Posts

Selangor kembali terajui liga Super

Image
Selangor kembali terajui liga Super Pemain Selangor Amirulhadi Zainal (kiri) menanduk bola sambil diasak pemain Perak, Mohd. Noor Hazrul pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. KUALA LUMPUR - Selangor merampas semula teraju carta saingan bola sepak Liga Super 2011 daripada Terengganu yang bermain lebih awal kelmarin setelah menundukkan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam , semalam. Rembatan kaki kanan ketua pasukan negara, Safiq Rahim pada minit ke-68 yang memanfaatkan keadaan kelam-kabut depan gol, memadai untuk melonjakkan Gergasi Merah mengumpul 26 mata setakat ini berbanding Terengganu 24 mata. Kemenangan anak buah K. Devan ini turut menunda langkah skuad Seladang di tangga ketiga, yang turut mengidam ke tangga teratas selain Kelantan dari tangga keempat setelah Wira Merah sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Kota Bharu. Perlawanan di Stadium Sultan Muhammed IV itu turut menyaksikan jurulatih Sabah, Gary Phillips diarah meninggalkan bangku simpanan pasukan ke

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

Image
Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing GEORGE TOWN 16 April – Walaupun diserbu pihak berkuasa 22 kali tahun lepas kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral, sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini diserbu sekali lagi malam tadi kerana kesalahan yang sama. Hasil serbuan itu, sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan 12 wanita warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah. Ketua Operasi dari Cawangan D7 Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar berkata, 11 wanita warga China dan seorang rakyat Vietnam itu ditahan ketika leka melayan pelanggan. “Serbuan itu dibuat hasil intipan selama sebulan berikutan maklumat orang ramai mengenai pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO (pelayan pelanggan) rakyat asing,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

Image
26 kedi wanita ditahan Ops Kutip JOHOR BAHRU 16 April - Jabatan Imigresen negeri menahan 26 kedi wanita warga Indonesia di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya di sini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam Ops Kutip hari ini. Selain menjadi kedi, terdapat di kalangan wanita terbabit dikesan turut menawarkan khidmat seks kepada pemain dan pelanggan kelab selepas tamat waktu bekerja. Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, kesemua wanita berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan pukul 8 pagi ketika baru hendak memulakan kerja, hasil maklumat awam. "Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri sah dan dipercayai telah bekerja di kelab golf tersebut sejak beberapa bulan lalu. "Siasatan mendapati ada yang ditahan disyaki turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan kelab golf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Mohd. Nakhafi, seo

Manassero juara golf Terbuka Malaysia

Image
Manassero juara golf Terbuka Malaysia 17/04/2011 4:49pm KUALA LUMPUR 17 Apr - Pemain remaja berusia 17 tahun, Matteo Manassero dari Itali muncul juara golf Maybank Terbuka Malaysia dengan catatan 16 bawah par 272. - Utusan

Gagal pertahan kerusi Padungan, Dominique tidak kesal bertanding

Image
Gagal pertahan kerusi Padungan, Dominique tidak kesal bertanding 17/04/2011 5:09am KUCHING 17 April – Calon Bebas bagi kerusi Padungan, Dominique Ng Kim Ho berkata, sekelumit pun tidak berasa kesal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 walaupun gagal mempertahankan kerusi itu. "Saya tidak berasa kesal. Saya hormati keputusan pengundi,” katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini malam tadi. Menyifatkan kekalahan itu sebagai paling teruk dalam hidupnya, Dominique berkata, beliau amat terkejut apabila mendapat tahu yang beliau di tempat tercorot dengan hanya memperoleh 439 undi. Beliau kehilangan deposit RM5,000. "Saya perlukan masa untuk memikirkan apa yang akan saya lakukan selepas ini. Saya perlukan rehat,” katanya. Semasa ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini yang beliau akan mengundurkan diri daripada politik sekiranya beliau menduduki tempat tercorot dalam pilihan raya ini, peguam berus

Hampir kesemua calon Snap hilang wang pertaruhan

Image
Hampir kesemua calon Snap hilang wang pertaruhan Dominique Ng Kim Ho 17/04/2011 5:09am KUCHING 17 April – Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hilang wang pertaruhan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas. Mereka merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon Bebas yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang. Selain itu, enam calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan empat calon Parti Cinta Malaysia turut hilang wang pertaruhan. Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu perlapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka. Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong. Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional

Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA

Image
Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA 17/04/2011 5:09am LONDON 17 April – Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan kelab jirannya, Manchester United 1-0 di Stadium Wembley, awal pagi ini. Gol tunggal City hadir menerusi rembatan kencang Gneri Toure Yaya pada minit ke-52. United pula terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Scholes dibuang pada pada minit ke-72. City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Liga pada 1976, akan berdepan dengan pemenang antara Stoke City dan Bolton 14 Mei ini. - AFP