Posts

filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan

Image
filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen. PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak. Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka. Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton). Antaranya, gamba

Fiza - Perceraian itu sungguh menyakitkan

Image
Perceraian itu sungguh menyakitkan   DI sebalik senyumannya itu, tidak ramai yang tahu derita dan luka yang ditanggung Fiza kerana fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwa mereka pasti mahu ikatan suci yang dibina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata dilihat mampu mengukuhkan lagi kerukunan dan keharmonian perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu. Namun, sebagai seorang hamba Allah SWT, setiap insan harus percaya dan berpegang teguh kepada ketentuan Qada dan Qadar apabila apa yang diharapkan itu tidak berakhir dengan kebahagiaan yang berpanjangan. Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih

Disyaki menipu, salah guna lesen

Image
Disyaki menipu, salah guna lesen   KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat. Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009. Katanya, intipati kesalahan sudah mencukupi kerana Wye Wing yang merupakan kontraktor bukan bumiputera menyedari bahawa projek yang diperoleh daripada kerajaan negeri Selangor dengan meminjam nama syarikat kontraktor bumiputera, adalah dikhaskan untuk bu

Tawaran baharu kursus perubatan di IPT dibekukan

Image
Tawaran baharu kursus perubatan di IPT dibekukan KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai. "Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya. - Bernama

Malaysia, Lesotho kukuhkan pembangunan modal insan - PM

Image
Malaysia, Lesotho kukuhkan pembangunan modal insan - PM PUTRAJAYA 5 Mei - Malaysia dan Lesotho berikrar untuk mengukuhkan pembangunan modal insan antara kedua-dua negara, dengan yang terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melatih pasukan polis negara itu. Di samping itu, kerajaan Malaysia akan juga melatih sesetengah diplomat Lesotho di sini. Ini adalah antara hasil perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Mosisili di sini hari ini. "Kita mengadakan perbincangan dua hala yang sangat berhasil dan menarik. Kita telah meneroka kerjasama dua hala yang baru dan Perdana Menteri (Mosisili) sangat berminat agar Malaysia terus menyokong Lesotho khasnya dalam pembangunan modal insan dan latihan. "Sejak kita lancarkan MTCP (Program Kerjasama Teknikal Malaysia), kita telah menerima 94 pegawai dari Lesotho dalam pelbagai latihan dan program latihan ini di bawah MTCP akan diteruskan pada masa akan datang

Ana Raffali Semakin Dibenci?

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish

Image
 Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, say