Posts

Khalwat: Pelantikan pendakwa dibantah

Image
Khalwat: Pelantikan pendakwa dibantah KANGAR 12 Jan. - Kes seorang isteri yang ditangkap khalwat bersama pasangan bukan Islam pada hari jadinya September 2009 akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 22 Februari ini. Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut selepas Harlina Harun, 33, hari ini mengemukakan bantahan terhadap pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim dan Pendakwa Syarie, Ahmad Zaini Shamsudin dalam kes tersebut. Harlina yang diwakili oleh peguam syarie, Zulmi Sabri mengemukakan bantahan atas alasan pelantikan Ahmad Fikri adalah tidak sah berdasarkan Seksyen 58(2) dan 78(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006. Mahkamah juga diberitahu bahawa pelantikan Ahmad Zaini sebagai Pendakwa Syarie adalah bertentangan dengan Seksyen 78(2) enakmen tersebut dan Seksyen 183(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perlis 2006. Berikutan itu, dakwa Harlina, pelantikan Ahmad Zaini di bawah peruntukan 184(1) Enakmen Tatacara Je

Lenovo - konsep Bergaya dan mesra pengguna

Image
Bergaya,mesra pengguna Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Lenovo menawarkan pilihan warna merah selain coklat. Pengeluar komputer riba terkemuka, Lenovo, baru-baru ini melancar kehadiran beberapa siri komputer riba. Antaranya rangkaian IdeaPad siri Z, U dan ThinkPad Edge yang bakal menjadi pilihan pengguna. IdeaPad siri Z terdapat dalam dua model iaitu Z360 (13 inci) dan Z460 (14 inci) dan dijana pemprosesan Intel Core 2010 yang membawa multimedia mudah alih lebih mewah dengan pengalaman hiburan pada harga yang mampu milik. Selain itu, Lenovo juga memperkenalkan IdeaPad U260 yang merupakan komputer riba pengguna yang ultraportable dan memberikan pengguna dimensi skrin lebar 16:9 dalam skrin 12 inci. Edisi terkini Siri IdeaPad U semuanya berkenaan dengan ciri-ciri mewah seperti nipis, rekaan minimalis termasuk liputan logam magnesium aloi, rekaan kulit bagi keselesaan di tapak tangan dan pad sentuh kaca. Sebagai menyempurnakan siri-siri tersebut, IdeaPad U460 muncul

Fungsi pintar tanpa kompromi

Image
Fungsi pintar tanpa kompromi PENGELUAR rangkaian produk elektronik terkemuka, LG Electronics (LG) baru-baru ini memperkenalkan dua model telefon bimbit pintar dalam siri LG Optimus iaitu Optimus One dan Optimus 7. Seiring definisi perkataan Optimus yang membawa maksud 'terbaik' dalam bahasa Latin, kedua-dua model itu diintegrasikan bersama teknologi moden, sistem operasi termaju dan mempunyai rekaan cukup bergaya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics Malaysia, Kwon Hyoung Kee, penampilan model-model itu merupakan strategi pihaknya memperluas operasi telefon bimbit pintar mobiliti ke peringkat lebih premium. ''Pihak kami yakin selain memberi lebih pilihan kepada pengguna, kehadiran telefon bimbit ini juga mampu melengkapkan pelbagai keperluan mereka,'' katanya. Untuk model LG Optimus One, ia disempurnakan bersama sistem operasi Android 2.2 dengan kelebihan perkhidmatan Google mobiliti terbaru. Menerusinya, pengguna akan dapat menikmati s

Pesta gadget bermula

Image
Pesta gajet bermula SETIAP kali menjelmanya tahun baru, para peminat gajet di seluruh dunia akan beralih tumpuan ke Las Vegas, tempat berlangsungnya Pameran Elektronik Pengguna (CES). Bagi pengeluar barangan elektronik, CES digunakan sebagai medan untuk memperkenalkan gajet atau barangan terkini mereka yang akan memasuki pasaran tahun ini. Barangan seperti telefon pintar, kamera tiga dimensi (3D), komputer tablet, televisyen Internet dan pemain multimedia merupakan antara gajet yang akan menjadi tumpuan pada CES kali ini. Sudah tentulah produk-produk tersebut juga akan mewarnai persada pasaran gajet tahun ini dan tumpuan utama adalah kepada 'peperangan' tablet untuk mencabar iPad. Persaingan paling hebat antara tablet-tablet kali ini sudah tentu tertumpu kepada Apple ipad 2, Samsung Galaxy Tab, BlackBerry Playbook dan Google/Motorola Honeycomb. Walaupun komputer tablet bukan perkara baru dalam industri pengkomputeran tetapi kejayaan iPad mempengaruhi pengguna u

Pesakit jantung muda meningkat

Image
Pesakit jantung muda meningkat 20 PERATUS pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri. Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam. Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku? “Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda,” terang doktor. Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini. Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan

Risiko sakit jantung bagi penonton TV

Image
Risiko sakit jantung bagi penonton TV Mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton televisyen mempunyai risiko dua kali ganda terlibat dalam masalah jantung MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam. Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011. Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali. Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko m

Gempa: Haiti berkabung

Image
Gempa: Haiti berkabung PORT-AU-PRINCE 12 Jan. - Seluruh rakyat Haiti hari ini berkabung bagi memperingati beratus-ratus ribu mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di negara ini, sempena ulang tahun pertama bencana itu. Sejumlah besar rakyat menghadiri upacara keagamaan Katholik di sebuah gereja besar di Port-au-Prince yang musnah akibat bencana itu awal hari ini untuk mendoakan lebih 220,000 mangsa yang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 7 pada skala Richter pada 12 Januari lalu. Jalan-jalan di Haiti yang biasanya sibuk, lengang seketika apabila orang ramai bertafakur selama beberapa minit pada pukul 4.53 petang (waktu tempatan), masa sama ketika gempa melanda negara Carribbean ini pada tahun lalu. Semalam, pegawai-pegawai dan ahli keluarga mangsa mula berhimpun di perkuburan besar di tepi bukit di luar Port-au-Prince yang mejadi tempat mangsa gempa dikebumikan berami-ramai. Presiden Rene Preval turut menyertai ahli keluarga yang berkabung meletakkan bunga dan lingkaran b