Posts

Jerat penipuan kiriman bungkusan

Image
Jerat penipuan kiriman bungkusan SEBAHAGIAN besar anggota sindiket adalah warga Afrika yang menggunakan alasan sebagai pelajar untuk menetap di negara ini. JENAYAH penipuan dilakukan sindiket tertentu khususnya melibatkan warga Afrika bukan sesuatu yang baru, malah telah banyak kali didedahkan di media massa. Jika dahulu pihak berkuasa berusaha keras membanteras penipuan black money yang dilakukan warga itu, kini wujud taktik baru memperdaya mangsa melalui Internet pula. Ia terbukti apabila ramai menjadi mangsa sehingga kerugian ratusan ribu ringgit melalui bentuk penipuan itu yang dikenali sebagai penipuan kiriman bungkusan atau parcel scam. Ia satu taktik licik yang bijak menjerat mangsa sama ada lelaki atau wanita di dalam percintaan Internet sebelum memperdaya mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun sindiket. Sehingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) begitu bimbang dengan peningkatan kes penipuan itu dengan dianggarkan tiga orang akan menjadi mangsa setiap

Tidak selesa lihat penguasaan Melayu

Tidak selesa lihat penguasaan Melayu? KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut. “Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa. “Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya. “Say

PM selesai tunai haji

Image
PM selesai tunai haji Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor mengerjakan tawaf haji di Masjidilharam, Mekah, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain. "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini. Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. — BERNAMA

Hayati semangat korban pupuk perpaduan

Image
Hayati semangat korban pupuk perpaduan Shafie Apdal meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk Kampung Tampi-Tampi di Semporna, Sabah semalam. SEMPORNA 6 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyeru masyarakat luar bandar di seluruh negara menghayati semangat korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi mengubah taraf sosial dan ekonomi mereka. Katanya, pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua rasul itu dari segi harta dan nyawa sepatutnya menjadi pemangkin dan inspirasi untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seterusnya memajukan kehidupan sendiri. "Berkorban bukan sahaja membawa erti kesanggupan seseorang untuk menyerahkan harta atau apa sahaja benda yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan individu lain tetapi lebih kepada kesanggupan untuk berbuat kebaikan," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna ketika menyertai ibadah korban di Masjid Pekan Semporna, di sini, hari ini. Tamb

Muhyiddin Yassin - Aidiladha disambut sederhana

Image
Aidiladha disambut sederhana Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hari Raya Aidiladha hari ini disambut masyarakat Islam secara sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir ekoran keadaan cuaca yang diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri. Di KUALA LUMPUR , kira-kira 10,000 orang ramai termasuk warga asing segak dengan pakaian berwarna-warni bersama-sama memenuhi Masjid Negara bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Cuaca yang redup memudahkan pergerakan orang ramai yang mula tiba seawal pukul 7 pagi bagi menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni sebelum beliau menyampaikan khutbah bertajuk Aidiladha: Mengerat Perpaduan Ummah. Di KUALA TERENGGANU , Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah bersama kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kaedah e-Pembelajaran menerusi blog bagi mendidik anak Orang Asli melayakkan seorang guru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia (Apicta) Terbaik Perdana Menteri, tahun ini. Penerimanya, Muhamad Hafiz Ismail, 25, merupakan seorang guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (Utara), Perak berjaya mengetepikan kira-kira 250 calon lain dalam kategori yang sama. Anak kelahiran Kedah itu memenangi anugerah tersebut dengan blog www.apistakkisah.blogspot.com yang bertajuk Life Through My Eyes: A teacher's little steps towards perfection dengan menceritakan pengalaman tahun pertamanya di sekolah berkenaan. "Saya ingin berkongsi pengalaman suka-duka bersama rakan yang lain dalam dunia pendidikan mengenai kaedah yang digunakan oleh saya untuk mendidik murid terutama anak Orang Asli supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhny

* Malaysia Virtual Dedi Svr

Image
Malaysia Virtual Dedi Svr Dedicated Server in Virtualisation. Save our Earth. Save Cost. Free Try NetOnBoard.com/Virtual-DedicatedSvr click on the link above