Dua pengarah didakwa kirim wang RM17j
Dua pengarah didakwa kirim wang RM17j PULAU PINANG 23 Dis. - Dua pengarah syarikat pengurup wang bersama syarikat mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 tuduhan termasuk di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 membabitkan pengiriman dana keluar negara bagi pihak ketiga berjumlah 17 juta, dua tahun lalu. Mereka ialah Kalander Mydin R.K. Abdul Jabbar, 46, dan Mohamad Imtiaz Rajah Mohamed, 33, yang merupakan pengarah syarikat R. Kalander Sdn. Bhd. atas tuduhan gagal menyimpan rekod transaksi mata wang tempatan yang melebihi RM20,000 seperti yang ditentukan pihak berkuasa. Mereka mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut ketika ia dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid. Setiap tertuduh termasuk syarikat R. Kalender menghadapi 10 pertuduhan setiap seorang. Mengikut pertuduhan utama, kedua-dua tertuduh dan syarikat itu didakwa telah membuat pengiriman dana ke luar Malaysia bagi pihak ketiga membabitkan antara RM3 juta hingga RM4 ...