Posts

FMBIOSIS lahirkan usahawan berkualiti

Image
FMBIOSIS lahir usahawan click banner for direct host link Salah satu program yang wajar dicontohi yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutunan Malaysia (FRIM) Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod ialah FMBIOSIS atau Program Pembangunan BioUsahawan Siswazah FRIM- MTDC. Program tersebut bertujuan melahirkan usahawan dalam bidang biologi hutan yang mana FRIM akan berfungsi sebagai penyedia teknologi . Sebanyak 10 buah syarikat ditubuhkan bersama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi mengkomersialkan hasilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM. FRIM merupakan perintis dalam mewujudkan kerjasama pintar dengan MTDC untuk menubuhkan syarikat yang dianggotai oleh siswazah. Program tersebut telah menjadi contoh kepada beberapa universiti di negara ini dalam menubuhkan program yang sama. Salah satu produk yang berjaya dibangunkan ialah biskut mesra untuk pesakit diabetes yang dihasilkan oleh Diabetic Cure Sdn. Bhd. Menurut pengurus syari

Jung So Min puas dicium

Image
Jung So Min puas dicium SI bunga cantik dengan nama Jung So Min ini dikenali sejak melakonkan karakter Hong Mo-nae dalam siri drama Bad Guy. Malah, aktres yang lahir pada 16 Mac 1989 ini pernah disamakan dengan aktres Korea, Yoon Eun Hye. Terbaru, Jung atau nama sebenarnya Kim Yoon Ji mencipta kegemilangan apabila muncul dalam drama Playful Kiss bersama aktor Korea terkenal, Kim Hyun Joong. Melalui drama yang kini disiarkan di saluran 8TV setiap Sabtu pada pukul 6.30 petang, Jung membawakan watak seorang pelajar sekolah menengah, Oh Ha Ni. Dia jatuh cinta dengan rakan sekolahnya iaitu Baek Seung-Jo (Kim Hyun Joong) yang sangat terkenal di sekolah. “Saya mahu menjadi seorang aktres yang baik. Hyun Joong banyak membantu saya dalam proses lakonan. “Mungkin dia tidak mahu saya rasa tertekan. Mulanya rating drama ini kurang memberangsangkan namun selepas edisi istimewa dimuat naik ke dalam laman YouTube, kami mendapat respons yang baik. “Bagi saya watak Ha Ni sangat i

Bunga Deja berbisa

Image
Bunga Deja berbisa! DEJA MOSS BUNGA lambang kasih, simbol penyatuan rasa dan tanda penghargaan. Ia mampu membuatkan penerimanya tersenyum namun bunga juga ada duri dan racun berbisa. Sesuatu yang melucukan, apabila sejambak bunga boleh membenihkan curiga dan menyalakan api kesumat. Itu yang terjadi apabila dua pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), Norish Karman dan Farahdhiya yang tidak dihadiahkan jambangan bunga oleh salah seorang pelakon teater itu sendiri, Deja Moss yang dikatakan bersekutu dengan Safura Yaacob. Deja juga teruk dikecam, kononnya sengaja berniat memalukan Farahdhiya dan Norish apabila hanya menyediakan 10 jambangan bunga walaupun ada 12 pelakon yang menjayakan TKC. Isu itu terjadi pada pementasan sehari sebelum TKC berakhir, Ahad lalu. Mereka turut bertengkar secara sinis ketika ujian bunyi dilakukan keesokan harinya. Berlaku juga adegan sindir-menyindir antara Deja, Norish dan Farahdhiya. Deja ada membuat penjelasan kepada sebuah portal

Memanipulasi kebangkitan rakyat

Image
Memanipulasi kebangkitan rakyat KEBANGKITAN rakyat di Timur Tengah cuba dimanipulasikan untuk tujuan politik. SETIAP peristiwa yang berlaku di alam ini semestinya ada hikmah dan iktibar buat manusia. Begitu juga peristiwa di Timur Tengah hari ini tentunya ada pengajaran dan iktibar buat kita semua. Justeru bukan sesuatu yang luar biasa apabila kita melihat saban hari pelbagai laporan, analisis, saranan, dilakukan terhadap peristiwa besar kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir, Libya dan negara-negara lain di rantau itu. Dalam keriuhan dunia menghadapi fenomena ini kita dapat melihat dengan jelas munculnya suara-suara lantang kelompok ahli politik pembangkang dengan pelbagai masalah peribadi dan parti politik mereka mengambil kesempatan atas peristiwa Timur Tengah untuk menutup kemelut yang melanda mereka akhir-akhir ini. Kita faham benar kerenah dan gelagat mereka ini yang akan memutar belit setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini untuk meraih keuntungan politik buat di

'Pelajar kita selamat' di jepun

Image
'Pelajar kita selamat' - Khaled JOHOR BAHRU 12 Mac - Seramai 2,465 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Jepun dilaporkan selamat daripada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu semalam. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, daripada jumlah tersebut kira-kira 300 pelajar berada dalam kawasan yang dilanda bencana itu. Katanya, seramai 12 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Tohoku kini diletakkan di pusat pemindahan bencana dan berada dalam keadaan selamat. "Terdapat pelajar kita yang menetap di Iwate masih tinggal di rumah masing-masing, namun kita sudah menasihatkan mereka untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau ditemui selepas merasmikan Pertemuan Nostalgia Bekas Pelajar English College (EC) yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar sempena majlis sambutan EC ke arah 100 tahun. Difahamkan, daripada 2,465 pelajar, 1,327 merupakan

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam, dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan negara itu. Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kerajaan Jepun juga dilaporkan telah mengambil segala langkah perlu bagi membantu penduduk yang terjejas. Kata kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga setakat pukul 3 petang ini telah berjaya menghubungi 371 rakyat dan pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan kawasan bencana dan mereka disahkan berada dalam keadaan selamat. ''Selain itu, pihak kedutaan juga telah berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan lain di negara berkenaan. ''Setakat ini kesemua mereka selamat dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Wisma Putra dan kedutaan juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keja

Chong Wei jumpa Lin Dan di final All England

Image
Chong Wei jumpa Lin Dan di final All England KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham, sebentar tadi. Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit. Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok. Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11.