Posts

Ternak burung unta lumayan

Image
Ternak burung unta lumayan     Ostrich From Wikipedia, the free encyclopedia     BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang. Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri. Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Baka burung unta Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African B

Snek biji rambutan

Image
Snek biji rambutan ??? Mohamad Azli Razali menunjukkan snek biji rambutan serta pingat yang dimenanginya.  Bermula daripada tergigit biji rambutan secara tidak sengaja, seorang penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menghasilkan snek berkhasiat daripada biji rambutan. Snek yang dipanggil Rambuseed Florentine menggunakan 40 peratus biji rambutan yang telah dikeringkan sebagai bahan utama. Penyelidik terbabit, Mohamad Azli Razali yang merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan menyatakan bahawa Florentine adalah sejenis manisan yang berasal dari Itali. Manisan tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kacang seperti badam, walnut dan hazel dan disaluti dengan gula karamel. Beliau yang juga merupakan juara pertandingan realiti memasak "Maggi Mencari Bintang" telah mengadaptasi makanan Itali tersebut mengikut selera tempatan. Keunikan produk ini adalah ia menggunakan bahan terbuang. Ini kerana kebiasaannya biji ramb

Rahsia ladang ayam tanpa bau

Image
Rahsia ladang ayam tanpa bau Ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya berkilat dan bersinar. APABILA menjejakkan kaki ke ladang ayam Titian Has Enterprise terasa seperti bukan di ladang ternakan. Tiada langsung bau busuk. Yang ada hanya bau habuk kayu yang digunakan sebagai lapisan dalam reban dan dua tiga ekor lalat berterbangan. Bukan itu saja, ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya yang berkilat dan bersinar. Jika selama ini ladang ternakan ayam sinonim dengan pencemaran bau dan alam sekitar tapi ia tidak berlaku di Titian Has Enterprise. "Sekarang ramai penternak ayam datang meminta saya berkongsi 'rahsia' bagaimana ladang ternakan boleh didirikan berhampiran rumah kediaman," kata pemilik Titian Has, Hashim Abd. Rahman semasa ditemui di ladang ternakan ayam dan kambing miliknya di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor, baru-baru ini. Tidak lokek berkongsi rahsia, Has

Homeopati rawat secara holistik

Image
Homeopati rawat secara holistik Dos penawar diberi kepada pesakit berdasarkan punca kesakitan dan keadaan tubuh badan. Maklumat lanjut layari www.mphm.org.my MASIH ramai yang tidak tahu mengenai apa sebenarnya perubatan homeopati. Justeru kami sangat berharap satu rang undang-undang mengenainya akan diluluskan supaya tidak ada yang tertipu," kata Pengerusi Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Zainul Azmi Ahmad. Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini berkata, perubatan homeopati bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia kerana ia sudah bertapak selepas perang dunia kedua lagi. Menurut beliau, perubatan alternatif itu dibawa oleh Kolonel Sheikh Amin Rajah, iaitu seorang pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an lagi di Singapura. Ketika itu ia digunakan bagi merawat tentera yang sakit dan juga cedera ketika perang. Selepas itu, tokoh politik terkenal, Dr. Burhanuddeen Helmi pula meneruskan raw

Jalani mamogram awal

Image
Jalani mamogram awal           Pemeriksaan mamogram lebih awal mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat kanser payu dara. - Gambar hiasan   Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu. Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram. Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak. Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi. Pakar Bedah Am Hospital Ampang, Dr. Suraya Baharudin berkata, mamogram perlu d

Rawatan selepas bersalin

Image
Rawatan selepas bersalin mandi Lulur membuang daki dan memulihkan kulit. AMALAN berpantang selepas bersalin bukan sahaja menitik beratkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga merangkumi penjagaan tubuh badannya secara luaran dan dalaman. Selain menjaga makan dan minum, proses mengembalikan kesegaran tubuh juga amat penting kerana seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka dan bekerja semula selepas berpantang. Namun kini, ramai yang menganggap amalan berpantang tidak lagi penting dan dianggap remeh. Malah ada yang menganggap amalan berpantang hanyalah sesuatu yang merugikan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin, antara perkara yang ditekankan ialah urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak. Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim

Keputusan tak memihak Anwar

Image
Keputusan tak memihak Anwar   KONDOMINIUM Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur yang didakwa lokasi berlaku kejadian Anwar meliwat Mohd. Saiful. KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang telah membuktikan kes prima facie terhadap Anwar. Beliau kemudian menetapkan tarikh 6 hingga 30 Jun ini bagi pihak pembelaan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan dengan Anwar dijangka menjadi saksi pertama berbuat demikian.