifatkan larangan itu sebagai penindasan oleh kerajaan negeri terhadap organisasi media yang tidak melaporkan berita mengikut kehendak mereka. - Bernama

60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri

Image
60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. "Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. "Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini. Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seim

PDRM serah kawalan sempadan kepada tentera

Image
PDRM serah kawalan sempadan kepada tentera 15/11/2010 9:17pm RANTAU PANJANG 15 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dengan rasminya menyerahkan tugas mengawal sempadan Malaysia dengan Thailand kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis menandatangani serah menyerah tugas dibuat oleh Panglima Markas Dua Briged Brigadier Jeneral Datuk Zulkifli Mansor dan Panglima Markas Lapan Briged Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mutalib bagi pihak ATM manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) diwakili Komander Briged Tenggaranya, SAC Abdul Rahim Jaafar. Majlis penyerahan rasmi yang membabitkan kawasan sempadan Kelantan, Kedah/Perlis dan pantai barat Semenanjung Malaysia disaksikan oleh Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Nor Daud dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) bahagian Pasukan Gerakan Am, Pengurusan Sempadan dan Keselamatan Lapangan Terbang, Datuk Salleh Mat Rasid. Salleh berkata melalui perjanjian itu, ATM akan me

Misteri kehilangan anak lembu

Image
Misteri kehilangan anak lembu akhirnya terjawab Anggota bomba mengangkat seekor ular seberat kira-kira 100 kilogram di Teluk Intan, semalam TELUK INTAN 12 Nov. – Misteri kehilangan beberapa ekor anak lembu di Hujung Rintis di sini terjawab apabila penduduk kampung menjumpai seekor ular sawa sepanjang lebih sembilan meter dan beratnya kira-kira 100 kilogram. Ular sawa berwarna coklat gelap itu berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat ketika ular tersebut cuba menelan seekor lagi anak lembu pada pukul 1.30 pagi semalam. Seorang penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu, Mohd. Sahar Dahalan, 45, berkata, dia tidak menjangka ‘benda’ panjang yang melintangi jalan raya sehingga menghalang perjalanannya itu adalah seekor ular sawa. ‘‘Saya terkejut mendapati apa yang saya lihat itu sebenarnya ialah ular sawa yang besar dan panjang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Rakannya, Mat Dani Mat Saat, 24, pula berkata, dia terpaksa

Laluan Kulim-Baling ditutup

Laluan Kulim-Baling ditutup KULIM 12 Nov. - Laluan Jalan Kulim-Baling berdekatan jambatan di pekan Merbau Pulas di sini terpaksa ditutup sementara kepada lalu lintas berikutan kejadian runtuhan tebing Sungai Sedim malam tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Sin Song berkata, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan menutup laluan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini kerana ia kini berada pada tahap bahaya. Katanya, runtuhan tebing sungai tersebut terhasil selepas sebuah paip besar yang menyalurkan air untuk kegunaan domestik pecah malam tadi. "Laluan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 12 tengah hari sehingga 16 November ini. "Kerja-kerja membaiki tebing runtuhan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Sin Song, pada mulanya, hanya k

10 kelebihan coca-cola

Image
10 kelebihan coca-cola " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun bada