Posts

Tarik pelabur

Image
Kelebihan tarik pelabur Najib Tun Razak bersama Mohamed Dzaiddin Abdullah (dua dari kiri) memegang buku Powering Business Sustainability sambil diperhatikan oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz (kiri), Dr. Nik Ramlah Mahmood dan Yusli Mohamed Yusoff pada majlis pelancaran Pengukuhan Program untuk Penguasaan Perniagaan Korporat Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Syarikat yang menyepadukan tanggungjawab sosial dan strategi perniagaan mempunyai kelebihan untuk menarik lebih ramai pelabur. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat kajian yang menunjukkan hubung kait positif di antara amalan kemampanan syarikat dengan prestasi harga saham. "Ukuran pelaburan ketika ini mula berubah apabila pelabur lebih memberi fokus kepada kualiti berbanding kuantiti. "Pelaburan bertanggungjawab sosial seperti penjagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus digabungkan dengan petunjuk kewangan yang kukuh dikenal pasti sebagai peluang pelabur

Choo Keong dedah dua lagi nama

Image
Choo Keong dedah dua lagi nama Wee Choo Keong KUALA LUMPUR 23 Nov. – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menghangatkan kembali isu rasuah dan kecurian pasir di Selangor apabila mendedahkan dua lagi nama individu yang didakwa terlibat dalam kes itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Dakwanya, dua individu itu ialah Pengurus Pemasaran Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Wong Swee Leong dan pemilik syarikat Sungai Rambai Angkut Sdn. Bhd., Datuk Tan Chin Huat yang mendapat tender membeli pasir daripada KSSB. Menurut Choo Keong, Swee Leong merupakan individu yang dilantik oleh Exco Selangor, Ronnie Liu ke jawatan itu di KSSB yang merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor. “Swee Leong dilantik oleh Ronnie Liu untuk menjalankan pelbagai kegiatan di mana syarikat seperti Sungai Rambai Angkut Sdn. Bhd. milik Chin Huat mendapat kontrak pasir pada harga RM13.50 berbanding harga biasa iaitu RM17.50,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tamba

Pegawai kanan Yayasan Selangor

Majlis jamuan: Pegawai kanan Yayasan Selangor direman SHAH ALAM 23 Nov. - Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kos tidak munasabah majlis jamuan makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu baru- baru ini yang didakwa mencecah RM300,000. Perintah tahanan reman selama seminggu yang bermula hari ini sehingga 29 November ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar kira-kira pukul 12 tengah hari ini. Terdahulu, lelaki itu yang diarahkan bercuti selama sebulan oleh kerajaan negeri berikutan kontroversi perbelanjaan tidak munasabah untuk majlis makan tengah hari itu dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi. Semalam, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.35 petang oleh sekumpulan pegawai SPRM di kediamannya sebelum dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selan

IPOH - 19 ditangkap seleweng diesel

Image
19 ditangkap seleweng diesel subsidi SEORANG kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membawa keluar sejumlah dokumen bagi membantu siasatan kes penyelewengan diesel bersubsidi di Manjung, Perak, semalam. IPOH 23 Nov. - Seramai 19 individu ditahan di seluruh negara kerana didakwa terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan dalam operasi besar-besaran yang dijalankan di seluruh negara, sejak Jun lalu sehingga semalam. Mereka yang ditahan melibatkan pengusaha jeti, pemilik bot, tangki minyak haram (skid tank), depot individu dan persatuan nelayan kawasan (PNK) di empat negeri iaitu Perak, Pahang, Perlis dan Kedah. Dalam kira-kira 20 serbuan yang dijalankan bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu, sebanyak 414,000 liter diesel bersubsidi berjaya disita. Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Jamidan Abdullah berkata, selain itu, pihaknya

Sukan Asia: Takraw gagal

Sukan Asia: Takraw gagal sumbang emas GUANGZHOU 24 Nov. - Skuad takraw kebangsaan kempunan untuk meraih pingat emas antara regu apabila sekadar meraih perak selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan round-robin dengan straight set 12-21, 19-21. - Utusan

Seleweng diesel

Image
Seleweng diesel: Keahlian dibatal, bantuan disekat Datuk Seri Noh Omar KUANTAN 24 Nov. - Nelayan-nelayan yang didapati bersalah melakukan penyelewengan diesel bersubsidi akan dibatalkan keahlian mereka serta-merta dan disekat daripada menerima sebarang bantuan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum ini pihaknya turut mengambil beberapa tindakan terhadap nelayan yang menyalahgunakan diesel subsidi yang diberikan kepada mereka. "Kita telah mengambil tindakan seperti menggantung lesen pam minyak dan sekiranya mereka masih melakukan penyelewengan dan didapati bersalah, mereka akan dilucutkan keahlian dan digantung daripada menerima sebarang bentuk bantuan termasuk elaun sara hidup,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Logo Kelulusan Untuk Mengeksport Ikan Dan Hasilan Ikan ke EU (Kesatuan Eropah) bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini hari ini. - Bernama

Polis dilengkapi teknologi terkini

Image
Polis dilengkapi teknologi terkini atasi jenayah rentas sempadan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri JITRA 24 Nov. - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperlengkapkan dengan ilmu dan teknologi terkini bagi menangani jenayah merentasi sempadan yang semakin meningkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, polis perlu mengetahui perkembangan terkini dan mengikut peredaran zaman kerana jenayah dan penjenayah masa kini semakin canggih. Katanya, jenayah yang merentasi sempadan seperti keganasan, penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, jenayah komersial dan perjudian menerusi internet berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. "Teknologi sekarang semakin canggih. Ia semakin meningkat bukan hanya di negara kira, bukan hanya di rantau ini tetapi di seluruh dunia. Kita tak boleh toleh belakang. Kita kena bekerjasama dengan agensi-agensi (penguatkuasaa