Posts

Dua pengarah didakwa kirim wang RM17j

Dua pengarah didakwa kirim wang RM17j PULAU PINANG 23 Dis. - Dua pengarah syarikat pengurup wang bersama syarikat mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 tuduhan termasuk di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 membabitkan pengiriman dana keluar negara bagi pihak ketiga berjumlah 17 juta, dua tahun lalu. Mereka ialah Kalander Mydin R.K. Abdul Jabbar, 46, dan Mohamad Imtiaz Rajah Mohamed, 33, yang merupakan pengarah syarikat R. Kalander Sdn. Bhd. atas tuduhan gagal menyimpan rekod transaksi mata wang tempatan yang melebihi RM20,000 seperti yang ditentukan pihak berkuasa. Mereka mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut ketika ia dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid. Setiap tertuduh termasuk syarikat R. Kalender menghadapi 10 pertuduhan setiap seorang. Mengikut pertuduhan utama, kedua-dua tertuduh dan syarikat itu didakwa telah membuat pengiriman dana ke luar Malaysia bagi pihak ketiga membabitkan antara RM3 juta hingga RM4

Penjualan QSR, KFCH dibantah

Image
Penjualan QSR, KFCH dibantah KUALA LUMPUR 26 Dis. - Penganalisis ekonomi tidak bersetuju dengan langkah Johor Corporation (JCorp) mahu menjual QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelaburan bumiputera. Pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, QSR serta KFCH merupakan satu cabang pelaburan bumiputera dalam bidang perniagaan. Menurutnya, ia perlu terus diterajui golongan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera. Tambah beliau, memang tidak dinafikan JCorp akan mendapat keuntungan daripada penjualan tersebut tetapi ia hanya untuk tempoh yang singkat. "Buat apa mereka mahu menjual kedua-duanya sedangkan keuntungan dijana QSR serta KFCH adalah jauh lebih baik selain dapat mengukuhkan kedudukan syarikat bagi tempoh jangka panjang. "Lagipun, kedua-duanya merupakan wakil bumiputera dalam bidang perniagaan. Ia j

DPIM sedia tubuh konsortium

Image
DPIM sedia tubuh konsortium KUALA LUMPUR 26 Dis. - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) sedia menubuhkan sebuah konsortium untuk membeli saham QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) sekiranya Johor Corporation (JCorp) berkeras mahu menjual kedua-dua syarikat tersebut. Setiausaha Agung DPIM, Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, langkah itu terpaksa dilakukan supaya kedua-dua syarikat berkenaan terus berada di bawah pemilikan orang Melayu dan Islam di negara ini. Beliau berkata, antara langkah yang bakal diambil pihak konsortium ialah mendapatkan kerjasama dengan syarikat milik kerajaan (GLC) yang berasaskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji (TH). "Selain TH, kami juga akan cuba dapatkan bantuan institusi kewangan Islam seperti Bank Islam atau Bank Muamalat, selain ahli korporat Islam yang berjaya. "Selain itu, semua ahli DPIM memberi komitmen yang amat tinggi untuk mengumpul dana mereka sendiri bagi tujuan ini. "Bagi kami, tiada yang lebih be

Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum

Image
Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum Datuk Seri Dr. Rais Yatim MELAKA 26 Dis. - Budaya menghormati perasaan, hak dan kehendak kaum lain perlu menjadi intipati kelangsungan untuk terus mewujudkan perpaduan dan kesepakatan bangsa Malaysia. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setiap perbezaan itu, tidak seharusnya terjerumus ke kancah permusuhan. "Jika rakyat tidak mahu bersatu padu, mereka dikira tidak menghormati perpaduan negara dan sambutan hari ini melihat kebanjiran rakyat berbilang kaum membuktikan hubungan rapat di antara mereka. "Oleh itu, rakyat perlu berganding bahu bersama kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara model dan contoh dalam konteks toleransi antara agama dan kaum," katanya. Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 peringkat kebangsaan di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir di sini malam ini. Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 disambut meriah dengan dihadiri 10,000 masy

Negara jadi pengeksport ICT

Image
Negara jadi pengeksport ICT KUALA LUMPUR 26 Dis. - Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka mencapai kemajuan ketara pada 2011 dengan peralihan negara menjadi pengeksport bersih ICT. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali berkata, tidak diragui lagi, 2010 akan dianggap sebagai tahun pemulihan. "Selepas kesan ekonomi global pada 2009, kerajaan dan perniagaan menjadi lebih berhati-hati dan tingkah laku ini ketara terutamanya dalam bahagian semua pelaburan baharu, termasuk ICT," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, hari ini. Badlisham berkata, 2010 akan dianggap sebagai tahun yang utuh bagi negara, dengan banyak pembangunan utama yang jelas mencerminkan keseriusan kerajaan untuk menukarkan rangka kerja ekonomi negara bagi memenuhi cabaran ekonomi digital inovatif. Mengikut data MDeC, pada 2009, Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menyumbang RM6 bilion kepada keluaran dalam nega

Rumah Terbuka Krismas meriah

Image
Rumah Terbuka Krismas meriah Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama Rais Yatim dan Mohd. Ali Rustam turut serta memeriahkan Joget Ria 1Malaysia di Kampung Portugis, Melaka, semalam. MELAKA 26 Dis. - Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini, malam ini disambut meriah dengan dihadiri lebih 10,000 orang pengunjung. Orang ramai berbilang kaum dan agama serta pelancong asing mula mengunjungi Perkampungan Portugis yang tertua di Malaysia itu sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada majlis yang bertemakan 'Jalinan Kemesraan Pemimpin dan Masyarakat'. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hadir merasmikan majlis itu yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mohd. Khalil yang tiba pukul 8.30 malam kemudian diiringi oleh Mohd. Ali dan Rais serta tet

Mersing Bot karam: 3 maut, 2 hilang

Image
Bot karam: 3 maut, 2 hilang Mangsa bot karam diberi pertolongan cemas di Jeti Tanjung Leman, Mersing, semalam MERSING 26 Dis. – Tiga maut manakala dua lagi masih hilang apabila sebuah bot membawa 29 penumpang terbalik dan karam dipukul ombak kuat ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kelong memancing ikan berhampiran Pulau Sibu ke Jeti Tanjung Leman di sini hari ini. Ketiga-tiga mangsa yang maut ialah Low Lee Jun, 33; Chua Lin Kun, 45; dan Adrain Tan, 67. Dua yang masih hilang pula adalah Ng Kian Teck, 44, dan Tor Soon Kwee, 41. Kesemua mangsa merupakan warga Singapura. Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, ketika kejadian pukul 1.30 petang itu, bot nelayan yang membawa sembilan rakyat tempatan, 19 warga Singapura dan seorang warga China dalam perjalanan pulang ke jeti selepas selesai memancing di kelong berkenaan. Bagaimanapun, katanya, tekong bot tersebut dikatakan gagal mengawal bot berkenaan berikutan keadaan ribut dan ombak kuat sebelum ia